Friday, December 28, 2012

Larangan ungkapan 'halal' JAKIM....





Mulai 1 Januari depan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melarang penggunaan logo halal dan ungkapan halal seperti perkataan 'ditanggung halal', 'makanan orang Islam', 'buffet Ramadan' dan lain-lain lambang Islam yang boleh mengelirukan dan memperdayakan orang Islam.
  
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan hari ini berkata mulai 1 Jan 2013 tindakan akan diambil ke atas pihak yang masih menggunakan logo dan ungkapan halal selain logo halal yang dikeluarkan JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).
  
"Sebuah pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.
  
"Pihak selain dari pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya," katanya.
  
Tambah Othman makanan dan barang-barang import yang hendak diperihalkan sebagai halal hendaklah menggunakan logo atau nama badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM di negara pengeluar masing-masing.
  
Jelas beliau, tempoh peralihan selama setahun Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang ikuatkuasakan mulai 1 Januari 2012 tamat pada 31 Disember 2012.
  
"Justeru JAKIM mengingatkan pihak industri agar lebih bersedia dan peka dengan pensijilan halal Malaysia dari semasa ke semasa.
  
"JAKIM juga berharap agar orang ramai dapat memberi kerjasama dan menyalurkan maklumat sekiranya berlaku penyalahgunaan logo halal," kata Othman.
  
- Bernama

Rekod bersih seorang Menteri Besar...


Sekadar berkongsi maklumat bukan kempen politik kepartian.....

Beliau Berumur 81 Tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya.
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat ♥

"KAMI SAYANG ULAMA"

Air Gamat Perlis....



Berkongsi info....
Jangan takut makan manis dan lemak kerana diutuskan kepada kita untuk membina daging, tulang, kulit, kuku dan rambut. Untuk kawalan manis dan lemak, Allah menciptakan masin, pedas, kelat, pahit, tawar dan payau sebagai pengimbang. Masin tersangat PENTING untuk membantu tubuh, mencuci dan membunuh kuman.
Air Gamat adalah kemasinan yang terbaik untuk imbangi dan mencuci kotoran di tubuh kerana ia merupakan molikul Garam Atom.....mampu membunuh kuman dan kotoran berat di seluruh bahagian tubuh. Utamakan Gamat dalam perubatan termasuk untuk haiwan dan tumbuh2an.

Dari pemilik KH Kopi- Hj Anuar....





Sebotol RM 16.00 
tak termasuk pos


Membuang kekotoran, lemak, lendir melalui najis, kencing dan kahak.
Mampu mengatasi masalah kesihatan anda sekeluarga walaupun sudah 'KRONIK' . Amat baik kepada yang menghadapi masalah jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, kanser dan kanser kulit, resdong, batuk berkahak, lenguh kebas dan berbisa serta pelbagai penyakit.

Dengan pelbagai kekotoran, lendir, lemak dan kahak dapat dikeluarkan melalui najis, kencing dan kahak, InsyaAllah pelbagai penyakit akan selesai. Perjalanan darah akan menjadi lancar kerana kalsium gamatakan bertindak menghapuskan apa saja kekotoran yang menghalang perjalanan darah, angin dan air di dalam saraf, injap dan kulit anda.

Kepada yang mudah terkejut dan berdebar-debar serta mudah gemuruh, perokok, kanak-kanak yang bermasalah, mereka perlu minum AIR GAMAT PERLIS untuk penyelesaian dalam masa yang cepat, mudah dan murah. Untuk yang bermasalah jantung, paru-paru, buah pinggang kronik, ambil lah produk ini kerana kesannya amat baik dalam masa yang begitu pantas tanpa kesan sampingan... Insya Allah !

======================ARAHAN====================
4/5 sudu besar untuk pertama kali dicampur dengan sebarang minuman harian. Hari berikutnya perlu 1 sudu besar pagi dan 1 sudu besar petang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...