Wednesday, February 8, 2012

Keluhan rakyat pendapatan lebih RM3000

http://lh5.ggpht.com/-n1xZJfanb84/Tt_eK3pO83I/AAAAAAAAHP8/6Xp78KYLeYw/bantuan500%25255B6%25255D.jpg














WEDNESDAY, FEBRUARY 8, 2012

Oleh ; Nur Hafizah Ghazali






Kebelakangan ini, galak sungguh pihak kerajaan  memperkenalkan pelbagai inisiatif mudah, mesra kepada golongan yang pendapatan isi rumah mereka kurang daripada 

RM 3000.
Saya tidak mempersoalkan tindakan tersebut malah menyokong segala inisiatif yang diadakan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah apabila diberi undi oleh rakyat, iaitu untuk memakmurkan kehidupan rakyat yang memilihnya.


Namun, apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam keghairahan kerajaan memberi segala bagai kebendaan dan wang kepada golongan ini, pihak kerajaan telah tidak langsung meminggirkan golongan pertengahan tinggi yang merupakan golongan yang paling banyak membayar cukai pendapatan, cukai perkhidmatan dan merupakan pencarum kepada Skim Kumpulan Simpanan Pekerja yang wang simpanannya digunakan oleh kerajaan sewenang- wenangnya tanpa kebenaran mereka.


Golongan pertengahan tinggi ini dikategorikan oleh kerajaan sebagai golongan mampu tetapi mereka sebenarnya terpaksa membayar segala bentuk perkhidmatan yang diperlukan seperti yuran asrama anak yang tinggi, kos makanan anak di asrama, bayaran bulanan pembelian rumah, tol, minyak, kenderaan, Astro, khidmat internet, khidmat kesihatan hatta cukai perkhidmatan yang dikenakan kerajaan di restoran- restoran.



Mereka ini adalah pembayar cukai yang tinggi sehingga gaji bulanan yang dikategorikan sebagai tinggi dan mampu oleh kerajaan sebenarnya adalah rendah dan menyesakkan.


Namun, apa yang golongan ini dapat daripada pelbagai inisiatif kerajaan g? Boleh dikatakan tidak ada langsung. Yang ada mungkin hanya wang RM100 untuk bantuan persekolahan anak dan baucer buku bernilai RM200 bagi anak- anak mereka yang belajar di universiti.



Perkhidmatan asas seperti bantuan penuh untuk anak-anak di asrama, pengecualian cukai perkhidmatan di restoran- restoran, diskaun tol dan diskaun perkhidmatan kesihatan patut diperkenalkan kerajaan bagi membantu golongan pertengahan tinggi ini dalam memastikan mereka juga patut menikmati hidup yang lebih makmur.


Kerajaan permerintah pimpinan Barisan Nasional patut sedar bahawa golongan pertengahan tengah inilah merupakan golongan pengundi yang celik hak dan mereka berupaya melakukan perubahan pemerintahan dalam PRU13 yang akan datang ini. Mereka patut diberi perhatian!


renungan bersama....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...