Wednesday, November 2, 2011

Aku pun tahu......




JIKA DIA TIDAK TAHU
DAN DIA TIDAK TAHU YANG DIA TIDAK TAHU
DIA ADALAH BODOH
ELAKKAN DIA...

JIKA DIA TIDAK TAHU
DAN DIA TAHU YANG DIA TIDAK TAHU
DIA ADALAH JAHIL
AJARILAH DIA...

JIKA DIA TAHU
DAN DIA TIDAK TAHU YANG DIA TAHU
DIA ADALAH TERTIDUR
BANGUNKANLAH DIA....

JIKA DIA TAHU
DAN DIA TAHU YANG DIA TAHU
DIA ADALAH BIJAKSANA
CONTOHILAH DIA...

selalulah bersikap ingin belajar walau diri anda terpelajar.....

Nilailah diri anda.....!



Seorang individu yang berjaya dalam perniagaan atau hidup selalunya mengenal akan kemampuan diri dan kelemahannya. Menjadi individu yang berjaya bukan bererti tidak mempunyai sebarang kekurangan. Individu berjaya juga mengalami seribu macam masalah hidup, cuma bezanya adalah bagaimana seseorang itu mengendali dan menyelesaikan masalah tersebut. Menjadi orang berjaya juga sentiasa bersikap positif terhadap apa yang dilaluinya.

Kekuatan dan kelebihan yang ada pada seseorang individu tidak akan bererti jika ia tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Orang yang berjaya dapat menggunakan kelebihan pada dirinya bagi mencapai tujuan dan matlamat dengan apa yang telah dirancangkan.

Seseorang itu tidak akan berjaya sekiranya tidak mempunyai perancangan dalam mencapai maksud tujuan. Tiada manusia berjaya dengan begitu sahaja, tentu ada prinsipnya. Asas untuk berjaya adalah bergantung sejauh mana kita mengenal diri kita sendiri atau bakat yang ada pada kita. Kalau bakat dan kemampuan diri kita tidak digilap bagaimana kita boleh mencipta kejayaan, pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri. Firman Allah dalam Al Qur'an ".....Sesungguhnya Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka..." (Ar-Ra'du : 11).

Seseorang individu yang rasional dan bercita-cita tinggi sentiasa mengenali kemampuannya dan sentiasa menyelami cita-citanya dan tindakannya dengan kebolehan yang ada padanya.
Anda!........ya!....anda juga boleh mencapai kejayaan yang cemerlang dalam apa jua bidang yang anda minati jika anda berjaya mengenalpasti dan memajukan bakat serta kebolehan yang ada pada anda.......
Ayuh lakukan sekarang.......
KALAU ADA ORANG MENGATAKAN GUNUNG UHUD ITU SUDAH BERUBAH TEMPAT BOLEH DIPERCAYAI TANPA MELIHAT TERLEBIH DAHULU, TAPI KALAU ADA ORANG MENGATAKAN YANG SI POLAN ITU SUDAH BERUBAH PERANGAINYA JANGAN KITA TERIMA KECUALI KITA SAKSIKAN DAHULU. Ini memberi gambaran kepada kita, gunung boleh diubah daripada mengubah perangai manusia.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...