Monday, May 14, 2012

Babycino kopi untuk baby....

 Ingatkan orang dewasa je minum kopi nii...baby pun ada..




Sebuah cafe di Brooklyn menawarkan menu khusus kepada para ibu bapa yang inginkan anak kecil mereka merasai minuman kopi. Dengan membayar US$2 (RM 6) anak kecil boleh menikmati secawan babyccino, iaitu kopi tanpa kafein. 

Pemilik kedai Gorilla Coffe Sean Chin mengatakan sebanyak 10 perisa babyccino  laris setiap hari. “Rahsia menarik pelanggan bukan sahaja terletak pada menu kami, tetapi pada kopi khas untuk anak-anak kecil,” katanya.

Populariti babyccino dimulai di Australia sejak satu dekad lalu. Dan dengan cepat tersebar di antara ibu bapa. Kini sangat sukar untuk menemui kedai kopi di Australia yang tidak menyediakan babyccino, ujar pakar kopi Australia, Paul Caligiore.

Namun begitu, dia mengingatkan akan bahaya minum kopi kepada kanak-kanak yang masih kecil. “Kopi boleh mempengaruhi pertumbuhan, dan bila disajikan pada suhu tertentu berbahaya kepada peminum,” katanya. 

   

sumber;billyinfo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...