Wednesday, March 14, 2012

Deanna Yusoff menanti cahaya....


 


KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Deanna Yusoff memilih untuk hidup membujang walaupun sudah berusia 45 tahun kerana merasakan keputusan tersebut adalah satu tindakan terbaik untuk dirinya. Deanna berkata, dia tidak pernah berasa takut untuk mendirikan rumah tangga sebaliknya masih belum bertemu dengan individu yang benar-benar sesuai untuk diangkat menjadi seorang suami. "Saya seronok dengan kehidupan sekarang. Kerana itulah perkahwinan tidak menjadi keutamaan kepada saya. "Pilihan ini adalah keputusan sendiri dan bukan kerana kecewa akibat gagal dalam percintaan sebelum ini," ujarnya kepada mStar Online. Deanna ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran filem Bola Kampung - The Movie di sini pada Selasa. 


Bagaimanapun kata Deanna, dia tidak menolak jika suatu hari nanti jodohnya akan tiba dan berharap ia akan kekal selama-lamanya. "Jika ada jodoh, saya berharap lelaki itu adalah seorang yang menjadi dirinya sendiri, tidak sombong, baik hati dan pemurah bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi sikap serta tanggungjawabnya. "Buat masa ini hidup saya tidak sunyi kerana dikelilingi oleh rakan-rakan dan keluarga yang banyak mengisi ruang dalam hidup saya," katanya. Dalam perkembangan lain, Deanna berkata, dia tidak pernah menghilangkan diri daripada industri hiburan tanah air cuma kelibatnya jarang muncul di media massa menyebabkan ramai tidak menyedari kehadirannya. 
Deanna memberitahu, sehingga kini dia masih sibuk dengan pelbagai undangan lakonan, nyanyian, menjadi pengacara namun mengakui lebih selektif terhadap tawaran yang diterima terutamanya dalam bidang lakonan. "Tawaran berlakon memang banyak tetapi kebanyakannya adalah watak yang pernah saya terima sebelum ini sebab itu saya jarang muncul di kaca televisyen," ujarnya. Kali terakhir muncul dalam filem Chermin pada tahun 2006, Deanna bagaimanapun berkata, peminat boleh menyaksikan lakonannya dalam drama bersiri Cendana di Astro Prima pada bulan depan. 


 


Selain Chermin, antara filem lakonan Deanna sebelum ini adalah Selubung (1992), Abang 92 (1992) dan Ringgit Kasorrga (1995). Sementara itu, Deanna berkata, selain aktiviti seni, dia juga sibuk menguruskan syarikatnya iaitu Artisanal Asia Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan yang diberi nama Grandjean iaitu coklat premium daripada Switzerland. Buat masa ini dia hanya menerima tempahan untuk pembelian coklat tersebut secara dalam talian dan membuat penghantaran terus kepada pelanggan. "Coklat premium dari Switzerland ini adalah antara terbaik dan ia perlu dibawa menaiki kapal terbang jika ada tempahan dibuat oleh pelanggan. "Setakat ini perniagaan berjalan lancar dan sering mendapat tempahan untuk majlis-majlis korporat atau perkahwinan. "Saya juga merancang untuk memperluaskan lagi perniagaan ini dengan membawa masuk lebih banyak coklat terbaik daripada sana," ujarnya. 


 


Aku masih ingat antara selebriti yang aku minati zaman aku remaja.....first time gambarnya keluar kat utusan ahad.....terus aku ikuti perkembangannya dari masa kesemasa....alahai......!

Kisah pemuda beribu-bapakan babi......





 






Baru- baru ini kita dikejutkan berita tentang seorang ibu uzur yang ditinggalkan di hotel bajet. Sampai hati sungguh anak tunggal ini melakukan perbuatan terkutuk ini. Baca dan ambil iktibar.....



Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina.

Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”. Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat.
Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa. “Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya.
Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya. “Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan.

Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya.
Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.” Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya.

Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.” Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.


 



su
mber;helmifaiz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...