Sunday, October 28, 2012

Kreativiti biji kopi




Dihasilkan oleh seorang artis pengarca Kim Arcadia, sebuah mural yang bersaiz 30 meter persegi dihasilkan daripada biji kopi. Karya ini dihasilkan di Gorky Moscow, Kim menggunakan 200 kg biji kopi baji menghasilkan karya beliau, dilakukan secara berseorangan dan mengambil masa selama 2 minggu. Karya ini memecah rekod dunia bagi gambar yang dihasilkan daripada biji kopi.








Kopi O uncang.....Jom minum



Aku ni bukanlah tak suka kopi O ni...tapi kalau beli simpan kat rumah alamatnya keras laa...kalau pi kedai tak pulak aku order kopi O , aku suka pekena tah tarik dan kopi pracampur. Aku segan sikit nak bancuh kopi O ni...pastu nak kena tapis sebab tak suka serdaknya.
Satu hari semasa balik kampung, aku terjumpa kopi Hamid Cafe jenis kopi O uncang, aku pun beli laa satu beg. Aku fikir kopi ni sama je rasanya dengan jenis bancuh. Dua tiga hari selepas sampai kat rumah, aku pun teringat kat kopi ni dan terus rendam dan minum.....peff...sedapnyaaaa....! alahai kenapa laa aku beli satu beg jee...
Selepas tu aku jadi pemburu kopi jenis uncang....habis rata kedai, mini market dan pasaraya aku cari....tak jumpa! Kopi O uncang cap keretapi  ada laa tapi dia punya uncang mak aiii beso...untuk rendam satu kole boleh laa. Bila aku tanya pada setiap tokey kedai jenis kopi yang aku cari...rata2 kata orang kat sini tak minum kopi jenis uncang ni....???????? sempooiiii canme nak biz kalu cam ni....
Aku pun dah lupakan niat aku yang membara pasal kesedapan kopi O Hamid Cafe nii.

Satu hari semasa pergi kat satu pasaraya aku terjumpa kopi ni....



Kopi Hang Tuah 2 in 1 jenis uncang, beli laa satu. Bila minum...uummmm...sedap jugak. La ni tengahari je mesti nak pekena kopi Hang Tuah...


Tolong promote...nak beli kalu...cari sendiri ye kat kedai....he...he..he

Starbucks dapat anugerah....!





Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menamakan rangkaian kedai kopi Starbucks sebagai calon untuk Anugerah Organisasi Tiada Kemanusiaan (OXK).

Menurut mereka, penganjuran 'anugerah sinis' itu didakwa bertujuan untuk mempertahankan hak pengguna.
Ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, kedai kopi itu dicalonkan bagi anugerah berkenaan atas dakwaannya bahawa sebahagian wang mereka diperuntukkan kepada rejim Yahudi di Israel.

"Starbucks memperuntukan sebahagian keuntungan kepada rejim Yahudi sebagai sokongan mereka kepada perjuangan Yahudi. Yahudi juga bersubahat lakukan kezaliman.

"Mereka (Yahudi) membunuh bukan sahaja orang Islam tetapi kanak-kanak juga. Sebab itu kita letak mereka di bawah anugerah tiada kemanusiaan," katanya pada sidang media di ibu negara semalam.

Nadzim juga berkata, mereka menamakan organisasi tersebut berdasarkan aduan yang diterima sebelum ini.

Malaysiakini telah menghubungi Starbucks Corporation melalui alamat emel yang diperolehi melalui laman starbucks.com.my bagi mendapatkan reaksi berhubung dakwaan berkenaan serta pencalonan untuk anugerah tersebut.

Tiada maklum balas diberikan setakat ini.

Selain anugerah OXK, PPIM semalam turut melancarkan Anugerah Organisasi Tidak Prihatin (OXP) bagi kempen ke atas organisasi yang didakwa menindas serta mendiskriminasi pengguna.

Bagi calon anugerah OXP, PPIM menamakan pasaraya Giant, pasaraya The Store, organisasi kewangan Bank Rakyat, firma Malaysian Building Society Berhad (MBSB), penyedia perkhidmatan televisyen berbayar Astro dan agensi tiket, Ticket Charge.

Bagaimanapun, organisasi yang dinamakan PPIM sebagai calon untuk Anugerah Organisasi Tidak Prihatin (OXP) melahirkan rasa "kurang senang" kerana dibariskan dalam senarai tersebut.

The Store misalnya berkata perkara dibangkitkan itu sebagai "kesilapan teknikal" cawangan pasarayanya sementara Giant pula berkata belum maklum berhubung perkara tersebut.


sumber;ppim

Pelaburan Emas...penjelasan BNM..




Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berhati-hati terhadap skim pelaburan menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang kelihatan rendah selain memberikan jaminan bahawa jumlah pokok dilaburkan akan dipulangkan.

Susulan pertanyaan mengenai serbuan ke atas syarikat terbabit

Bank Negara Malaysia (BNM) semalam membuat penjelasan berhubung serbuan pihak berkuasa terhadap beberapa syarikat disyaki menjalankan skim kewangan haram menggunakan emas.

Penjelasan itu dibuat berikutan banyak pertanyaan diterima mengenai tindakan yang diambil terhadap syarikat terbabit.



Skim kewangan haram

Susulan serbuan pihak berkuasa ke atas syarikat menjalankan skim kewangan haram menggunakan emas, baru-baru ini, banyak pertanyaan dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia.

Berikut adalah soalan lazim diterima dan jawapan agensi terbabit.

S: Mengapakah pihak berkuasa membuat serbuan ke atas syarikat itu?

J: 
Serbuan dibuat bagi melindungi kepentingan pelabur daripada melaburkan lebih banyak wang dalam skim berisiko selain melindungi kepentingan orang ramai. 
Syarikat terbabit sedang disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan termasuk mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan maklumat palsu termasuk pernyataan yang salah, melantik ejen tanpa lesen dan gagal mengemukakan dokumen berkanun.

S: Mengapakah timbul kebimbangan terhadap model perniagaan syarikat terbabit?
J: 
Kebimbangan timbul berikutan syarikat terbabit dipercayai menjalankan skim yang tidak dapat bertahan lama. Mereka menjanjikan pelabur pulangan bulanan lumayan dan jaminan belian balik emas. Skim itu bukan dibiayai oleh jual beli emas yang sebenar, sebaliknya dibiayai dengan menggunakan wang baru dilaburkan dalam skim berkenaan.

Jumlah aset dan wang yang ada pada syarikat itu biasanya tidak sepadan dengan jumlah dikumpulkan daripada pelabur.

S: Mengapakah pihak berkuasa hanya mengambil tindakan sekarang? 

J:
 Sebarang tindakan penguatkuasaan hanya diambil selepas ada sebab yang boleh dipercayai bahawa sesuatu kesalahan sudah dibuat. Ini bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan terburu-buru atau melulu yang mungkin boleh menjejaskan perniagaan sah.

S: Apakah status tindakan diambil pihak berkuasa?

J:
 Siasatan masih berjalan. Orang ramai akan dimaklumkan mengenai status terkini siasatan dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan merujuk kepada kenyaataan rasmi dikeluarkan agensi penguat kuasa undang-undang saja untuk sebarang maklumat terkini.

S: Berapa lamakah tempoh siasatan?
J:
 Tempoh siasatan bergantung pada tahap kompleksiti dan keseriusan kes. Tahap kompleksiti meningkat disebabkan dimensi antarabangsa kes itu. 

Siasatan ini diberi keutamaan yang tinggi dan semua sumber perlu digembleng oleh agensi penguat kuasa untuk mempercepat siasatan.

S: Mengapakah aset dibekukan dan dirampas?

J: 
Bagi skim kewangan haram disyaki, pihak berkuasa boleh menjalankan operasi mencari dan merampas bagi mendapatkan bukti dan untuk mengelakkan syarikat daripada menyembunyikan atau memusnahkan bahan bukti. Ini juga menghalang aset daripada lesap kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada pelabur.

Agensi penguatkuasaan diberikan kuasa mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA), untuk membekukan aset apabila disyaki bahawa suatu kesalahan pengubahan wang haram dilakukan. 

S: Apakah akan terjadi kepada aset dan emas yang dirampas?

J:
 Aset yang dirampas akan didokumenkan dengan teliti dan diambilkira serta disimpan di tempat selamat. Sekiranya ada prosiding jenayah, aset itu hanya boleh diuruskan atas perintah mahkamah.

S: Bolehkah pelabur menuntut kembali wang atau emas mereka daripada aset yang dirampas?

J: 
Aset yang dirampas ketika siasatan hanya boleh diuruskan atas perintah mahkamah. Pelabur boleh memfailkan kepada mahkamah tuntutan pihak ketiga bagi pemulangan wang atau emas mereka. Maklumat mengenai sama ada dan bagaimana untuk memfailkan sesuatu tuntutan akan diberitahu apabila prosiding mahkamah selesai.

S: Apakah nasihat kepada orang ramai yang ingin melabur? 

J:
 Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berhati-hati terhadap skim pelaburan menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang kelihatan rendah selain memberikan jaminan bahawa jumlah pokok dilaburkan akan dipulangkan. Orang ramai juga dinasihatkan merujuk kepada agensi berkenaan apabila berurusan dengan syarikat atau individu menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang kelihatan menarik tetapi tidak diberikan lesen oleh pihak berkuasa.

Sebagai panduan, orang ramai digalakkan mengambil perhatian perkara berikut apabila menilai sesuatu skim pelaburan:
Sekiranya skim itu indah khabar dari rupa, berkemungkinan besar ia skim palsu.

Berwaspada dengan skim Ponzi, ia adalah skim pelaburan berunsur penipuan apabila pengendalinya mengambil wang daripada pelabur baru untuk membayar kepada pelabur awal. Akhirnya, akan sampai satu peringkat apabila jumlah pelabur baru tidak mencukupi untuk menyokong skim ini dan seterusnya keseluruhan skim mengalami kegagalan.
  1. Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga yang sah
  2. Rujuk kepada pihak berkuasa sebelum melabur/mendeposit wang
  3. Jangan terpengaruh atau terburu-buru untuk melabur
  4. Berhati-hati dengan pelaburan melalui Internet
  5. Berwaspada dengan peluang pelaburan yang tidak bertulis
  6. Jika pelaburan sudah dibuat, simpan salinan semua dokumen pelaburan
  • Rujuk laman sesawang amaran penipuan kewangan berikut:
    http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm


sumber;ppim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...