Thursday, October 11, 2012

Subhanallah...! ingatan dari Allah




Mereka Bunuh Rakyat Palestin Di Dalam Penjara Dan Di Luar Penjara, Allah SWT Bakar Mereka Di Atas Jalan Raya

Hampir kesemua yang terbunuh adalah Pengawal Penjara Rejim Israel Laknatullah
MEGADIM, Israel: Berpuluh pengawal Penjara Israel yang cuba menyelamatkan tahanan yang diancam kebakaran hutan paling buruk dalam sejarah negara itu mati selepas bas yang mereka naiki terperangkap dalam kebakaran

 itu.

Ketika pengawal penjara terbabit bergegas ke penjara yang kebanyakkan banduan adalah rakyat Palestin, sebatang pokok tumbang merintangi jalan dan menghalang laluan mereka.

Tanpa jalan keluar, sebilang besar daripada mereka terbakar hidup-hidup dalam bas itu manakala sebilangan lagi rentung ketika cuba melarikan diri dari kawasan kebakaran itu yang disemarakkan lagi oleh belukar kering.
Apabila api padam, sekurang-kurangnya 36 didapati maut.


“Bencana ini amat besar,” kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Kebakaran itu memaksa 12,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing dan memusnahkan sebuah perkampungan serta mengancam kemusnahan kekal beberapa kawasan hutan di Israel.

Api masih marak di luar kawalan sehingga tengah malam tadi.
Turki mengenepikan ketengangan baru-baru ini dengan menawarkan bantuan dan Pejabat Netanyahu menyatakan Greece, Sepanyol dan Cyprus bersetuju menghantar helikopter melawan kebakaran.

Bantuan tambahan juga akan dihantar Britain, Russia, Mesir, Azerbaijan, Romania, Jordan dan Bulgaria.

Penyiasat mengandaikan kebakaran itu mungkin bermula secara tidak sengaja atau disengajakan. Namun mereka menolak kemungkinan ia serangan kumpulan Palestin.





sumber;facebook

JEM Brochure....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...