Friday, June 24, 2011

Kawe kat Sembang Cafe

Bagi mereka yang berada sekitar KL dan teringin mencuba minuman hok paling sedap, Kopi Kawe bolehlah singgah kat Semban-Sembang Cafe PPIM.
Sembang-Sembang Cafe
LG 6, The Mall
Kuala Lumpur
Tel- 03-40428313








Buah 'free' yang terpinggir...............?

Jika ditanya buah apakah yang paling sedap? akan keluarlah berbagai-bagai jawapan. Buah epal, anggur dan sebagainya. Jika ditanya pada aku... jawapanku adalah buah 'free....'. Samseng je jawapan. Maksudku buah free ni kita boleh dapatkan ia di tepi-tepi jalan, halaman atau belakang rumah dan di mana-mana saja dan tuan punya pokok ni tak marah pun jika kita makan buah ni...tapi seeloknya mintalah izin dulu. Buah free ni maksudku adalah buah ceri, buah yang tak dipedulikan masyarakat kita hari ini. Pokok ceri dijadikan pokok peneduh saja dan jarang sekali kita mengambil manfaat darinya.

Tahukah anda?
Buah ceri ini mengandungi 'anthocyanin iaitu pigmen warna merah yang baik untuk kesihatan. Ia memiliki kesan yang lebih baik dibandingkan dengan aspirin sebagai ubat pencegah rasa sakit. Walaubagaimanapun, ceri tak boleh diolah dengan suhu yang terlalu panas kerana ia boleh menghilangkan kandungan 'anthocyanin' di dalamnya. Buah ceri banyak juga kelebihannya dan antara kelebihannya adalah;

- Ceri kaya dengan Flavonoid, penyelidik mendapati Flavonoid dalam buah ceri adalah agen antikanser yang paling tulen.
- Ceri mengandungi Anthocyanin dan Bioflavonoid yang membantu melegakan dan menghalang artritis dan ghout, ia juga membantu menyingkirkan migrain
- Ceri mengandungi Melatonin yang membantu kita mendapatkan tidur yang berkualiti.
- Ceri juga mengandungi Antioksidan dan kaya dengan Vitamin dan Mineral.
- Ceri mengandungi Anti-fungus yang kuat dan mempunyai keupayaan merendahkan tahap kolestrol.
- Ceri juga mempunyai keupayaan menentang proses penuaan sel-sel badan, membantu menghidratkan kulit & mempergiatkan fungsi kapilari. Dan lain- lain lagi......


Jom kita pakat ramai- ramai hinggut pokok ceri....jom!!!!
Apa kata lepas ni kita keluarkan Kopi Ceri....ahakksss...!


Buah Strawberi dan Kelebihannya...

Kongsi info.

Strawberi adalah jenis buah yang sangat menarik selera kerana bentuk dan warnanya. Strawberi mengandung ellagic acid sebagai antioksida. Dalam beberapa penelitian ellagic acid terbukti dapat menghalangi pertumbuhan tumor dalam paru-paru, osephagus, payudara, cervix dan lidah. Sementara penelitian di Amerika strawberi dapat mengurangi risiko kanser dari asap rokok. Sebagai ubat tradisional, strawberi diyakini memiliki anti bakteria dan digunakan sebagai pembersih sistem pencernaan. Strawberi juga kaya dengan air, karbohidrat, protein, serat, tannin dan vitamin C. Air rebusan daunnya baik untuk rawatan masalah buah pinggang, melawaskan buang air kecil dan mengeluarkan batu karang dalam buah pinggang. Dan air sirap dari rebusan daun, bunga atau akar strawberi dengan campuran gula sesuai untuk mengurangkan batuk, bronkitis dan radang sistem pernafasan.
Strawberi adalah jenis buah yang hampir tidak dapat dicerna namun banyak mengandungi vitamin C. Strawberi mudah busuk sehingga jarang disimpan lama melainkan dimakan pada saat itu. Wanita dewasa disarankan makan 5 biji strawberi.

dan buah ni.....bukanlah buah kegemaranku...he..!he..!he..!
sekali sekala jaa....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...