Thursday, December 15, 2011

Bilal yang tabah.....








Bilal bin Rabah pada mulanya adalah seorang hamba sahaya. tuannya bernama Umiyat. pun begitu beliau merupakan di antara kumpulan orang-orang pertama yang telah menerima dan memeluk Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Apabila diketahui oleh Umiyat, Bilal mula diseksa dengan penyeksaan bagaikan haiwan. Pada leher Bilal telah diikatkan seutas tali, manakala hujung tali tersebut telah diberikan kepada sekumpulan kanak-kanak untuk menarik Bilal sambil mempermain-mainkannya.

Biarpun diheret ke sana ke mari, di bibir Bilal tak pernah lekang dengan ucapan Ahad, Ahad (satu, satu). Hatinya begitu yakin dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Tidak cukup dengan diseret dan diperolok-olokkan, pada suatu hari Bilal telah dibawa ke sebuah tanah lapang berpasir yang sangat panas. Di situlah dikhabarkan, jika dijemur daging yang mentah pun ia boleh masak dengan sendirinya. Bilal bukan sahaja dijemur di padang pasir yang panas menyengat itu, malah dadanya turut ditindih dengan seketul batu.
Keyakinannya amat mendalam dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dia tetap teguh dengan pendiriannya sambil terus dia mengEsakan Allah dengan ucapan Ahad, Ahad tanpa henti, walaupun diseksa dengan amat dahsyat.

Kejadian ini telah sampai kepengetahuan Sayidina Abu Bakar As-Shiddiq. Setelah itu Sayidina Abu Bakar telah membeli Bilal bin Rabah daripada Umiyat dan memerdekakannya.
Itulah detik permulaan dunia bebas bagi Bilal bin Rabah sehingga menjadikan beliau anak angkat kesayangan Rasullullah SAW dan menjadi muazzin yang pertama melaungkan azan pada setiap waktu tibanya masa bersolat serta dikurniai Allah dengan kelebihan suara yang merdu dan lantang.

Itulah keteguhan imam para sahabat Rasullullah SAW dan sehingga kini Allah telah memanjangkan barokahnya apabila nama Bilal sentiasa disebut apabila tiba waktu azan akan dilaungkan.
Terasa janggal bila disebut tukang azan masjid atau muazzin, ianya lebih sesuai di panggil bilal masjid. Itulah kelebihan Bilal bin Rabah kesan keutuhan imannya pada Allah Taala.

Sekadar perkongsian.......!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...