Friday, August 26, 2011

Agen kopi kawe terbaru....

Agen Rawang.

A.Fakhri Yusof
019-3853747

Agen Melaka

Raja Abdul Wafi
Paya Dalam
013-2329888

Monday, August 22, 2011

Rase nak join jee.....!

Berbuka puasa kat Padang MPK 2, Kuantan...

Seronok juge nengok orang buka puasa kat padang nii....bila agaknya boleh join nii.... puasa dah nak abih dah...eemmmm...





Kopi pencegah Kanser Kulit.....??






Secawan Kopi Sehari Boleh Mencegah Kanser Kulit... Kanser kulit merupakan salah satu pembunuh utama bagi mereka yang berkulit cerah seperti Amerika Syarikat. Berita baiknya, risiko ini dapat dikurangkan dengan hanya secawan kopi sehari. Bahan aktif di dalam kopi iaitu kafein, bukan sahaja membolehkan kita kekal aktif tetapi juga bertindak sebagai agen anti-kanser.


Bagaimana Kafein boleh membunuh sel kanser kulit ?

Kajian yang dibuat oleh penyelidik dari Universiti Washington dan diterbitkan di dalam Journal of Investigative Dermatology edisi Ferbuari 2009 menyatakan Kafein bertindak dengan melindungi sel kulit dari kerosakan akibat sinaran ultraungu (UV) yang berbahaya. Kafein juga bertindak merencatkan sel kulit yang terjejas akibat sinaran UV sekaligus menghalang dari bermutasi menjadi sel kanser.

Menurut Paul Nghiem, antara saintis yang membuat kajian ini mendapati pengamilan 6 cawan kopi sehari boleh mengurangkan risiko kanser kulit sebanyak 30%. Namun begitu, pengambilan kopi sebanyak itu tidaklah digalakkan kerana kafein yang berlebihan boleh membawa kesan buruk yang lain.

Kajian yang turut ditaja oleh National Institutes of Health (NIH) juga mencadangkan supaya kafein digunakan secara terus sebagai ubat-ubatan dalam rawatan moden untuk mencegah dan merawat kanser kulit. Contohnya dalam bentuk krim supaya boleh disapu terus pada lokasi yang diperlukan.

Buat masa ini, kajian lebih banyak perlu dibuat bagi mendalami sejauh mana kafein boleh digunakan dalam rawatan kanser kulit dan juga kanser yang lain. Jika berjaya, ia merupakan satu titik tolak dalam rawatan kanser. Sehingga masa itu tiba, para penyelidik mengakui secawan kopi sehari mempunyai kafein yang cukup untuk mencegah penyakit kanser kulit.

sumber internet

Saturday, August 20, 2011

DNA babi dalam sos.......!






Jabatan Agama Islam Perlis mengeluarkan pekeliling dan dibaca di semua masjid di Perlis bahawa SOS HP SAUCE DAN TABASCO mengandungi DNA babi.

Jiwa tenang lepasi tekanan.....!





Ada pertanyaan dari kawan ku tentang hak lelaki dalam rumahtangga. Hal membabitkan soal suami isteri, soal bilik tidur yang mana isteri selalu kedinginan dan macam2 alasan diberikan bila suami ajak melakukan aktiviti ranjang... Ntahlaa aku bukannya pakar dalam hal nii, aku cuma jual kopi hebat dan kuat jee...yang  lain-lain aku tak tau...Rasa bersalah laa pulak jual kopi kawe dan kapsul PHL Plus kat dia nii....tak tau laa pulak dia ada masalah dengan isteri dia. Patutnya dia kena bagi kat isteri dia kopi kuat juga...baru balance....beli laa Feminite dan suruh isteri minum....Haha! tapi tak nak kecewakan kawan aku nii...aku kutip dalam laman2 dalam internet berkaitan masalah dia dengan isteri supaya dia baca dan isteri dia baca supaya dua2 faham dan dapat manfaatnya.

*** APAKAH hukumnya jika isteri sengaja meninggalkan suaminya tidur sendirian? Bagaimana pula halnya jika beliau sengaja tidur membelakangi suaminya?

JAWAPAN


ANTARA tanggungjawab seorang isteri ialah menemani suami tidur. Sabda Baginda Rasulullah saw, “Jika isteri semalaman sengaja meninggalkan tempat tidur suami (tanpa izin suami dan tanpa sebab) malaikat melaknatinya sehingga subuh”.

Maksud membelakangi suami di sini ialah tidak melayani kehendak seksual suami di tempat tidur tanpa sebab yang munasabah. Jika ini maksudnya maka perbuatan ini secara sengaja memang berdosa.
### Saya baru berumahtangga empat bulan. Saya seorang isteri yang bekerja. Haruskah saya melayani suami saya bila-bila sahaja dia perlukan senggama walaupun saya penat. Akan kecewakah dia jika saya selalu tidak mahu?
Saya rela dia bersatu bila saya tak kerja sahaja. Saya tidak mahu dia akan terasa kecewa atau bosan.

Jawapan
Seorang suami dikehendaki menanggung segala nafkah isteri dengan sempurna. Jika ia merasakan keperluan rumahtangganya masih belum cukup, ia boleh memberi kebenaran kepada isterinya berkerja dengan kerja-kerja yang sesuai dengan sifat fitrah semulajadi seorang wanita. Kerja itu pula tidak melibatkan percampuran bebas antara kaum lelaki dan perempuan dan dalam batas-batas menutup aurat.Memanglah seorang isteri akan mengalami kepenatan apabila berkerja disiang hari dan kepenatan ini kadang-kadang sudah cukup baginya untuk tidak dapat melayan kehendak suaminya.
Bagaimanapun seorang isterinya yang diajak oleh suaminya untuk melakukan persetubuhan tidak boleh menolak ajakan ini. Jika ia menolak bererti ia telah menderhaka kepada suaminya atau nusyuz kecuali jika ia sendiri uzur syar’i.. Berdasarkan hadis riwayat At-Tabrani isteri yang nusyuz tidak akan diterima solatnya oleh Allah SWT. Dalam hadis riwayat Abu Dawud pula menjelaskan isteri yang nusyuz akan dilaknat oleh para malaikat. Al-Imam Az-Zahabi menjelaskan sebuah hadis dalam kitabnya Al-Kabair apabila seorang suami mengajak isterinya supaya melakukan persetubuhan tetapi ia enggan berbuat demikian, ia akan dilaknat oleh malaikat sampai ke pagi.
Beliau juga mengemukakan sebuah hadis yang menjelaskan apabila seorang suami mengajak isterinya melakukan persetubuhan, hendaklah segera dipenuhi ajakan suaminya walaupun ia sedang memasak di dapur, malah jika suami mahukan isteri bersetubuh di atas belakang unta sekalipun isteri hendaklah taat. Jika tidak taat sudah pasti suami akan kecewa. Kekecewaan ini kadang-kadang membuatkan suami merasa tawar hati kepada isteri dan akhirnya mewujudkan hubungan yang renggang dalam keluarga.
Walau bagaimanapun ulama berpendapat adalah sesuatu kurang adab dan kurang wajar jika sesuatu persetubuah itu dilakukan dalam keadaan salah satu pasangan itu kepenatan berkerja dan lain-lain. Tunggulah sehingga kepenatan ini hilang dahulu.

*** Cikgu...sy ada kemusyikilan ni....dlm Islam kata isteri harus sentiasa bersedia melayan suami (batin) bila2 masa jer klu suami mahu bersama kan. Dan klu isteri menolak tanpa alasan kukuh, malaikat akan kutuk isteri tu sampai pagi. (klu kenyataan sy salah, cikgu tlg betulkan ya). Soalannya, klu isteri tak nak layan suami dia sebab dia merajuk, kecik hati atau terasa hati ngan suami, adakah dia dikira berdosa gak. Coz suami macam tau tapi buat2 tak tahu atau tak perasan coz dia lebih tumpukan pada kehendak batin dia...macam mana ya cikgu?
Wajib isteri melayan kehendak suami ketika siang atau malam, suka atau terpaksa, sekali atau berulang, di mana-mana tempat yang diminta oleh suami, hatta di atas unta sekali pun. Dan menolak kehendak suami, maka sabit dalam hadis la`nat mala'ikat, maka hukumnya adalah haram.
Suami pun jgn lupa tunaikan hak2 isteri. Kalau tak tunaikan pun haram jugak. Lagi satu suami sepatutnya pandai bertolak ansur dgn isteri dan kalau isteri menolak maka maafkan dia sebelum tertidur sebab kalau suami maafkan maka tak der dapat laknat.kadang2 saya terfikir apakah hikmah Allah memerintahkan sedemikian sehingga berdosa kalau wanita tak melayani suami . Kalau mcm hormati ibubapa itu saya fhm hikmahnya? ttp kepada suami bagaimana pulak? walaupun suaminya pemarah pun, kena layan jugak, apakah hikmah disebaliknya?

HIKMAH:

1- [NAFSU] Wanita tidak akan tahu apa yang bermain di fikiran suami. Kadangkala suami terbayangkan seseorang, lalu naik nafsunya. Maka, suami melepaskan kepada isteri.

2- [NAFSU] Suami bekerja seharian, dan banyak yang dilihatnya. Kadang-kadang, ada wanita yang dilihatnya, yang menaikkan nafsunya. Jadi, suami melepaskan kepada isterinya.

3- [NAFSU] Suami memang teringinkan hubungan. Hal ini mungkin juga, walaupun tanpa diaruh oleh pengaruh luar.
Kebanyakannya adalah untuk MENUNDUKKAN nafsu suami. Jadi suami melepaskannya kepada isteri YANG HALAL, dan MENDAPAT PAHALA, dan hal ini adalah untuk MENGELAKKAN ZINA, atau suami mencari YANG HARAM.

TAMBAHAN

* Ungkapan "Suami mesti memahami isteri" adalah satu slogan yang menafikan hak mutlaq suami ke atas isteri, iaitu hubungan kelamin.

** Memang benar, suami mesti memahami isteri, tetapi ungkapan yang lebih tepat adalah "Isteri mesti cuba melayan suami setakat yang termampu", walau apa pun keadaannya.

*** Jika memang isteri tidak mampu, kerana penatnya bekerja, atau urusan hariannya, maka di situlah Islam membenarkan poligami. Ok gak....!

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:

Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. Sabda Rasulullah SAW:

Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.

(Riwayat Ahmad)

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami. Sabda Rasulullah SAW:

Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

MELAYAN SUAMI

Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya. Sabda Rasulullah SAW:

Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.



Aku rasa setakat tu je laa yang dapat aku bantu dapatkan sedikit penjelasan mengenai masalah kawan aku nii.... nak lebih detail lagi jumpalah pakar dalam hal berkenaan seperti kaunselor ke, doktor ke, ustaz ke atau la-lain yang difikirkan sesuai.
Aku harap kawan aku dan isterinya akan baca blog aku nii....kalau tak baca...penat je laa...hehehe!




















Friday, August 19, 2011

Cara jadi agen....

Assalaamualaikum.......! Salam Sejahtera...

Anda berminat nak jadi agen Kopi Kawe tapi tak tau caranya?
Ok....kita mulakan dari sini....
1- Perlukan modal minima rm 500 ke atas
2- Pilih produk kopi untuk jualan
3- Nyatakan nama penuh ikut IC
4- Alamat surat menyurat dan,
5- Nombor telefon

Sila pilih kopi yang anda inginkan untuk jualan
1- kopi kawe premium
2- kopi kawelite- papan atau beg
3- feminite
4- machismo ( with collagen)
5- kawelite ekstra ginkgo

Harga jualan
1- kopi kawe premium rm 35 hingga rm 45
2- kopi kawelite rm 20 hingga rm 25
3- kopi feminite rm 35 hingga rm 45
4- machismo rm 35 hingga rm 45
5- kawelite ekstra ginkgo rm 25 hinggarm rm 30

Harga agen
1- kopi kawe premium rm 28
2- kawelite- papan/beg rm 18
3- feminite rm 28
4- machismo rm 28
5- kawelite ginkgo rm 22

Setelah anda berpuashati dan anda telah kira berapa yang perlu untuk jualan anda bolehlah nyatakan melalui sms atau mesej facebook. Dan masukkan duit yang sama jumlah dengan harga produk kopi yang menjadi pilihan tadi terus ke akaun CIMB ........?, setelah dimasukkan hantar mesej fb atau sms dan nyatakan tarikh, masa dan berapa amaunnya......
Setelah duit yang dimasukkan 'clear' penghantaran akan dilakukan melalui currier dan kos penghantaran adalah percuma.....




anda masih tak faham atau ingin bertanya lebih lanjut? Sila hubungi saya melalui FB.
akan diulas sekiranya ada pertanyaan....


Kopi Machismo
 
 

Tuesday, August 16, 2011

Kopi Power.......Sebagai peringatan..


 

Cuba semak betul-betul, apakah kopi yang anda minum tersenarai..?
Eksklusif Berita Harian 15 Ogos 2011:

Kopi beracun

Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini.

Yang disenaraikan ialah:

  • Cafe Abang Yes
  • Candi Gold
  • Candy 193
  • Extend Up Energy Drink
  • Extremen
  • Extrewomen
  • Goji Guarana
  • Goji Guarana Extra
  • Goji More
  • Goji Yumberry
  • Guara Cafe
  • HBW Ice Lemon Tea
  • Hotton Vitality Candy
  • Ie2 O
  • King Cappucino
  • Knight Cofee
  • Kolek Cafe Power Plus
  • Kopi Angguk
  • Kopi Asmara,
  • Kopi Bagus AAA
  • Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus
  • Kopi Pahlawan
  • Kopi Super Angguk
  • Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
  • Maca Max, Macagin Ginseng Candy
  • Mentalk Candy
  • Nexus MXP
  • Night Cafe
  • Red Energizer Candy For Men
  • Royal Beverage Maqrifatun
  • sasanergy Drink
  • Trica Jus
  • Tri-Max
  • True SR,
  • vigor Candy
  • Vitca-F
  • Vitca-M
  • Winnie Beauty V1
  • XKL Sky Fruit Juice Premix.
### Tau laa produk kopi nii mudah dijual apalagi bila disogokkan dengan cerita kuat, hebat, tahan lama, best, power dan sebagainya apalagi orang akan beli lee... Dulu...aku pun pernah jual Mentalk Candy nii...peh! macam goreng pisang panas...tak menang tangan..last2 dapat tahu ada kesan pada jantung dan pihah kesihatan keluarkan kenyataan ada bahan terlarang aku terus tinggal...... Camtu jugak dengan Extremen..nasib baik belum join... Apapun terima kasih atas pendedahan ini. 




Petikan berita:

Sunday, August 14, 2011

Babi..!


FAKTA
Mungkin ramai orang Islam tidak tahu bahawa label bertulis 'This product contain substance from porcine' sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi'. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi'. Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi.

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan'
2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Pig: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50kg
4. Hog: Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg
5. Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.
6. Boar: Babi liar
7. Lard: Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
8. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
9. Ham: Daging pada bahagian paha babi.
10. Sow: Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
11. Sow Milk: Susu babi.

Sumber/ Metro Ahad /14/8/11

** Berhati- hatilah bila membeli ubat dan sebagainya....



Friday, August 12, 2011

Selera Ramadhan....!



Teringat laa plak menu-menu seperti ni....alahai...mana nak dapat benda-benda nii kat Perlis..... kalau ada pun tak banyak pilihan. Kenapa yee, bila bulan puasa jee, sembang dengan kawan-kawan topik makan jee yang dibualkan...ntah....!. Kalau bab nasi kerabu ni...aku kalau berbuka dengan nasi kerabu sebulan pun takpa...tak muak, tapi mestilah nasi kerabu yang kena dengan seleraku laa....Makan makan jugak kena laa beringat sama pada yang tak berkemampuan atau orang susah, kita ni diberi rezeki oleh Allah sedikit sebanyak kena laa hulurkan bantuan.


Laksam

Nasi Kerabu

Nasi Dagang

Solok Lada

Lompat Tikam

Puteri Mandi

Asam Gumpal

Nekbak

Satar Ikan
Laksa Kuah Putih

Kuih Akok



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...