Sunday, November 13, 2011

Apabila nafsu jadi raja.....




Hari-hari hitam untuk masyarakat pelbagai bangsa negara kita telah tiba. Atmosfera kehidupan kita telah berubah. Sifat kemanusiaan dalam diri masyarakat kita sudah punah, hancur.
Ini yang kerap kali saya labelkan sebagai kesundalan masyarakat.
Kesundalan  ini saya definisikan sebagai kebejatan moral dan akhlak yang membarah. Membarah dengan begitu kronik dalam setiap lapisan hierarki masyarakat kita. Bermula daripada sehina-hina anggota masyarakat hinggalah kepada yang gagah berkuasa. Perhatikanlah perjalanan hidup masyarakat dan jujurlah dengan pemerhatian kita. Si pemegang kuasa, dengan rakus serakah melahap dan merompak hasil kekayaan bumi sendiri untuk kepentingan peribadi. Amanah dipersetan, hingga sanggup dibiarkan rakyat yang miskin bertambah miskin hidup sebagai gelandangan.  Ini fakta.

Golongan muda dan nafsu terus jadi teman setia. Mereka diperdaya keghairahan godaan-godaan dunia. Kini negara ini jadi negara maksiat. Dalam keghairahan politikus berikhtiar menjadikan negara ini Negara Maju, Negara Madani, Negara Berkebajikan atau apa sahaja nama yang bersesuaian dengan ideologi mereka, terlebih dahulu negara ini telah menjadi Negara Zina.  Negara Zina yang telah menjadi  pengeluar bayi  luar nikah yang sangat produktif. Negara Zina yang akhirnya menyaksikan ibu bapa membunuh bayi luar nikah tadi sewenangnya, seakan nyawa manusia ini tidak ada nilai walau sebesar zarah sekalipun. Kita semua maklum bunuh bayi adalah perlakuan tidak bertamadun masyarakat Arab jahilliyah dan apabila masyarakat kita mewarisi perlakuan hodoh ini, telah terbukti satu lagi bentuk kesundalan masyarakat. Ini hakikat.

Minda kita disuap dengan berita bahawa negara ini aman harmoni. Berpijaklah pada bumi yang nyata. Apa yang harmoninya jika jauh di sudut hati kita masih diburu ketakutan kepada jenayah dan kejahatan? Secara peribadi, jenayah yang paling terkesan di hati saya ialah yang membabitkan wanita sebagai mangsa. Rogol, simbahan asid, cabul dan lain-lain. Apakah maruah wanita begitu rendah untuk mereka diperlakukan sebegitu rupa? Apakah harga diri mereka begitu murah untuk dikhianati tanpa belas?  Wanita juga adalah manusia. Mereka perlukan perlindungan.  Jika masyarakat di luar sana tak mampu untuk menjadi masyarakat yang melindungi, jangan pula kalian jadi masyarakat yang merosakkan.  Konsepnya mudah.
Cukup sekadar itu sebahagian kebejatan dalam masyarakat saya nukilkan secara umum. Sedarlah, kita tidak lagi hidup dalam keadaan yang selamat. Kita kini hidup di tengah-tengah masyarakat yang defisit moraliti dan bankrap akhlak. Kita perlukan pembaharuan. Cukuplah kebejatan yang kita tanggung kesan daripada menyemai benih sekularisme sejak negara ini merdeka. Carilah penawar kepada racun sekularisme ini. Penawarnya ialah dengan kita berpatah kembali ke pangkal jalan. Jalan yang dimaksudkan ialah jalan yang disediakan oleh Tuhan yang Maha Melindungi. Jalan yang terjamin di sisi agama, jalan pedoman  yang akan menghapuskan kesemua kebejatan ini.
Kepada yang masih ragu-ragu bahawa sistem masyarakat kita telah hancur dan binasa,  perhatikanlah perjalanan hidup masyarakat dalam negara bertuah ini dan yang paling penting, berlaku jujurlah dengan pemerhatian kalian.
sumber harakah online

Musim kenduri mai daaahhhh.....!!



Musim kenduri kendara dah nak mula....., ini bermakna hari-hari sibuk menguruskan anak ke sekolah dah nak sampai ke penghujung. Sebut je kenduri di musim cuti panjang ni ada kenduri kahwin, kenduri berkhatan anak,  kenduri kesyukuran dan lain-lain. Maka berlambak-lambaklah kad undangan walimatul urus. Ada yang dapat undangan kenalan jauh, dekat, jiran setaman, jiran kat kampung, adik beradik,saudara mara dan lain-lain.
Apapun jika anda terima kad undangan ini menandakan anda wajib hadir.
Diriwayatkan dari Ibnu 'Umar r.a, beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang diantara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah ia menghadirinya." (Hadith riwayat al Bukhari; 5173).




Walaupun majlis kenduri adalah sunat diadakan dan memenuhi jemputannya adalah wajib. Ini adalah bagi menghebahkan kepada tetamu, saudara mara, handai taulan dan orang kampung mengenai perkahwinan ini agar tidak ada sangkaan buruk dan diharapkan agar perkahwinan ini diberkati dan berkekalan.
Disamping memenuhi selera kita juga digalakkan memberi sumbangan semampu kita dan dapat beramah mesra  serta bertanya khabar dengan kawan-kawan lama, saudara jauh dekat, jiran-jiran dan orang kampung. Mungkin di hari lain kita agak sibuk dengan kerja, tugas dan komitmen lain.....inilah masanya kita  tinggalkan sementara kesibukkan kita....kita bersama-sama meraikan dan memeriahkan majlis kenduri.

Selesai memenuhi perut dengan menu hidangan janganlah lupa mendoakan agar majlis ini diberkati dan pasangan pengantin yang dirai menemui kebahagiaan dalam menempuhi hidup baru. Dan jangan lupa berterima kasih pada tuan rumah...dan hulurkan sedikit sumbangan.....jangan lepas makan terus blah....tak senonoh betul perangai macam nii....aku teringat kat kawan aku....dapat duit RM 1 sekerat....apa punya mahkluk ni....baik takyah bagi...buat sakit hati jee....Apapun...kita yang buat kenduri ni...kena ikhlaslah dengan apa yang kita lakukan bukan mengharapkan imbuhan yang banyak dari tetamu, kalau tetamu bagi walau sikit kita redho lah....kita ikhlas tak dapat pun takpa janji tetamu datang...itu dah besar Rahmat dah....

Selamat Pengantin Baru......
Selamat Pengantin Baru untuk lelaki
Selamat Pengantin Baru untuk perempuan
Selamat menempuh kehidupan baru
Selamat Terima Menantu........
Selamat....Selamat......Selamat......selamat makan free...hehehe! selamat..... duit aku...hahaha!


tuan rumah kenduri.......




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...