Wednesday, February 8, 2012

Qamar minuman sensasi untuk wanita



Lawsonia Inermis mungkin agak janggal kedengaran. Tapi bila disebut Inai...rata-rata orang Malaysia tahu. Mana taknya pada setiap majlis kahwin akan akan ada majlis berinai. Masyarakat kita tahu inai untuk majlis kahwin aje tapi tahukah kita Inai juga merupakan salah satu herba yang baik. Salah satu kegunaan utama adalah sebagai agen penyejuk dan penyembuh luka. Juga amat baik untuk merawat penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan. Daun inai juga mempunyai bahan Astringen yang boleh mengecutkan tisu- tisu organik dan mengurangkan pendarahan yang berlebihan.





Harga Pasaran - RM 43.00/ 280ml
Harga Tawaran - RM 38.00



Kini....! Minuman Kordial sinergi Daun Inai didatangkan khusus untuk wanita.




Untuk kecantikan & kesempurnaan WANITA

QAMAR merupakan minuman kordial SENSASI terbaru! Keluaran SECRET PLACE yang mengandungi FORMULA RAHSIA DAUN INAI, selain dengan khasiat pelbagai herba lain seperti Ekstrak Pueraria Mirifica, Kacip Fatimah, Manjakani, Pegaga, Mengkudu, Medang Wangi, Ginseng dan Madu Asli.


KHASIAT GABUNGAN DAUN INAI & PUERARIA MIRIFICA

Ekstrak DAUN INAI & PUERARIA MIRIFICA mempunyai nilai ubatan yang tinggi & telah digunakan untuk tujuan perubatan sejak berkurun-kurun lamanya.

KHASIAT QAMAR:
  • Bertindak sebagai anti Kedut bagi kulit tua & berkedut
  • Menjadi sumber keremajaan bagi wanita
  • Menegang & mencantikkan kulit
  • Menegang & membesarkan payudara
  • Menyubur pertumbuhan rambut & menghalang uban
  • Membekal bahan ASTRINGEN penting yang mengecutkan tisu-tisu organik & mengawasi pendarahan dalaman
  • Membantu daya ingatan
  • Menambahkan TENAGA & kekuatan BATIN
  • Menggalakan peredaran darah
  • Mengawal masalah HAID yang berlebihan & KEPUTIHAN


KANDUNGAN PENTING LAIN:

  • Acid Amino - meningkatkan kecerdasan otak
  • Asidofisus - membantu proses pencernaan nutrien
  • Khlorofil - membentuk darah, melindungi tubuh dari jangkitan virus & memulih sel & tisu
  • Vitamin C - menurunkan kolestrol pada garam dalam hempedu untuk membantu mencegah batu karang
  • Vitamin E - memperbaiki peredaran darah & menghalang lemak menjadi tepu
  • Vitamin B Complex - memecah karbohidrat, lemak & protin untuk menjadi tenaga
  • Mineral - membantu menghapuskan protin yang tersekat dalam darah, sel & organ
  • Protin - melambatkan proses penuaan
  • Kolagen - membantu mengekalkan keanjalan tisu-tisu otot
  • Kalsium - menjaga denyutan jantung, mengaktifkan otot-otot jantung & mengurangkan risiko strok
  • Hormon Potuhsin - mencegah barah rahim


Cara Penggunaan:
Minum dengan sukatan satu sudu pada waktu pagi dan malam setiap hari sebelum makan



Timun rendahkan tekanan darah....




Mentimun atau timun terkenal dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Bagi penghidap hipertensi, timun amat berguna bagi menurunkan tekanan darah. Timun dengan nama saintifiknya sebagai cucumis sativus memiliki kandungan air yang banyak lengkap dengan vitamin C dan silika. Satu kajian yang dilakukan terhadap timun ini mendapati bahawa kandungan kalium, magnesium, fostor, beta karoten dan asid folat yang terdapat dalam timun dapat bekerja mengatur tekanan darah menjadi normal.

Penggunaan timun untuk menurunkan tekanan darah amat mudah. Timun dimakan secara langsung atau sebagai hidangan tambahan dalam menu harian. Untuk mengekalkan khasiatnya sebaik-baiknya dimakan dengan kulitnya sekali kerana kulit timun mengandungi banyak serat. Lihat saja warna hijau timun ini benar-benar menggambarkan ia kaya manfaat dan khasiat.

sumber; orangmuo

Keluhan rakyat pendapatan lebih RM3000

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQHlVNObG-rEzW76Mdv-iNUmHtGTdtZCEq2m7So85x2EeAC1ciHod6NPDyjvH4gr_1-KnAeXvIke442BI280ka3auvO9XyvIAls2kGor7_H4Al4htsE_LoMRST9W9uq_QESVDWe6W6B4k/














WEDNESDAY, FEBRUARY 8, 2012

Oleh ; Nur Hafizah Ghazali






Kebelakangan ini, galak sungguh pihak kerajaan  memperkenalkan pelbagai inisiatif mudah, mesra kepada golongan yang pendapatan isi rumah mereka kurang daripada 

RM 3000.
Saya tidak mempersoalkan tindakan tersebut malah menyokong segala inisiatif yang diadakan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah apabila diberi undi oleh rakyat, iaitu untuk memakmurkan kehidupan rakyat yang memilihnya.


Namun, apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam keghairahan kerajaan memberi segala bagai kebendaan dan wang kepada golongan ini, pihak kerajaan telah tidak langsung meminggirkan golongan pertengahan tinggi yang merupakan golongan yang paling banyak membayar cukai pendapatan, cukai perkhidmatan dan merupakan pencarum kepada Skim Kumpulan Simpanan Pekerja yang wang simpanannya digunakan oleh kerajaan sewenang- wenangnya tanpa kebenaran mereka.


Golongan pertengahan tinggi ini dikategorikan oleh kerajaan sebagai golongan mampu tetapi mereka sebenarnya terpaksa membayar segala bentuk perkhidmatan yang diperlukan seperti yuran asrama anak yang tinggi, kos makanan anak di asrama, bayaran bulanan pembelian rumah, tol, minyak, kenderaan, Astro, khidmat internet, khidmat kesihatan hatta cukai perkhidmatan yang dikenakan kerajaan di restoran- restoran.



Mereka ini adalah pembayar cukai yang tinggi sehingga gaji bulanan yang dikategorikan sebagai tinggi dan mampu oleh kerajaan sebenarnya adalah rendah dan menyesakkan.


Namun, apa yang golongan ini dapat daripada pelbagai inisiatif kerajaan g? Boleh dikatakan tidak ada langsung. Yang ada mungkin hanya wang RM100 untuk bantuan persekolahan anak dan baucer buku bernilai RM200 bagi anak- anak mereka yang belajar di universiti.



Perkhidmatan asas seperti bantuan penuh untuk anak-anak di asrama, pengecualian cukai perkhidmatan di restoran- restoran, diskaun tol dan diskaun perkhidmatan kesihatan patut diperkenalkan kerajaan bagi membantu golongan pertengahan tinggi ini dalam memastikan mereka juga patut menikmati hidup yang lebih makmur.


Kerajaan permerintah pimpinan Barisan Nasional patut sedar bahawa golongan pertengahan tengah inilah merupakan golongan pengundi yang celik hak dan mereka berupaya melakukan perubahan pemerintahan dalam PRU13 yang akan datang ini. Mereka patut diberi perhatian!


renungan bersama....

WAJIB DEDAHKAN STATUS HALAL BARANGAN KULIT

Wajib Dedakan Status Halal Barangan Kulit


5/2/12 - KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyediakan peraturan bagi mewajibkan peniaga mendedahkan maklumat jika sesuatu barang diperbuat daripada bahan tidak halal seperti kulit babi.
Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Saripuddin Kasim berkata ini bagi membolehkan barangan seperti beg, kasut dan pakaian yang diperbuat daripada bahan tidak halal diasingkan daripada produk halal di sesebuah premis.
“Buat masa ini, belum ada undang-undang yang membolehkan KPDNKK berbuat demikian selain menasihati peniaga,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Saripuddin berkata penyediaan deraf peraturan itu sedang dibuat melibatkan pakar-pakar daripada Jabatan Kimia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri, dan dijangka siap beberapa bulan lagi.
Beliau berkata ia selaras dengan pelaksanaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang berkuatkuasa 1 Januari lalu.
Mengulas lanjut, Saripuddin berkata kementerian selaku badan penguatkuasa telah melantik 62 pegawai Jakim sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan untuk menguatkuasakan akta berkenaan.
Katanya langkah itu membolehkan pegawai Jakim mendakwa individu atau syarikat yang melanggar peruntukan mengikut akta tersebut, termasuk penyalahgunaan sijil halal.
“Sebelum ini, kuasa pegawai Jakim hanya terhad kepada menyerbu dan melakukan siasatan manakala kuasa pendakwaan terletak pada KPDNKK,” jelas Saripuddin. – BERNAMA



Al Quran dan Sains





Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16 
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, saya mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-Quran dan rujuk pada ayat yang saya paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. 

Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenaran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Fakta mengesahkan, dalam otak seorang  pembohong terdapat tujuh kawasan yang aktif,
tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif. 

Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. 

Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic.Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

kini untuk mengesan pembohongan ada kaedah yang digunakan dengan cara melakukan scan keatas ubun-ubun manusia.dengan kaedah ini  menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai MRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan.

Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah MRI.








Ujikaji Ke atas Ubun-Ubun Otak Manusia.



Demikian hasil Dari Pemerhatian, Pandangan Serta Kajian
Muhammad Hidayat Bin Kadersa Merican

Subahanallah,kebenaran Al quran semakin hari semakin terserlah,tidak ada yang menolak dan mengingkari akan kebenaran Islam dan cara hidupnya serta hukum-hukumnya melainkan orang-orang yang tidak berakal.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...