Thursday, November 17, 2011

Kejayaan bertangga....!




Fakta tentang kejayaan dan kegagalan :
1. Orang yang berjaya lebih banyak kali gagal dalam kehidupan mereka.
2. Hanya mereka yang mempunyai kekuatan untuk bangkit semula akan terjamin kejayaan.
3. Setiap usahawan akan gagal secara purata 3.8 kali atau empat kali sebelum menemui perniagaan yang sesuai untuk mencapai matlamat serta impian mereka.
4. Kejayaan sebenar ialah kebolehan seseorang beralih dari satu kegagalan, dan bangkit semula dalam kehidupannya.


Pepatah mengatakan “Usaha tangga kejayaan”.


Saya bersetuju bahawa usaha itu amatlah penting tetapi bagaimana kita tahu ‘tangga’ yang mana hendak diambil? Apakah mungkin anda terlalu fokus dengan usaha mengakibatkan anda mengambil ‘tangga’ yang salah. Akhirnya anda dapati anda sampai ke destinasi yang tidak seperti yang anda mahu.
Berkat usaha gigih mungkin anda boleh berjaya  walaupun melalui ‘tangga’ yang salah. Tetapi adakah itu yang anda mahukan? Anda berusaha belajar untuk seorang doktor tetapi apabila sudah menjadi doktor anda tidak sukakan kerjaya itu. Anda berusaha gigih untuk menjadi artis terkenal tetapi apabila bergelar artis anda tidak suka kehidupan yang penuh ‘gossip’.
Pastikan anda memilih ‘tangga’ yang betul. Pastikan destinasi dalam usaha anda itu benar-benar anda mahukan. Bukannya datang dari orang lain atau ‘terpaksa’ dipilih jalan itu.
Penetapan matlamat adalah kunci untuk memilih ‘tangga’ yang anda mahukan. Ini kerana sebelum anda meletakkan usaha, anda perlu mengenalpasti mengapa anda perlu mencapai matlamat itu.
Apakah sebab utama anda hendak mencapai matlamat itu? Adakah kerana orang lain yang suruh ataupun anda sendiri yang mahu? Mungkin ibubapa, kaum keluarga atau rakan-rakan yang menpengaruhi anda tetapi apakah yang anda dapat dari mencapai matlamat itu?


Faedah yang dapat pencapaian sesuatu mestilah peribadi.  Walaupun matlamat anda untuk membantu orang lain (yang faedahnya diberikan kepada orang lain), anda mesti kenalpasti apa kebaikannya untuk anda.
Jika anda rasa gembira membantu orang lain, maka itulah faedahnya. Kepuasan yang anda dapat dari membantu orang akan memotivasikan anda untuk berusaha. Jika anda membantu orang dalam keadaan terpaksa, anda tidak mungkin dapat meletakkan kadar usaha yang sama.


Ingatlah dalam penetapan matlamat anda perlu PENTINGKAN DIRI SENDIRI. Ini sahajalah masa untuk anda pentingkan diri sendiri. Tiada siapa yang akan memastikan kejayaan diri anda kecuali anda.  Jika diri sendiri tidak didahulukan, anda mungkin berusaha untuk mencapai matlamat orang lain mahu daripada anda tetapi anda sendiri tidak ada keinginan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...