Tuesday, September 6, 2011

Ziarah kubur....

 




Firman Allah, "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan yang sebenarnya dan hanya kepada Kamilah, kamu dikembalikan". (Al Anbiya` : 35)

"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhan-Mu dengan hati yang redha
dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah
ke dalam syurga-Ku." (Al-Balad: 27-30)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ziarahilah perkuburan, kerana perbuatan demikian mengingatkan kamu kepada kematian.” (Hadis riwayat Muslim).

*** Ziarahlah pusara orang yang pernah hadir dalam hidup anda dan orang yang pernah anda sayangi.
Jangan tunggu hari lebaran atau hari raya, selalulah menziarahi pusara agar anda selalu ingat akan tempat kembali mengadap Maha Pencipta.
Fenomena menziarahi pusara pada hari perayaan tiada nas untuk jadikan sandaran cuma bila berkumpul adik beradik dan sanak saudara barulah kata sepakat agar bersama-sama menziarahi kubur. Bukan sahaja orang yang hidup diziarahi bahkan orang yang bersemadi pun patut diziarahi dengan membawa zikir dan doa agar rohnya dicucuri Rahmat.
Tolong jangan jadikan amalan menziarahi pusara menjadi perkara wajib pada hari raya, bila-bila masa pun boleh.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...