Wednesday, February 8, 2012

Al Quran dan Sains





Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16 
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, saya mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-Quran dan rujuk pada ayat yang saya paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir (ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. 

Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenaran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Fakta mengesahkan, dalam otak seorang  pembohong terdapat tujuh kawasan yang aktif,
tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif. 

Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. 

Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic.Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

kini untuk mengesan pembohongan ada kaedah yang digunakan dengan cara melakukan scan keatas ubun-ubun manusia.dengan kaedah ini  menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai MRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan.

Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah MRI.








Ujikaji Ke atas Ubun-Ubun Otak Manusia.



Demikian hasil Dari Pemerhatian, Pandangan Serta Kajian
Muhammad Hidayat Bin Kadersa Merican

Subahanallah,kebenaran Al quran semakin hari semakin terserlah,tidak ada yang menolak dan mengingkari akan kebenaran Islam dan cara hidupnya serta hukum-hukumnya melainkan orang-orang yang tidak berakal.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...