Saturday, August 20, 2011

DNA babi dalam sos.......!






Jabatan Agama Islam Perlis mengeluarkan pekeliling dan dibaca di semua masjid di Perlis bahawa SOS HP SAUCE DAN TABASCO mengandungi DNA babi.

Jiwa tenang lepasi tekanan.....!





Ada pertanyaan dari kawan ku tentang hak lelaki dalam rumahtangga. Hal membabitkan soal suami isteri, soal bilik tidur yang mana isteri selalu kedinginan dan macam2 alasan diberikan bila suami ajak melakukan aktiviti ranjang... Ntahlaa aku bukannya pakar dalam hal nii, aku cuma jual kopi hebat dan kuat jee...yang  lain-lain aku tak tau...Rasa bersalah laa pulak jual kopi kawe dan kapsul PHL Plus kat dia nii....tak tau laa pulak dia ada masalah dengan isteri dia. Patutnya dia kena bagi kat isteri dia kopi kuat juga...baru balance....beli laa Feminite dan suruh isteri minum....Haha! tapi tak nak kecewakan kawan aku nii...aku kutip dalam laman2 dalam internet berkaitan masalah dia dengan isteri supaya dia baca dan isteri dia baca supaya dua2 faham dan dapat manfaatnya.

*** APAKAH hukumnya jika isteri sengaja meninggalkan suaminya tidur sendirian? Bagaimana pula halnya jika beliau sengaja tidur membelakangi suaminya?

JAWAPAN


ANTARA tanggungjawab seorang isteri ialah menemani suami tidur. Sabda Baginda Rasulullah saw, “Jika isteri semalaman sengaja meninggalkan tempat tidur suami (tanpa izin suami dan tanpa sebab) malaikat melaknatinya sehingga subuh”.

Maksud membelakangi suami di sini ialah tidak melayani kehendak seksual suami di tempat tidur tanpa sebab yang munasabah. Jika ini maksudnya maka perbuatan ini secara sengaja memang berdosa.
### Saya baru berumahtangga empat bulan. Saya seorang isteri yang bekerja. Haruskah saya melayani suami saya bila-bila sahaja dia perlukan senggama walaupun saya penat. Akan kecewakah dia jika saya selalu tidak mahu?
Saya rela dia bersatu bila saya tak kerja sahaja. Saya tidak mahu dia akan terasa kecewa atau bosan.

Jawapan
Seorang suami dikehendaki menanggung segala nafkah isteri dengan sempurna. Jika ia merasakan keperluan rumahtangganya masih belum cukup, ia boleh memberi kebenaran kepada isterinya berkerja dengan kerja-kerja yang sesuai dengan sifat fitrah semulajadi seorang wanita. Kerja itu pula tidak melibatkan percampuran bebas antara kaum lelaki dan perempuan dan dalam batas-batas menutup aurat.Memanglah seorang isteri akan mengalami kepenatan apabila berkerja disiang hari dan kepenatan ini kadang-kadang sudah cukup baginya untuk tidak dapat melayan kehendak suaminya.
Bagaimanapun seorang isterinya yang diajak oleh suaminya untuk melakukan persetubuhan tidak boleh menolak ajakan ini. Jika ia menolak bererti ia telah menderhaka kepada suaminya atau nusyuz kecuali jika ia sendiri uzur syar’i.. Berdasarkan hadis riwayat At-Tabrani isteri yang nusyuz tidak akan diterima solatnya oleh Allah SWT. Dalam hadis riwayat Abu Dawud pula menjelaskan isteri yang nusyuz akan dilaknat oleh para malaikat. Al-Imam Az-Zahabi menjelaskan sebuah hadis dalam kitabnya Al-Kabair apabila seorang suami mengajak isterinya supaya melakukan persetubuhan tetapi ia enggan berbuat demikian, ia akan dilaknat oleh malaikat sampai ke pagi.
Beliau juga mengemukakan sebuah hadis yang menjelaskan apabila seorang suami mengajak isterinya melakukan persetubuhan, hendaklah segera dipenuhi ajakan suaminya walaupun ia sedang memasak di dapur, malah jika suami mahukan isteri bersetubuh di atas belakang unta sekalipun isteri hendaklah taat. Jika tidak taat sudah pasti suami akan kecewa. Kekecewaan ini kadang-kadang membuatkan suami merasa tawar hati kepada isteri dan akhirnya mewujudkan hubungan yang renggang dalam keluarga.
Walau bagaimanapun ulama berpendapat adalah sesuatu kurang adab dan kurang wajar jika sesuatu persetubuah itu dilakukan dalam keadaan salah satu pasangan itu kepenatan berkerja dan lain-lain. Tunggulah sehingga kepenatan ini hilang dahulu.

*** Cikgu...sy ada kemusyikilan ni....dlm Islam kata isteri harus sentiasa bersedia melayan suami (batin) bila2 masa jer klu suami mahu bersama kan. Dan klu isteri menolak tanpa alasan kukuh, malaikat akan kutuk isteri tu sampai pagi. (klu kenyataan sy salah, cikgu tlg betulkan ya). Soalannya, klu isteri tak nak layan suami dia sebab dia merajuk, kecik hati atau terasa hati ngan suami, adakah dia dikira berdosa gak. Coz suami macam tau tapi buat2 tak tahu atau tak perasan coz dia lebih tumpukan pada kehendak batin dia...macam mana ya cikgu?
Wajib isteri melayan kehendak suami ketika siang atau malam, suka atau terpaksa, sekali atau berulang, di mana-mana tempat yang diminta oleh suami, hatta di atas unta sekali pun. Dan menolak kehendak suami, maka sabit dalam hadis la`nat mala'ikat, maka hukumnya adalah haram.
Suami pun jgn lupa tunaikan hak2 isteri. Kalau tak tunaikan pun haram jugak. Lagi satu suami sepatutnya pandai bertolak ansur dgn isteri dan kalau isteri menolak maka maafkan dia sebelum tertidur sebab kalau suami maafkan maka tak der dapat laknat.kadang2 saya terfikir apakah hikmah Allah memerintahkan sedemikian sehingga berdosa kalau wanita tak melayani suami . Kalau mcm hormati ibubapa itu saya fhm hikmahnya? ttp kepada suami bagaimana pulak? walaupun suaminya pemarah pun, kena layan jugak, apakah hikmah disebaliknya?

HIKMAH:

1- [NAFSU] Wanita tidak akan tahu apa yang bermain di fikiran suami. Kadangkala suami terbayangkan seseorang, lalu naik nafsunya. Maka, suami melepaskan kepada isteri.

2- [NAFSU] Suami bekerja seharian, dan banyak yang dilihatnya. Kadang-kadang, ada wanita yang dilihatnya, yang menaikkan nafsunya. Jadi, suami melepaskan kepada isterinya.

3- [NAFSU] Suami memang teringinkan hubungan. Hal ini mungkin juga, walaupun tanpa diaruh oleh pengaruh luar.
Kebanyakannya adalah untuk MENUNDUKKAN nafsu suami. Jadi suami melepaskannya kepada isteri YANG HALAL, dan MENDAPAT PAHALA, dan hal ini adalah untuk MENGELAKKAN ZINA, atau suami mencari YANG HARAM.

TAMBAHAN

* Ungkapan "Suami mesti memahami isteri" adalah satu slogan yang menafikan hak mutlaq suami ke atas isteri, iaitu hubungan kelamin.

** Memang benar, suami mesti memahami isteri, tetapi ungkapan yang lebih tepat adalah "Isteri mesti cuba melayan suami setakat yang termampu", walau apa pun keadaannya.

*** Jika memang isteri tidak mampu, kerana penatnya bekerja, atau urusan hariannya, maka di situlah Islam membenarkan poligami. Ok gak....!

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:

Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. Sabda Rasulullah SAW:

Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.

(Riwayat Ahmad)

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami. Sabda Rasulullah SAW:

Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

MELAYAN SUAMI

Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya. Sabda Rasulullah SAW:

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.



Aku rasa setakat tu je laa yang dapat aku bantu dapatkan sedikit penjelasan mengenai masalah kawan aku nii.... nak lebih detail lagi jumpalah pakar dalam hal berkenaan seperti kaunselor ke, doktor ke, ustaz ke atau la-lain yang difikirkan sesuai.
Aku harap kawan aku dan isterinya akan baca blog aku nii....kalau tak baca...penat je laa...hehehe!




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...