Thursday, May 31, 2012

Renungilah nasibmu anak Felda.......



Pada 28hb Mei yang lalu telah diadakan satu siri ceramah umum yang berlangsung di Kg Nasaruddin Seri Iskandar Perak anjuran PAS Parit yang menampilkan dua orang penceramah, dimulai oleh Y.B Zainuddin. Beliau adalah DUN Lubuk Merbau dan bekas Exco Agama. Penceramah kedua ialah Saudara Mazlan Aliman yang merupakan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) iaitu NGO yang menjaga kebajikan generasi kedua dan ketiga Felda.


 
Dalam ceramahnya Y.B Zainuddin telah menyanggah setengah pendapat yang menyatakan Melayu akan terhapus jika tiada Umno.Alasannya mudah,melayu telah wujud jauh lebih lama daripada Umno itu sendiri.Sebelum ada nya UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946,Kaum melayu telah lama bertapak dan mempunyai ketamadunan sendiri.Kaum melayu telah berkembang di segenap nusantara dan membentuk kerajaan yang kuat serta mempunyai sosio budaya yang kukuh.Pada pendapat beliau,UMNO lah merupakan perosak orang Melayu dari pelbagai sudut.Penyusutan luas tanah rezab Melayu yang berkeluasan 3 juta hektar semasa pengunduran British dari Tanah Melayu kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995 banyak disebabkan oleh kegiatan tamak pemimpin pemimpin UMNO yang begitu rakus membolot keuntungan dari pengambilan tanah tersebut dengan nama pembangunan. Apa yang tinggal untuk kaum melayu yang miskin ini adalah tanah tanah rezab yang tiada nilai komersial dimana kedudukannya adalah tidak strategik seperti di pergunungan,kawasan hakisan,paya dan sebagainya.Menurut perlembagaan, setiap inci tanah rezab melayu yang diambil,Ianya mesti digantikan dengan kadar yang sama disuatu tempat yang lain.Malangnya undang undang ini tidak dipedulikan oleh pemimpin yang haloba. 

Tambah beliau lagi,mengubalan undang undang yang berkaitan dengan Petronas telah memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri dalam beberapa perkara telah mengakibatkan Perdana Menteri mengambil peluang bekenaan untuk mengkayakan diri dan kroni.Dalam perlembagaan telah member kuasa mutlak kepada Perdana Menteri menentukan Syarikat Hiliran yang berurusan dengan Petronas telah membolehkan Perdana Menteri melantik syarikat syarikat kroni yang mengaut keuntungan besar dari urus niaga dengan Petronas.Antara syarikat yang terlibat ialah Kencana dan Scomi.Syarikat ini mempunyai hubungan dengan anak anak Perdana Menteri pada masa itu.Akibatnya kroni PM yang dapat manfaat besar.


Pengerusi ANAK Mazlan Aliman pula banyak membicarakan tentang perubahan pemikiran yang berlaku kepada peneroka Felda dan Felcra.Perubahan ini adalah kerana dasar Felda yang begitu menekan seperti Akta Penempatan Berkelompok 1960 hendaklah dimansuhkan kerana menjadi instrumen yang bertentangan dengan matlamat asal Felda untuk mengurangkan kemiskinan. Asalnya Felda menggalakkan peneroka membersih, menanam dan akhirnya memiliki lebih 10 ekar tanah. Akibat akta itu, kini lebih 80% tanah peneroka berakhir jatuh ke tangan Felda Plantations.


Akta Penempatan Berkelompok 1960 telah menjadikan peneroka petani penyewa, dengan pendapatan antara RM800 hingga RM1,500 sebulan dalam bentuk gaji bulanan, bergantung kepada harga semasa pasaran minyak kelapa sawit atau getah.Akibatnya beban hutang peneroka bertambah. Prospek masa depan anak cucu mereka, untuk keluar dari perangkap kemiskinan gagal.Setiap kali berunding menuntut hak, Felda akan mengungkit semula Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960. Mereka membangkitkan semula soal-soal pengurusan ladang, dan kegiatan aktiviti peneroka mengikut tafsiran Felda. Akhirnya peneroka tidak boleh buat apa-apa.


Akta itu tidak membenarkan tanah mereka digadai, dipecah-pecahkan atau dibahagikan dan diserahkan kepada seorang penama sahaja. Ia telah menimbulkan konflik dalam keluarga dari sudut pembahagian pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan generasi kedua. Peneroka terpaksa menandatangani beberapa perjanjian untuk mendapat hak milik tanah, termasuk perjanjian penanaman semula yang diperkenalkan beberapa tahun dahulu. Lebih malang, peneroka tidak mendapat salinan surat perjanjian tersebut dan Felda juga boleh bertindak hingga ke tahap mendapatkan 'kaveat' tanah peneroka.





Pada 15 November 2011, ANAK mendesak agar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengemukakan bukti bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia tidak akan menjejaskan aset peneroka Felda. Kajian mendapati 360,000 hektar tanah milik Felda Plantation akan dicagar pada Januari 2012. Pendapatan daripada tanah ini dijangka tidak kurang daripada RM2,000 juta setahun tiba-tiba nilai pajakan hanya RM251 juta, ertinya Felda kehilangan lebih kurang 80% daripada pendapatan sebenar daripada tanah ini.

Di atas sebab sebab yang dinyatakan menyebabkan mentaliti peneroka menjadi lebih berani untuk menyanggah kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan yang diterajui oleh Umno dan konco konconya. Atas dasar keadilan dan kebenaran telah dapat disaksikan bahawa lebih 3000 orang peneroka telah menfailkan saman di Mahkamah diatas sebab penipuan yang dilakukan oleh Felda diserata negara diatas menyusutnilaikan gred buah sawit milik peneroka.Banyak kes saman yang telah dimenangi oleh peneroka ini dan pihak Felda telah membayar ganti rugi sebanyak 11 juta setakat ini. Beliau berharap dengan adanya perubahan besar pemikiran para peneroka akan membawa perubahan kepada senario politik Negara.

Msinc-Hormat dan tabik kepada perjuangan peneroka yang melawan kezaliman dan ketidakadilan..peneroka bukannya Haram JXdXX..seperti yang dilemparkan oleh orang itu..peneroka ni …kin lame…kin cordek…kin lame ..kin cordek..



sumber;telokbakong

Oh...! Felda...








Betul kah Puan Rohana Abd Rahman, Pengarah Kontrak ditukarkan ke Jbt Sumber Manusia SERTA MERTA........????

KENAPA dia ditukarkan....????
APA kesalahan dia....????

Bukankah dia seorang pegawai kanan yg jujur & amanah dlm menjalankan tugas....???? MENGAPA DIA DIPERLAKUKAN DEMIKIAN? DI MANA MARUAH DAN MORAL PEGAWAI FELDA SEHINGGA BOLEH DIBUAT SESUKA HATI? INI ADALAH PEGAWAI KANAN FELDA KE 3 YANG DIJATUHKAN HUKUMAN KEJAM TANPA DINYATAKAN SEBAB2...JIKA INI REALITI YANG BERLAKU DI FELDA .... MALANG MALANG, SUNGGUHMALANG SEKALI. Dato Omar, Presiden CUEPECS tolong lah tenguk2kan apa yg terjadi di Felda kebelakangan ini semenjak ketiadaan DG, Yg baik2 dihukum, yg jahat & tak ikut peraturan, yg boros, yg tak amanah dibelai, dibela dan diberi bermcm2 kemudahan ????

Ya Allah selamatkan Felda....

 ----------------------------------------------------------------


Klu kita ingat tahun lalu KPF kena belasah oleh bekas2 org Anuar Ibrahim,,,, Roslan Kasim, Hamidon, Anuar Sungip, Ezam Md. Nor, dll menuduh KPF menyeleweng dan bermcm2 fitnah yg keji dilempahkan. Konon Ahli Lembaga KPF salah guna kuasa sehingga pengarah Seranta pun dok sibuk2 mengadu kat SKM. ????

Pelik jugak kebelakangan ini berduyung2 org Anuar join Isa, Mcm ada SATU TARIKKAN, lepas satu2 sokong Isa Samad, apa saja yg dikatakan Isa semua membabi buta setuju dan tambah komen2 mereka dlm UTUSAN, seolah2 mereka tahu & mahir tentang Felda & KPF dan mereka tahu apa yg terbuku dlm setiap hati Warga Felda. ???? Knapa jadi bergini seolah2 Isa sudah tak ada lagi org2 UMNO yg suka atau menyebelahi beliau ????? .... atau mungkin luka & kebencian org2 UMNO ini terhadap Isa Samad masih belum pulih setelah Isa didapati bersalah mengamal RASUAH dlm PAU yg lalu, perbuatan Isa telah mengaibkan UMNO di mata parti2 komponen yg lain secara Amnya dan memalukan UMNO N9 Khasnya ????

Kesian tak pasal2 nama KPF amnya dan nama Ahli Lembaga khasnya tercemar. Yg peliknya knapa SPRM tak masuk menyiasat tuduhan2 ini. ???? Knapa lah pulak saat2 akhir nak Listing barulah Isa Samad nak bersuara dan memberitahu yg KPF sedang disiasat oleh SPRM ?????? Kemudian Isa cepat2 beritahu dlm media yg KPF tidak akan terlibat dlm Listing. Alasannya KPF ada kes besar penyelewengan dan FGVH tak mahu dilibatkan dlm siasatan SPRM.

Skng dah masuk 2bulan, apa hasil siasatan SPRM ???? ..... Ada tak kes penyelewengan yg di war2kan oleh Isa Samad ???? ..... Ada ke salah laku oleh Ahli2 Lembaga KPF ???? ..... Ada tak duit-duit yg dilarikan oleh Ahli Lembaga KPF ????

Mengapa SPRM senyap aje dan tak istiharkan hasil siasatan kpd umum ???? ..... Mengapa org2 bekas Anuar Ibrahim yg skng tiba2 ramai menyebelahi Isa Samad diam seribu bahasa ???? ..... Mengapa Isa & org2nya tak buat PC lagi mcm dah abis modal nak hentam KPF ???? ..... Mana Zaid, mana Ezam, mana Roslan dan mana Zaharin ????? ..... Bergitu lah busuknya hati mereka2 ini terhadap KPF ???? Knapa Seranta pun turut diam, bisu seribu bahasa. ????

Skng tinggal 3minggu lagi KPF akan mengadakan mesyuarat Agong untuk mengistiharkan dividen. Kita doakan KPF terus kukuh menjadi koperasi terbaik dan mampu membayar dividen tinggi tahun ini, setidak2nya sama mcm Ahli Koperasi Saham Bank Rakyat dapat baru2 ini.

Syabas Dato Sarchu, CEO KPF anak peneroka Medoi, Mazlan Taib dan lain2 .... Syabas juga Ahli2 Lembaga KPF .... Dato Dzul, Dato Suhaimi, Tuan Hj Abidin dan lain2. HIDUP KPF,,,,, SEJAHTERA PENEROKA,,,, MAJULAH WARGA FELDA






 ---------------------------------------------------------------------



Terkini ....
Adalah difahamkan SKM telah membuat keputusan keahlian Isa Samad dlm KPF dikekalkan spt mana keputusan mereka seblum ini. Soalnya knapa Isa Samad beria2 sngt nak kan keahlian KPF dan masih bernafsu nak menjadi pengerusi KPF ???? .... Sdgkan dia kata KPF ada bnyk masalah dan banyak penyelewengan didlm nya. ???? .... Permohonan KPF menyertai "Listing FGVH ditolak mentah2 oleh Isa tanpa mahu berunding bersama ahli lembaga KPF. ???? Pelik sungguh, Isa Samad langsung tak punye semangat membantu KPF tapi mengidam sngt mahu jadi pengerusi KPF. ???? APA MUSLIHAT YG BERMAIN DLM OTAKNYA.

Sabri pula kabarnya telah membuat perjanjian dgn Kilang hanya mahu membayar upah proses BTS sahaja ???? (kwan2 yg bijak pandai tentang ini tolong huraikan berkenaan dgn upah proses) Ini merupakan satu usaha jahat Sabri untuk melemahkan keuntungan Kilang yg KPF memegang saham terbesar iaitu 65%. ???? Sungguh licik Sabri ini. ????

Satu konpirasi yg cukup jahat oleh Isa, Sabri dan bakal setiausaha KPF, aka org yg paling powerful, aka org yg paling dibenci oleh pertugas2 Felda, siFAIZOUL ????? (Faizoul DG & Hj Abidin kirim salam) ???? Wallahualam !!!!!


sumber;gayapeneroka

Tuesday, May 29, 2012

Monday, May 21, 2012

Jem Cafe.....rasai kelazatan yang nyata berbeza.....


AKAN BERADA DI PASARAN.......





Jadilah founder di tempat anda sekarang.....!

Wednesday, May 16, 2012

Antara kerja sendiri vs makan gaji..



 

Persoalan yang kerap berlegar di minda setiap graduan. Antara makan gaji vs kerja sendiri yang mana satu harus dipilih? Jawapannya amat bergantung pada apa wang diingini kerana setiap pilihan mempunyai pro dan kontra. Ya, ramai yang memilih kerja berdasarkan minat dan kelayakan mereka. Kita diberi pilihan dan setiap orang berhak untuk memilih sesuatu untuk kebaikan dirinya untuk jangka masa panjang. 

Bermula dengan kerja makan gaji, maksudnya bekerja di bawah orang lain sama ada dalam sektor awam atau swasta. Sektor awam seperti jabatan-jabatan di bawah naungan kerajaan Malaysia atau kerajaan negeri, sekolah rendah, sekolah kebangsaan, universiti dan sebagainya. Sektor swasta pula contohnya bekerja di syarikat-syarikat Berhad, Sendirian Berhad atau Enterprise. Makan gaji bererti bekerja untuk majikan di mana majikan akan memberikan upah yang tetap pada setiap hujung bulan. Si pekerja pula tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan dengan upah yang diberikan. Faktor kecemasan dan kemalangan mungkin tidak akan menggugat situasi si pekerja kerana ia dijamin oleh majikan tetapi bagi mereka yang bernama majikan, mereka perlu mencari jalan untuk membayar upah kepada pekerja mereka. 

Tahu kah anda lebih separuh dari rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan makan gaji. Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat tersebut. Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka. Antara kelebihan makan gaji ialah dapat memperoleh gaji secara tetap setiap bulan, mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta, kad kredit dan sebagainya, dapat menikmati kemudahan perubatan di klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai, berpeluang mendapat bonus tahunan, kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya. 

Bagi mereka yang bekerja sendiri pula, mereka perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat membayar upah kepada diri mereka sendiri. Mungkin mereka tahu dan tidak tahu berapa upah yang mereka perlukan setiap bulan, ini kerana mereka bekerja untuk hidup. Mereka tidak bergantung kepada majikan, mereka tidak bergantung kepada pekerja, mereka bergantung kepada diri sendiri. Faktor kecemasan dan kemalangan akan memberikan kesan kepada mereka sendiri jika mereka tidak berusaha untuk mendapatkan upah yang dapat membiayai faktor kecemasan tersebut. Dalam erti kata lain, kerja sendiri ialah bisnes atau perniagaan. Bidang perniagaan ini luas. Kerja sendiri ini mempunyai cabaran dan risikonya yang tinggi, ditambah pula dengan modal yang menelan kos yang jumlahnya agak besar. Namun semua itu dapat dikurangkan sekiranya mendapatkan khidmat nasihat pakar daripada syarikat yang berkelayakan seperti FAMA, SIRIM dan sebagainya. Mereka akan membantu dari segi pinjaman dan khidmat sokongan sehingga seseorang usahawan itu dapat “berdiri di atas kaki sendiri” dalam perniagaan. 


 

Perniagaan yang bersaiz kecil, jika diusahakan dengan betul akan membuahkan hasil yang lumayan dan mampu berkembang menjadi sebuah konglomerat yang besar dan disegani. Perniagaan yang melibatkan ratusan ringgit pada mulanya boleh mencapai nilai jutaan ringgit. Sebagai contoh, lihat sahaja Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang bermula sebagai peniaga pasar dan akhirnya mencapai status antara orang terkaya di Malaysia. Antara kebaikan menjalankan bisnes ialah hasil pendapatan boleh mencecah angka yang jauh lebih lumayan daripada kerja makan gaji. Sekiranya bisnes dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang cekap dan dijalankan dengan penglibatan minimum oleh pemilik bisnes tersebut, kebebasan masa dapat diperoleh. Selain itu, tiada kerenah birokrasi untuk mendapat cuti atau naik pangkat seperti mereka yang makan gaji. Di samping itu, pemilik bisnes dapat membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan ekonomi negara. Dan yang paling penting, pemilik bisnes berpeluang untuk menjadi jutawan dan merasai kebebasan kewangan.


Orang yang paling bahagia dan paling puas adalah mereka yang mempunyai perniagaan mereka sendiri. Mereka memiliki kebebasan masa dan wang. Mereka yang berjaya dalam perniagaan terdiri dari mereka yang bekerja keras. Sekiranya seorang pekerja boleh mendedikasikan bertahun-tahun hidup pada sebuah syarikat, hakikatnya pekerja itu sendiri tidak dapat mengawal apa yang akan berlaku kepada syarikat itu seperti perubahan pengurusan, syarikat diambil alih oleh bos lain dan pertukaran polisi dll. Perkara ini akan memaksa perubahan mendadak pada diri pekerja itu tanpa diduga. Begitu juga dengan bekerja sendiri. Risiko untuk menghadapi persaingan, perubahan, kegagalan dll itu sebenarnya lebih kurang sama dengan bekerja sendiri!
Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dek kerana ingin menggalakkan rakyat Malaysia yang tidak didaftarkan secara rasmi sebagai pekerja untuk mencarum kepada KWSP di bawah kategori bekerja sendiri sebagai usaha untuk menabung bagi persaraan mereka. Maka tiada alasan lagi mereka yang bekerja sendiri untuk tidak mempunyai jaminan kewangan untuk hari tua

  

 Golongan peniaga juga dikatakan lebih berminat daripada yang bekerja sendiri. Mengapa? Di alam perniagaan, pulangan di atas kertas memang cantik. Berhabis sejuta boleh dapat 2 juta dalam masa kurang 12 bulan (100% ROI setahun). Tapi realitinya boleh berbeza sama sekali. Pemilik perniagaan sentiasa berhadapan dengan risiko muflis sekiranya pinjaman bank tidak dapat dibayar tepat pada masanya. Terlalu banyak uncertainty yang menjadikan pemilik perniagaan lebih berusaha. Lebih beriman. Kedua, sebagai majikan, sudah menjadi tanggungjawab untuk menjaga para pekerja. Majikan mungkin tahu yang pekerja menghadapi kesukaran untuk survive dalam suasana kos kehidupan yang tinggi dengan gaji yang diberi. Namun, tahu saja tak cukup. Justeru, pemilik perniagaan perlu fikirkan bagaimana untuk meningkatkan hasil perniagaan agar gaji pekerja dapat ditingkatkan dan beban mereka juga boleh diringankan. Lebih berat nak memahamkan pekerja yang kita cuba nak tolong tu agar sama-sama berusaha supaya sama-sama dapat manfaat. Lebih berusaha. Lebih beriman.
Ketiga, pemilik perniagaan tidak memikirkan elemen kenaikan pangkat atau gaji. Sebaliknya, faktor keuntungan dan kerugianlah yang menjadi pertaruhan mereka. Sehubungan dengan itu, mereka mempunyai pertimbangan sama ada mampu atau tidak perniagaan itu dikendalikan dengan baik dan menguntungkan ataupun sebaliknya.

Andainya perniagaan yang diusahakan menemui kegagalan, mereka tidak berputus asa, sebaliknya mereka memikirkan tindakan alternatif untuk memulihkannya. Hal inilah yang menjadi keistimewaan sebagai usahawan. Semangat keusahawanan mengatasi segala semangat bekerja, mereka dapat memikirkan alternatif yang terbaik untuk mengatasi kegagalan yang dihadapi. Semangat begini berbeza daripada pekerja makan gaji, iaitu masa bekerja telah ditetapkan, selepas itu, mereka tidak perlu lagi memikirkan masalah yang timbul di pejabat dan tidak perlu mencari kaedah untuk mengatasi masalah. Lebih berusaha. Lebih beriman. 

Namun, bukan semua kerja dengan orang itu sesuatu yang buruk. Sebagai contoh, guru, doktor, posmen, pemandu bas, penebar roti canai, penoreh getah dan sebagainya mempunyai peranan mereka sendiri. Kalau tiada mereka, anda mungkin tidak dapat menikmati roti canai yang sedap. Anda mungkin akan mati kerana tidak diberikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit anda. Kereta mewah yang anda pandu mungkin tidak akan gunakan tayar getah yang berkualiti. Anak anda mungkin tidak akan menjadi insan yang handal pada suatu masa nanti disebabkan tiada guru yang berminat untuk mengajar.

Anda boleh lihat di sini bahawa inilah pengorbanan mereka kepada sosial. Inilah sumbangan mereka kepada perkembangan ekonomi. Inilah juga sumber pendapatan internet anda sekiranya produk yang anda jual dibeli oleh mereka. Sesetengah orang memang tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi usahawan dan tidak pun berminat untuk menjadi usahawan. Disebabkan faktor tertentu, mungkin mereka lebih sesuai untuk menjadi pekerja seumur hidup mereka.

Orang yang makan gaji selalu fikir di kepala bilalah nak jadi kaya. Seolah-olah tidak bersyukur apa yang mereka ada selama ini dan merasakan tidak pernah cukup. Tetapi pernah tak mereka terfikir perasaan orang yang sedang mencari pekerjaan. Bukankah mereka (makan gaji) berada dalam kedudukan yang lebih baik?

Makan gaji atau bekerja sendiri bukan menjadi soalnya. Sebenarnya, ia bukanlah sesuatu perkara yang penting untuk menentukan yang mana lebih baik, asalkan anda gembira dengan apa yang anda lakukan. Itu lah yang terlebih baik. Ramai orang amat gembira untuk bekerja makan gaji. Mereka suka dengan kerja yang mereka lakukan, mereka gembira dengan semua rakan-rakan di tempat kerja dan mereka hidup gembira dengan keadaan itu. Dan sesetengah orang pula, sangat gembira menjalankan perniagaan sendiri, mereka bebas melakukan apa yang mereka suka lakukan, mereka gembira dengan hasil pendapatan yang mereka peroleh dan mereka hidup gembira dengan keadaan itu.



Baik yang bekerja mahupun kerja sendiri adalah bertujuan nak dapatkan duit....ada tak yang buat sesuatu macam tu jee...tentulah takde, orang gila mungkin laa. Awas! jangan kerana duit anda digelar hamba duit.





sumber;usahawan

Haah..! cantik apa kalau dressing canggini...cercitee...



Aidil Zafuan batal tuntutan cerai, mohon Rita Rudaini pindah rumah




 #08 Kes Penceraian Rita Rudaini & Aidil Zafuan



Dalam prosiding ringkas di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam petang ini, Aidil Zafuan membuat tuntutan balas terhadap permohonan tunjuk sebab bercerai daripada Rita Rudaini yang di’failkan minggu lalu.
 
Menurut Aidil Zafuan, permohonan sebab dari pihak Rita Rudaini membuktikan yang isteri’nya itu masih mahu bersama beliau dan mahukan perkahwinan ini terus kekal.
Oleh itu, Aidil Zafuan bersetuju untuk membatalkan tuntutan cerai yang beliau failkan sebelum ini & memohon Rita Rudaini juga anak anak untuk berpindah ke rumah beliau di USJ 1.

“Meminta sebab adalah tanda dia (Rita Rudaini) tidak mahu bercerai & saya tarik balik. Saya juga menuntut dia & anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami,” ujar Aidil Zafuan di luar dewan.

Ditanya rasional atas tuntutan pindah rumah ini, Aidil Zafuan berkata beliau lebih selesa untuk tinggal di’rumah yang di’berikan majikan beliau kini & sesuai dengan pendapatan beliau sekarang.


lagi gambar 


#06 Kes Penceraian Rita Rudaini & Aidil Zafuan#01 Kes Penceraian Rita Rudaini & Aidil Zafuan


























#07 Kes Penceraian Rita Rudaini & Aidil Zafuan



















sumber;rotikaya








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...