Thursday, November 10, 2011

Anda yang jenis mana?



Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini.


1- Belajar daripada pengalaman sendiri, mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman.
2- Belajar daripada pengalaman orang lain, mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup.
3- mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain,
mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.




Ramai orang berkata pengalaman adalah guru dan banyak mengajar kita tentang realiti kehidupan. Pengalaman itu juga membuat seseorang itu matang dalam apa jua tindakan dan keputusan. 
Orang yang terlalu memikirkan akibat dari keputusan dan tindakan, sampai bila-bilapun orang itu tidak akan menjadi orang yang berani.

















Herba Misai Kucing...ada dalam Grun...!

Pengenalan


Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai
ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan
dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.


Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang
dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai
ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.


Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu
mengelakkan penyakit batu karang
. Mengikut kajian, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan
membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.


Keterangan:   
Tumbuhan yang pada asalnya dari klasifiksi liar ini mula banyak ditanam dan popular sebagai tumbuhan taman kerana bunganya yang cantik. Mudah membiak melalui keratan batang dan memerlukan medium yang agak lembab untuk hidup dengan subur. Misai kucing ialah herba bukan semusim dan ia boleh hidup lama.
Ia kaya dengan kalium. Tumbuhan ini mula menarik perhatian para pengkaji antarabangsa apabila ia mula diperkenalkan sebagai teh di Eropah pada awal kurun ke 20.

Pokok Misai Kucing


Nama Tempatan    :  Misai kucing


Nama Saintifik      :   Orthosiphon aristatus /stamineus benth


Nama Lain            :  Kumis kucing, cat whisker, kabling gubat, remujung, Javatee,                      
                                Lamiaceae, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher 
                             
                                Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea, Koemis 
                             
                                Koetjing and Yaa Nuat Maeo.

Latin name           :  Orthosiphon spicatus


Family                  :  Lamiaceae     


Khasiat Herba Misai Kucing


1- Herba ini bersifat Diuretik berkesan untuk membantu melawaskan pembuangan air kencing
2- Menghalang pembentukkan batu karang
3- Membantu menyingkirkan lebihan asid urik pada sendi dan otot
4- Membantu merendahkan tekanan darah
5- Membantu mengeluarkan sisa toksin melalui pembuangan air kencing
6- Membantu meredakan keradangan sendi, gout dan sengal-sengal tulang
7- Membantu merawat masalah ginjal dan buah pinggang






PHL Trade mengeluarkan produk berasaskan Herba Misai Kucing + Herba Dukung Anak + Stevia Rebaudiana yang dikenali  GRUN. Grun dirumus khusus untuk menyelesaikan  masalah kesihatan yang dinyatakan di atas. Dapatkan produk ini terus dengan nombor talian yang tertera pada ruangan 'beli cara online'.



Harga - RM 25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Kapsul Niruri Ginkgo...punyai kelebihan.....!


 
Produk Rebranding.

 
Sebelum ini dikenali sebagai Kapsul Dukung Anak Plus.
Dengan penjenamaan baru ianya dikenali dengan nama Niruri + Ginkgo.
Gabungan dan formulasi  terbaik diantara Ekstrak Herba Dukung Anak (Phylanthus Niruri) dengan Ekstrak Ginkgo Biloba.

 
Antara kelebihan dan kebaikan yang diperolehi dari amalan berterusan menggunakan kapsul ini adalah:

1- Herba Dukung Anak (Phylanthus Niruri)
  • 1- Membantu dalam merawat masalah pedih ulu hati terutamanya wanita
  • 2- Memperbaiki sistem pembuangan air kencing
  • 3- Membantu dalam merawat masalah Liver/ Kuning, Hepatitis A,B,C dan D
  • 4- Membantu merawat masalah Batu Hempedu
  • 5- Membantu memecahkan Batu Karang
  • 6- Membantu dan mengurangkan kesakitan Senggugut
  • 7- Membantu dan merawat masalah Buasir
  • 8- Membantu mengurangkan masalah Sembelit
  • 9- Mengurangkan demam dan batuk
2- Ginkgo Biloba
  • 1- Ginkgo dikenali sebagai herba untuk otak dan ianya amat baik untuk masalah berkaitan otak
  • 2- Membantu meningkatkan daya ingatan pelbagai peringkat umur
  • 3- Menggalakkan pengaliran darah ke otak, tangan dan kaki
  • 4- Mengawal keanjalan saluran darah dan mengurangkan pembekuan darah
  • 5- Membantu dalam merawat penyakit Alzheimer
  • 6- Membantu merawat masalah Disfungsi Erektil dan melancarkan darah
  • 7- Membantu merawat masalah telinga berdengung

 

 

 

 

 

 


 

Apa itu Herba...?



HERBA SATU PERISTILAHAN......

Apakah yang diistilahkan sebagai herba?
Untuk mengetaui makna herba, maka di sini saya memberikan beberapa definisi herba:

dari website www.wikipedia.org herba (herb) didefinisikan sebagai:
plants grown for culinary, medicinal, or in some cases even spiritual value.

manakala dari website www.answers.com yang memuatkan pelbagai sumber pula, herba (herb) didefinisikan sebagai:
A plant whose stem does not produce woody, persistent tissue and generally dies back at the end of each growing season.
Any of various often aromatic plants used especially in medicine or as seasoning.
American Heritage Dictionaries

name for any plant that is used medicinally or as a spice and for the useful product of such a plant. Herbs as condiments and seasonings are still important in culinary art; the use of medicinal herbs, however, has waned since the advent of prescription and synthetic medicines, although plants remain a major source of drugs. The term herb is also applied to all herbaceous plants as distinguished from woody plants.
Colimbia University Press

Technically, a herbaceous plant, one that does not form a woody stem. More popularly, herbs are “useful” plants, grown for their fragrance, medicinal properties, or culinary attributes. Under this definition, an herb may be herbaceous, like parsley, or woody, like rosemary.Taylor’s Gardening Guides


dari sumber www.dbp.gov.my pula, herba didefinisikan sebagai

sejenis tumbuhan kecil yg batangnya (lembut) tidak berkayu, daunnya dapat dibuat makanan, ubat, dan pewangi.
Kamus Dewan Edisi Tiga
jenis tumbuh-tumbuhan yg batangnya rendah dan tidak berteras (ada yg daunnya dibuat ubat atau dimakan).
Kamus Pelajar

Tumbuhan vaskular berbiji, berbatang lembut dan tidak berkayu. Kebanyakannya jenis semusim iaitu hidup satu kitaran musim lengkap dan mempunyai kitaran hidup yang pendek. Contohnya bayam, keembong, bunga matahari dan cika emas. Terdapat juga jenis herba saka contohnya pisang dan lengkuas
www.dbp.gov.my

Biji atau buah dari tumbuhan renek sebagai bahan perasa atau bahan aroma
www.dbp.gov.my


Tumbuhan yang daunnya sebagai bahan perasa, bahan aroma atau ubat.www.dbp.gov.my


daripada pendefinisian tersebut, dapatlah ditakrifkan pada dasarnya, herba adalah tumbuhan renek yang berbatang lembut dan tidak berkayu/teras dan digunakan dalam masakan, bahan aroma atau ubatan.

Namun demikian, pentakrifan yang lebih luas dan digunapakai oleh kebanyakan ahli herba (herbalist) ialah:

Herba ialah tumbuhan yang boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubatan dan bahan aroma. Ini bermaksud, tidah hanya tumbuhan renek , bahkan pokok yang berkayu juga boleh di takrifkan sebagai herba jika ada potensi bagi mana-mana tiga kegunaan tersebut.


sumber D'Herb Journal





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...