Thursday, June 30, 2011

Koperasi, Kepenggunaan & Keusahawanan

Keluaran Khas- Utusan Malaysia
30/6/2011


Sokonglah produk keluaran tempatan


Wednesday, June 29, 2011

Kopi Kawe kat Mergong A. Setar



PASARAYA TAMAN RAKYATNO 59-60 LORONG PUTIH 8
TAMAN RAKYAT MERGONG
05150 ALOR STAR, KEDAH
013-4363633



Mehlaaa....rasa...!
Jika anda sayangkan wang anda maka anda buang kesihatan anda dan jika anda sayangkan kesihatan anda maka buangkan (beli) wang anda untuk memiliki sekotak atau 1 beg Kopi Kawe.
Sokonglah produk Malaysia dan produk keluaran Bumiputera.
Dapatkan kopi kawe di Pasaraya Taman Rakyat Mergong, Kedah.

Mahkota Dewa ada kelebihan....

Sekadar berkongsi info.



Buah Mahkota Dewa atau nama saintifiknya, Phaleria Macrocarpa memiliki kelebihan dalam merawat dan mengubati  pelbagai jenis penyakit. Paling menarik, tanaman ini yang berasal dari Indonesia ini bermanfaat untuk mengatasi lemah syahwat dikalangan lelaki selain penawar kanser, diabetes, jantung dan tekanan darah tinggi.
Tapi awas! bijinya beracun. Biarpun bijinya beracun, buah Mahkota Dewa berkhasiat menghilangkan kegatalan dan bersifat antikanser. Manakala daunnya mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Kandungan alkoloid membuatkan buah Mahkota Dewa berkhasiat dalam meneutralkan kandungan racun dalam tubuh. Sedangkan saponin menjadi sumber antibakteria dan antivirus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, mengurangkan kadar gula di dalam darah dan mengurangkan penggumpalan serta pembekuan darah.

Tuesday, June 28, 2011

Pasaraya Kota dah ada kopi kawe....



PASARAYA KOTA (PENDANG) SDN. BHD.NO 155&156 JALAN PEKAN PENDANG BARU 2/1
06700 PENDANG, KEDAH
04-7595021



Dapatkan kopi kawe hari nii jugak....

Kenapa Gagal Dalam Perniagaan


Mengapa usahawan gagal?

Walaupun berniaga sendiri banyak kelebihannya, ada sesetengah usahawan gagal menjalankan perniagaan mereka. Antara faktor dan sebab mengapa usahawan gagal dijelaskan sebagaimana yang berikut....
.
Gagal merancang dengan baik ataupun tidak tahu merancang. Mereka yang gagal merancang, sebenarnya merancang supaya gagal. Walaupun rancangan mungkin dibuat, ia tidak spesifik dan sekadar, "Saya mahu untung tahun ini!" Berapa sasaran untungnya dan bagaimana merealisasikannya, tidak ditetapkan. Akhirnya, impian jadi seperti angan-angan Mat Jenin.
.
Gagal mengurus aliran tunai. Tiada catatan dan rekod transaksi yang membolehkan aliran wang keluar dan masuk diketahui dengan tepat dan dipantau. Sesetengah usahawan berpendapat, wang masuk adalah keuntungan dan sebagai pemilik perniagaan, mereka berhak membelanjakan wang bagi apa saja tujuan, termasuk perkara yang tidak menguntungkan perniagaan.
.
Suka bertangguh. Sikap ini pada awalnya mungkin tidak memberikan masalah besar, tetapi apabila dibiarkan, ia memberi kesan pada pengurusan perniagaan. Dokumen jadi bertimbun kerana lewat diproses, masa terbuang dengan mencari maklumat dan akhirnya keputusan yang dibuat adalah tidak tepat serta merugikan perniagaan.
.
Mengambil mudah aspek persaingan. Usahawan mengambil pendirian, 'rezeki secupak tidak akan jadi segantang'. Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana sudah lama bertapak dan dikenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha mempembaharui dan mengunikkan produk dan perkhidmatan.
.
Strategi pemasaran yang tidak berkesan. Strategi pemasaran yang digunakan tidak berkesan bagi menarik pelanggan. Malah, ianya tidak berjaya mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan lebih tertarik dengan pesaing yang Strategi pemasarannya jauh lebih berkesan.
.
Khidmat pelanggan yang tidak cekap. Usahawan hanya memikirkan bagaimana mendapatkan pelanggan tetapi tidak memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Hakikatnya, mengekalkan pelanggan adalah lebih sukar daripada mendapatkan pelanggan.
.
Pekerja tidak cekap dan tidak amanah. Pekerja diambil tidak berdasarkan kemahiran dan sikap yang betul. Usahawan tidak membuat pelaburan bagi melatih pekerja dan tidak meluangkan masa yang cukup bagi menyelia pekerja.
.
Kemahiran terhad. Usahawan mahir dalam satu bidang sahaja. Sebagai contoh, usahawan produk kraf tangan perlu juga ada pengetahuan dalam aspek komunikasi, pemasaran, komputer, perhubungan awam dan sebagainya.
.
Lokasi perniagaan tidak sesuai. Kedai sukar disinggahi ataupun pelanggan sukar pergi ke kedai itu. Misalnya, kedai berada di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat ataupun terlindung, menggagalkan perniagaan walaupun barangannya bermutu dan banyak pilihan. Pelanggan juga mungkin tidak terperasan apabila kedai pakaian misalnya, terletak di tingkat atas bangunan.
.
Tidak berfikiran jauh. Usahawan tidak berfikiran global dan futuristik atau ke hadapan. Mereka tidak tahu ataupun tidak ambil tahu perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan. Barangan yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberikan mungkin terkebelakang daripada segi ciri-cirinya dan mempunyai permintaan yang berkurangan. Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan ia boleh dilakukan dengan menghadiri kursus- serta seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan serta mereka yang pakar dan juga membaca majalah-majalah serta laman web berkaitan usahawan.
.
Kurang pengalaman. Usahawan menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat. Usahawan yang bermula daripada bawah, biasanya lebih ber-jaya dan kekal lama kerana mereka berpengalaman dalam perniagaan yang dijalankan. Mereka tidak mudah ditipu oleh pelanggan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh pesaing.
.
Kurang modal kewangan. Perniagaan yang dimulakan tanpa modal yang mencukupi, mungkin menyukarkan usahawan berkembang, mengecewakan pelanggan dan akhirnya menggagalkan perniagaan. Walau bagaimanapun, modal yang sedikit apabila diurus dengan baik, tidak mustahil rezeki secupak menjadi segantang.
.
Tiada sistem mengurus akaun yang efisien. Hal ini menyebabkan usahawan tidak tahu kekuatan sebenar perniagaan dan mengesan kelemahan perniagaan pada peringkat awal. Masih ramai usahawan bumiputera tidak mementingkan aspek mengurus akaun dalam perniagaan mereka. Antara sebabnya adalah, mereka gagal memahami bagaimana sistem mengurus akaun yang mantap dapat membantu mereka mengaut untung dan mengelak rugi.
.
Terlalu tamak berkembang. Usahawan tidak 'mengukur baju di badan sendiri'. Cawangan yang dibuka tidak kena pada masanya dan tanpa kemampuan kewangan yang mencukupi, menyebabkan usahawan gagal.
.
Tiada penyambung kejayaan. Ada perniagaan gagal bertahan lama kerana individu yang bertanggungjawab membangunkan perniagaan, jatuh sakit ataupun meninggal dunia. Malangnya, tiada siapa yang berkebolehan dan terlatih, dapat mengambil alih perniagaannya. Ada perniagaan yang berjaya pada zaman 'pentadbiran' si ayah, tetapi menjadi kucar kacir apabila tampuk 'pemerintahan' diambilalih oleh si anak.
.
Sikap negatif usahawan. Perniagaan boleh gagal disebabkan oleh sifat negatif yang dimiliki oleh usahawan seperti hasad dengki, boros, tamak, pemarah, berprasangka, terlalu berahsia dan individualistik.

Kawe dan rangkaian Pasaraya Pendang





Bagi penggemar Kopi Kawe Hok Paling Sedap yang berada di Daerah Pendang dan kawasan sekitarnya boleh dapatkan Kopi Kawe di Pasaraya Pendang. Dapat sekarang.....!

Monday, June 27, 2011

Pembungkusan Jenama Yang Inovatif


Sekadar berkongsi sedikit ilmu

Jenama ada pada nama
Nama sebenarnya menggambarkan personaliti sesuatu produk, oleh yang demikian nama yang dipilih sebagai jenama produk harus menepati kualiti dan integriti. Nama pada sesuatu jenama merupakan interaksi pertama sesebuah syarikat dengan pelanggannya. Pemilihan nama yang sesuai merupakan aset berharga untuk sesebuah organisasi.

Faedah Penjenamaan
- Menjamin kualiti dan membina keyakinan di kalangan pengguna
- Identiti khas dan membolehkan pengguna untuk membuat pilihan
- Mewujudkan kelebihan dan perbezaan produk
- Menjadi alat pemasaran moden dalam membina perniagaan
- Membolehkan sesuatu produk menarik perhatian pengguna
- Mewujudkan keyakinan dan kesetiaan pelanggan
- Mewakili imej korporat dalam menjual jenama tertentu
- Merupakan kepentingan produk, penggunaan dan faedah
- Mempengaruhi pengguna untuk membuat pilihan tepat dan menguntungkan
- Membuat pengguna membeli produk sama berulang-kali
- Membantu penghebahan secara lisan
- Mewujudkan kesedaran, daya saing dan faedah produk

Pembungkusan Produk
Pembungkusan merupakan salah satu komponen yang penting dan memainkan peranan penting dalam aspek pemasaran. Sesuatu pembungkusan yang menarik bukan sahaja penarik perhatian dari luaran, malah faktor utama dalam kejayaan pemasaran produk. Pada zaman dahulu pembungkusan mengambil kira aspek menjaga kandungan produk daripada rosak atau faktor lain. Pada masa kini, pembungkusan yang baik bererti pemasaran yang baik. Apabila mencipta rekaan pembungkusan inovatif, jenama barangan itu akan dikenali ramai. Ia akan berkembang, menarik perhatian dan membina kesetian jenama. Jenama-jenama seperti Coca-Cola, Apple, Nokia merupakan ikon status bagi generasi muda global.

Kepentingan Pembungkusan
Jenama dikenali melalui nama dan cara pembungkusan serta rekaannya. Sekiranya anda inginkan produk anda menarik perhatian pengguna maka produk anda perlu mempunyai ciri-ciri tersendiri. Ia perlu memberi impak yang besar kepada kehendak pengguna apabila mereka membeli barangan atau produk anda. Sebuah produk yang dibungkus dengan sempurna akan membolehkan anda mendapat keuntungan lumayan, sekiranya anda sanggup menerap teknologi pembungkusan jenama yang inovatif dan terkini.






Kopi Kawe adalah jenama bagi produk minuman mudah (premix coffee).

Saturday, June 25, 2011

Cash Flow.....? apa tuu...



Apa itu aliran tunai (cashflow)?
Setelah mendapat gaji, anda membayar semua bil-bil utiliti anda kemudian pergi membeli belah di pasar raya. Dengan baki dari gaji itu juga anda gunakan untuk mengisi minyak kereta, belanja beberapa orang kawan, membeli apa saja yang anda mahukan. Kemudian bila sampai tengah bulan anda dapati baki gaji anda sudah semakin berkurang sedangkan wang untuk meneruskan hidup sementara menunggu gaji yang akan datang masih banyak diperlukan. Dengan selambanya anda teruskan aktiviti berbelanja sesuka hati hinggalah kesemua duit gaji anda habis.
Jika ini yang berlaku kepada anda..Tahniah diucapkan kerana anda bakal menggantungkan diri di kipas siling atau anda mungkin telah bersedia untuk dirantai oleh ah long didalam tandas.
Aliran Tunai bermaksud pergerakan wang anda. Apa yang kita harus tahu ialah bagaimana status aliran tunai kita samada positif atau negatif, samada mempunyai lebihan atau defisit pada setiap bulan. Anda boleh mengetahui aliran tunai anda dengan membuat catatan setiap sumber yang masuk seperti gaji, kerja lebih masa, kerja sambilan atau keuntungan dari asb, saham, forex atau mungkin anda mempunyai bond peribadi. Anda juga hendaklah mengetahui secara terperinci setiap pengaliran keluar wang anda seperti jumlah pembayaran bil-bil, belanja poket, beli itu dan ini dan apa-apa saja yang membuatkan wang anda keluar. Untuk mengetahui apa status aliran tunai anda sila lihat contoh dibawah ini.


Aliran Tunai Anda!!
Wang Masuk - wang keluar = Lebihan atau defisit.
cth 1 (Si A):
(Wang Masuk) Gaji 3000+ duit dari sumber lain 2000 = 5000
(Wang Keluar) Belanja tetap 2000+bayar ansuran itu dan ini 3000+berbelanja sesuka hati  1000 = 6000

Ringkasnya; 5000-6000=-1000 (defisit)
Dengan itu aliran tunai si A negetif. -1000 defisit yang si A gunakan itu mungkin dari hutang dengan mak ayah atau paling mudah KAD KREDIT!
Cth 2 (Si B):
(Wang Masuk) Gaji 1500+ duit dari sumber lain 500 = 2000
(Wang Keluar) Simpanan bulanan 200+Belanja tetap 1000+bayar ansuran itu dan ini 500+berbelanja sesuka hati 200=1900
           Ringkasnya; 2000-1900=100 (lebihan)
Dengan contoh aliran tunai si B ini pula anda dapati berlakunya lebihan setelah dijumlahkan, oleh itu aliran tunai ini adalah positif dan inilah aliran tunai yang kita mahukan.

Bagaimana untuk mendapatkan aliran tunai positif?
Satu cara yang paling mudah disebut tetapi amat susah di praktikan ialah... Berbelanja Dibawah Kemampuan Anda.. Dengan perbelanjaan cara ini anda dapat menjadikan aliran tunai anda positif.. Jangan lupa tolak dahulu simpanan anda sebelum mengira baki aliran tunai tersebut.


Adakah anda memerlukan gaji 1 juta untuk hidup senang?, tepuk dahi tanya minda.. Maksimakan Aset, Kurangkan Liabiliti. Cuba anda bandingkan 2 contoh diatas. Siapa lebih baik diantara si A dengan si B?, Anda tahu jawapannya.....


Jika anda berminat untuk melakukan pelaburan atau menceburkan diri dalam bidang perniagaan, saya cadangkan agar anda kuasai terlebih dahulu aliran tunai anda sehingga menjadi positif kerana anda memerlukan simpanan yang cukup sebelum melaksanakan dua perkara tersebut. Jika anda belum mampu membuatkan aliran tunai positif. Lupakan sahaja niat anda untuk menjadi seorang ahli perniagaan kerana anda bakal menghadapi kegagalan.





Carlos Slim terkaya di dunia

MEXICO CITY 11 Mac – Ahli perniagaan Mexico, Carlos Slim yang mengatasi Bill Gates dalam senarai Forbes bagi gelaran jutawan dunia, terkenal dengan sikapnya yang merendah diri dan sentiasa membuat pelaburan ketika krisis ekonomi.
Slim, 70, berada di kedudukan tertinggi itu buat pertama kali dalam senarai itu yang disiarkan semalam, mengatasi pengasas Microsoft, Gates.
Sebelum ini, Slim, berada di tangga ketiga sebagai operator telefon bimbit terbesar Amerika Latin.
Kekayaannya dianggarkan berjumlah AS$53.5 bilion (RM177.8 bilion), berdasarkan kedudukan baru yang dikeluarkan Forbes, semalam.
“Jumlah keuntungan yang dicapainya itu berasaskan harga saham syarikat, jadi kami gembira kerana pelabur yakin dengan Mexico, Amerika Latin dan syarikat kami,” kata jurucakap kumpulan Slim Telmex, Arturo Elias Ayub.
Menurut Forbes, keuntungan Slim berkembang AS$18.5 bilion (RM61.4 bilion) dalam tempoh 12 bulan dan perkongsiannya dalam Movil Amerika yang mana ia memiliki kepentingan berjumlah AS$23 bilion (RM76.4 bilion), peningkatan sebanyak 35 peratus setahun.
Kemahiran Slim dalam bidang perniagaan dipelajari sejak kecil apabila ayahnya, seorang rakyat Lebanon memberikannya buku simpanan bagi menguruskan pendapatan dan perbelanjaan mereka.
Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam dan kemudiannya menubuhkan syarikat telefon utama, Telmax selepas memperolehinya daripada kerajaan pada 1990.
Semasa krisis kewangan pada 2008, beliau terus membeli perniagaan yang mengalami masalah seperti pertama kali dilakukannya ketika krisis ekonomi membelenggu Amerika Latin pada awal 1980-an.
“Dalam keadaan yang sepatutnya berhenti melabur, dia terus melabur lebih banyak apabila krisis melanda dan ia membuahkan hasil positif,” jelas Ayub. – AFP
Sumber: Utusan

sumber artikel dari blog... 

Jangan beri alasan.....??

Kenapa kita selalu memberi alasan? Jika sesuatu tugasan yang diberikan kepada kita dan kita tak dapat melaksanakannya, kita akan mencari alasan dan memberi alasan? Bolehkah dengan memberi alasan akan membuatkan kita berjaya? atau cuma sekadar melepaskan rasa tanggungjawab atau terlepas dari menjawab?
Punca kegagalan kita adalah banyak memberi alasan. Katakan tidak pada alasan, katakan ya pada tindakan. Tolong berhenti fikirkan alasan. Kalau kita ada keinginan hendak berjaya tolong jangan mencipta alasan. Ketahuilah!  Kegagalan bermula dengan Alasan dan Kejayaan bermula dengan Tindakan.

10 kesilapan bisnes



1- Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
Jangan terlalu yakin dengan sesuatu idea sahaja. Ingat, idea adalah wang kepada usahawan. Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda

2- Tiada Pelan Pemasaran.
Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada sasaran.Ia menjadi daya tarikan pelanggan kepada anda. Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Pelaksaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos.

3- Tidak mengenali pelanggan anda.
Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan pesaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk yang diingini.

4- Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat.
Walaupun anda mempunyai produk paling hebat dan terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5- Tidak peduli tentang kakitangan.
Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seseorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera.

6- Keliru tentang kemungkinan dengan realiti.
Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7- Tiada pelan penjualan.
Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

8- Penyendiri.
Anda mungkin tahu kesemuanya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9- Tiada 'Mastermind'.
Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang mempunyai perniagaan yang kecil mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percaya. Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

10- Berputus asa.
Kebanyakan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu.

Friday, June 24, 2011

Kawe kat Sembang Cafe

Bagi mereka yang berada sekitar KL dan teringin mencuba minuman hok paling sedap, Kopi Kawe bolehlah singgah kat Semban-Sembang Cafe PPIM.
Sembang-Sembang Cafe
LG 6, The Mall
Kuala Lumpur
Tel- 03-40428313








Buah 'free' yang terpinggir...............?

Jika ditanya buah apakah yang paling sedap? akan keluarlah berbagai-bagai jawapan. Buah epal, anggur dan sebagainya. Jika ditanya pada aku... jawapanku adalah buah 'free....'. Samseng je jawapan. Maksudku buah free ni kita boleh dapatkan ia di tepi-tepi jalan, halaman atau belakang rumah dan di mana-mana saja dan tuan punya pokok ni tak marah pun jika kita makan buah ni...tapi seeloknya mintalah izin dulu. Buah free ni maksudku adalah buah ceri, buah yang tak dipedulikan masyarakat kita hari ini. Pokok ceri dijadikan pokok peneduh saja dan jarang sekali kita mengambil manfaat darinya.

Tahukah anda?
Buah ceri ini mengandungi 'anthocyanin iaitu pigmen warna merah yang baik untuk kesihatan. Ia memiliki kesan yang lebih baik dibandingkan dengan aspirin sebagai ubat pencegah rasa sakit. Walaubagaimanapun, ceri tak boleh diolah dengan suhu yang terlalu panas kerana ia boleh menghilangkan kandungan 'anthocyanin' di dalamnya. Buah ceri banyak juga kelebihannya dan antara kelebihannya adalah;

- Ceri kaya dengan Flavonoid, penyelidik mendapati Flavonoid dalam buah ceri adalah agen antikanser yang paling tulen.
- Ceri mengandungi Anthocyanin dan Bioflavonoid yang membantu melegakan dan menghalang artritis dan ghout, ia juga membantu menyingkirkan migrain
- Ceri mengandungi Melatonin yang membantu kita mendapatkan tidur yang berkualiti.
- Ceri juga mengandungi Antioksidan dan kaya dengan Vitamin dan Mineral.
- Ceri mengandungi Anti-fungus yang kuat dan mempunyai keupayaan merendahkan tahap kolestrol.
- Ceri juga mempunyai keupayaan menentang proses penuaan sel-sel badan, membantu menghidratkan kulit & mempergiatkan fungsi kapilari. Dan lain- lain lagi......


Jom kita pakat ramai- ramai hinggut pokok ceri....jom!!!!
Apa kata lepas ni kita keluarkan Kopi Ceri....ahakksss...!


Buah Strawberi dan Kelebihannya...

Kongsi info.

Strawberi adalah jenis buah yang sangat menarik selera kerana bentuk dan warnanya. Strawberi mengandung ellagic acid sebagai antioksida. Dalam beberapa penelitian ellagic acid terbukti dapat menghalangi pertumbuhan tumor dalam paru-paru, osephagus, payudara, cervix dan lidah. Sementara penelitian di Amerika strawberi dapat mengurangi risiko kanser dari asap rokok. Sebagai ubat tradisional, strawberi diyakini memiliki anti bakteria dan digunakan sebagai pembersih sistem pencernaan. Strawberi juga kaya dengan air, karbohidrat, protein, serat, tannin dan vitamin C. Air rebusan daunnya baik untuk rawatan masalah buah pinggang, melawaskan buang air kecil dan mengeluarkan batu karang dalam buah pinggang. Dan air sirap dari rebusan daun, bunga atau akar strawberi dengan campuran gula sesuai untuk mengurangkan batuk, bronkitis dan radang sistem pernafasan.
Strawberi adalah jenis buah yang hampir tidak dapat dicerna namun banyak mengandungi vitamin C. Strawberi mudah busuk sehingga jarang disimpan lama melainkan dimakan pada saat itu. Wanita dewasa disarankan makan 5 biji strawberi.

dan buah ni.....bukanlah buah kegemaranku...he..!he..!he..!
sekali sekala jaa....


Wednesday, June 22, 2011

Renung dan fikir……….

Orang berani mengaku kesilapannya

Orang takut menafikan kesalahannya

 

Orang berani melibatkan dirinya

Orang takut hanya pandai berkata-kata

 

Orang berani melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik

Orang takut hanya pandai berpura-pura

 

Orang berani menganggap kejayaannya sebagai bernasib baik

Orang takut menyalahkan diri jika gagal

 

Orang berani menghormati kejayaan orang lain dan mencontohi mereka

Orang takut tidak suka orang lain lebih daripada mereka

 

Orang berani akan mendengar dan mengeluarkan pendapat

Orang takut hanya menunggu giliran untuk bercakap

 

Orang yang benar mengaku kesilapan dan memperbaikinya

Orang yang berdosa akan meminta maaf dan mengulangi kesilapannya

Tuesday, June 21, 2011

Pemenang & Hadiah

Pada 21/6/11 jam 3.00 pm berlangsung penyampaian hadiah cabutan bertuah bulanan iaitu merupakan 1 unit TV LCD 32" Sharp dan penyampaian hadiah dilakukan Cik Sarah mewakili PHL dan pemenang bulanan En. Shaharime. Tahniah!.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf PHL yang terlibat dan pemenang bulanan iaitu Shaharime kerana sudi meluangkan masa bersama- sama memeriahkan suasana penyampaian hadiah.
Teruskan memberi sokongan anda kepada produk tempatan.

wakil PHL Sarah sampaikan hadiah


kontrol broo...!



tumpang gumbira...

kali nii pemenang dari kumpulan K laa plak..



makan pun tak lalu....he! he!


Monday, June 20, 2011

KAWE DAN LELAKI

Kenapa anda mesti minum Kopi Kawe
Orang lelaki yang mengalami alat vital yang berdiri dengan sendiri apabila bangun pagi adalah petanda mereka sihat. Bagi orang muda itu adalah perkara biasa tetapi bagi mereka yang telah mencapai umur melebihi 35 tahun, kekerapan ereksi agak menurun tetapi bagi doktor dalam bidang seksualiti ia adalah petanda penting  bahawa anda masih sihat kerana bagi mereka hormon lelaki iaitu testosteron yang dihasilkan semasa rehat dimalam hari akan tiba- tiba meningkat apabila anda bangun dari tidur dan menyebabkan ereksi walaupun tiada ransangan seksual berlaku.
Hormon ini merupakan petanda bahawa tubuh badan anda masih sihat dan penghasilan hormon tersebut masih berlaku dan hormon ini akan bertindakbalas atas keghairahan untuk menghasilkan ereksi dan seterusnya masih boleh melakukan hubungan intim dengan isterinya walaupun dikatakan telah berumur. Kekurangan penghasilan hormon ini akan menyebabkan orang lelaki sukar untuk mencapai ereksi walaupun ghairah dan bila ini berlaku ia dipanggil ED atau Erectile Dysfunction .
Kopi Kawe dengan sinergi ekstrak herba yang paling tinggi khusus untuk meningkatkan pengaliran darah dan disamping dapat meningkatkan penghasilan hormon testosteron yang dapat membantu mengurangkan masalah berkaitan dengan kekurangan hormon tersebut. Kepada pengemar Kopi Kawe mereka akan mendapati alat vital mereka akan berdiri dengan sendiri apabila bangun pagi dan ini merupakan satu petanda baik bahawa kesihatan mereka akan bertambah baik kerana hormon kelakian telah bertambah. Ramai penggemar Kopi Kawe telah berjaya mengatasi masalah kesihatan seperti sakit pinggang, sakit sendi dan lutut,pembuangan air kecil yang lebih lancar, kandungan kolesterol yang berkurangan, tahap tenaga dan stamina yang lebih tinggi dan bermacam macam lagi yang berkaitan dengan kekurangan hormon testosteron tersebut.
Untuk mendapat kesan yang maksimum dari pengambilan Kopi Kawe pengguna hendaklah mengamalkan cara pemakanan yang sihat iaitu makan dengan cukup dan tidak berlebihan, memilih makanan yang tidak mengandungi banyak lemak atau gula, tidur yang cukup dan rehatkan diri dan minda dengan secukupnya. Oleh kerana kandungan herba yang tinggi dalam Kopi Kawe tindakbalas herba akan menggunakan lemak dalam badan untuk menghasilkan tenaga dan dengan pengambilan 2 sachet sehari sudah cukup memberi tenaga yang diperlukan sepanjang hari walaupun kandungan gula hanyalah 2.2 sudu teh sahaja setiap sachet iaitu jauh lebih rendah dari minuman ringan yang terdapat dipasaran.
Semestinya pilihan terbaik anda adalah minuman ‘Hok Paling Sedap’ dan pilihan yang tepat adalah Kopi Kawe. Dapatkan sekarang…….!!




Dengan harga yang mampu anda beli cuma RM 45.00 sahaja.

Sunday, June 19, 2011

Bisnes satu pengorbanan

 

 

1) Pengorbanan Masa -

Orang sering melaung-laungkan bahawa seorang usahawan mempunyai masa yang fleksibel.

Tetapi tahukah anda bahawa rata-rata usahawan terpaksa berkorban masa berharga mereka

untuk membangunkan perniagaan mereka. Tiada istilah seorang usahawan duduk diam dapat duit.

 

2) Pengorbanan Wang Ringgit -

Ini adalah perkara biasa bagi seorang usahawan. Tipu jika seorang usahawan tidak pernah

mengorbankan wang ringgit mereka walaupun sedikit untuk membangunkan perniagaan.

Sebagai seorang usahawan mereka sanggup untuk mengeluarkan wang ringgit agar dapat mencapai

kehendak yang mereka inginkan di dalam perniagaan mereka.

 

3) Pengorbanan Emosi -

Ramai orang pandai bercakap bahawa untuk menjadi seorang usahawan, ‘hati mau kering’.

Tetapi sejauh manakah kering itu? Rata-rata usahawan akan sentiasa menghadapi tekanan

di dalam perjalanan perniagaan mereka untuk melangkah dari tahap ke tahap yang lain.

Emosi seorang usahawan mudah terganggu andaikata terlalu mengikut apa yang orang katakan.

Mulut orang pakar fabrikasi dan pembunuh motivasi.

 

4) Pengorbanan Impian -

Apabila bekerja secara berkumpulan, kita perlu berkorban sebahagian kehendak peribadi kita

kerana kita akan berkongsi impian dengan ramai orang. Kadang-kadang kita terlalu gemar untuk

melakukan sesuatu perkara tetapi perlu dikorbankan demi kejayaan pasukan.

 

5) Pengorbanan Kasih Sayang -

Benar, wang ringgit tidak boleh membeli walaupun sedikit kasih sayang. Namun, majoriti usahawan

terpaksa mengorbankan perasaan sayang mereka terhadap anak-anak, isteri, ibu bapa dan sebagainya

demi perniagaan yang hendak dibangunkan.

 

6) Pengorbanan Kepercayaan - Dalam sesetengah situasi, kepercayaan terpaksa dipertaruhkan

demi perniagaan. Tidak hairanlah, kita sering dengar kerana perniagaan ada yang hilang kawan,

ahli keluarga dan sebagainya.

 

Eeemmm….! ingat senang jee nak berniaga niie…rupenye susah jugakkk… tu baru cerita bab pengorbanan

belum lagi bab disiplin, bab sabar, bab lokasi, tempat, target pelanggan, target jualan, strategi pemasaran,

deal bisnes dan lain-lain lagi. Kerja nie bukan calang-calang wooo…!.

9/10 rezeki tuu dalam perniagaan…. harus diingat 9/10 jugaklah cabaran dan risiko.

Kopi Kawe Agen Melaka

Bagi penggemar Kopi Kawe ‘Hok Paling Sedap’ sekitar Ayer Keroh dan Melaka boleh dapatkan kopi ini di Lot 45, Jalan KF1, Kota Fesyen MITC, Ayer Keroh.
Dan kepada sesiapa berminat untuk menjadi agen kami anda adalah dialu- alukan. Dapatkan sekarang…..kawe….kawe…kawe….

231175_2039772790920_1142307079_2460951_1620074_n

peta_lokasi

Ekspo Halal Thailand

Satu pameran atau ekspo akan diadakan di Phuket, Thailand pada 24&25/6/2011. Ekspo ini adalah himpunan produk halal Thailand, Malaysia dan Indonesia. Satu delegasi usahawan melayu dibawa khas oleh Kerajaan Negeri Perlis. Antara Syarikat yang terlibat adalah PHL Trade Kopi Kawe. selain produk kopi, produk- produk lain seperti coklat, minyak kelapa dara, roti arab, jus buah- buahan dan banyak lagi juga akan dijual. Selain Syarikat usahawan, turut menyertai delegasi ini adalah jabatan- jabatan kerajaan seperti MADA, Fama dan PPK.

Saturday, June 18, 2011

Kopi Kawe di Shah Alam

Para penggemar minuman 'hok paling sedap' kopi kawe boleh dapatkannya di Tingkat Satu, Ole- Ole Shopping Centre, Seksyen 18, Shah Alam.


Friday, June 17, 2011

Agen baru- Pasaraya Taman Rakyat

Info;
Pasaraya ini terletak Taman Rakyat Mergong, Alor Setar berhampiran Bank Rakyat Mergong. Pengurus Pasaraya En. Abd. Musthalib. Terima kasih atas sokongan anda. Bagi penggemar, member atau sesiapa sahaja yang inginkan kehebatan rasa kopi kawe bolehlah mengunjungi pasaraya ini. En. Halim...thanks...!. Teruskan sokongan anda terhadap produk keluaran tempatan.

Thursday, June 16, 2011

U Station- Perlis

Kopi Kawe telah pun berada di U Station Perlis. Dapatkan bekalan Kopi Kawe di U Station  cawangan Arau, Tmn Kemajuan dan Seriab. Terima Kasih kepada Saudara Ismail Pengurus U Station Arau & Tmn Kemajuan atas sokongan anda serta tak lupa kepada Pengurus cawangan Seriab Pn Norlia tak sangka akan berjumpa kak Norlia. Thanks for your support.




Cawangan Arau

Bersama Pengurus U Station Seriab, Pn Norlia kenalan lama
semasa kami sama-sama buat bisnes MLM kopi merah BYG

Cabutan untuk pemenang bulan Mei 2011




Untuk pemenang cabutan bertuah bulan Mei merupakan satu unit set TV LCD 32". Cabutan dilakukan pada hari Khamis pukul 2 petang. Dan pemenang yang sangat-sangat bertuah ialah saudara  Shaharime Mat Said. Tahniah.....! teruskanlah sokongan anda pada produk keluaran bumiputera muslim. Terima Kasih atas sokongan anda.



Acara cabutan sedang berlangsung oleh Puan Rusni

Agen terbaru - U Station

Info:
U  Station adalah rangkaian kedai serbaneka milik penuh bumiputera. Beroperasi 24jam sehari. Memiliki kawasan perniagaan yang strategik di kawasan bandar. Kedai mirip 7- Eleven ini hanya terdapat di Utara Semenanjung dan mempunyai potensi besar mengembangkan rangkaian perniagaannya keseluruh negara. Kini dengan kekuatan 9 rangkaian, 3 daripadanya beroperasi di Perlis sudah semakin dikenali. Kami mengambil peluang dan penuh yakin cuba menyediakan permintaan produk-produk kami dan mendapat sokongan penuh daripada Pengurus U Station Sdr Mohammad Yusri. Terima kasih atas bantuan anda dan sama-samalah kita menyokong produk keluaran tempatan kita. 
Bagi sesiapa yang ingin mencuba kehebatan Kopi Kawe dapatkan terus di kedai ini. Bagi peniaga-peniaga yang terputus bekalan silalah ke kedai ini pada bila-bila masa sahaja.

Lokasi
3 kedai di Jitra
3 kedai di Perlis ( Arau, Taman Kemajuan dan Seriab)
1 kedai di Alot Setar
1 kedai di Pendang
1 kedai (belum terima maklumat) akan dikemaskini




U Station di Bandar Darulaman Jaya Bangunan Chin Hin akan membuat promosi selama sebulan dengan tawaran harga runtuh.....! Cepattttt....dapatkannya sekarang.....Kawe...Kawe...Kawe..Minumlah Kopi Kawe.....Hok Paling Sedap!

Wednesday, June 15, 2011

Cawangan PHL Trade Jitra Mall

Perhatian;
Kepada penggemar, member, pengedar, penjual, agen dan sebagainya yang berada disekitar Jitra bolehlah dapatkan produk atau stok Kopi Kawe di Jitra Mall. Bisnes bermula 11.00am. Sebelum ini cawangan tersebut dikritik banyak pihak disebabkan pengurusan ( waktu berurusan sekejap buka dan sekejap tutup). Kini cawangan tersebut diambilalih dan diuruskan oleh PHL Trade sepenuhnya. Dapatkan produk, info dan borang peraduan cabutan bertuah terus di cawangan Jitra Mall Tingkat Satu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...