1) Pengorbanan Masa -
Orang sering melaung-laungkan bahawa seorang usahawan mempunyai masa yang fleksibel.
Tetapi tahukah anda bahawa rata-rata usahawan terpaksa berkorban masa berharga mereka
untuk membangunkan perniagaan mereka. Tiada istilah seorang usahawan duduk diam dapat duit.
2) Pengorbanan Wang Ringgit -
Ini adalah perkara biasa bagi seorang usahawan. Tipu jika seorang usahawan tidak pernah
mengorbankan wang ringgit mereka walaupun sedikit untuk membangunkan perniagaan.
Sebagai seorang usahawan mereka sanggup untuk mengeluarkan wang ringgit agar dapat mencapai
kehendak yang mereka inginkan di dalam perniagaan mereka.
3) Pengorbanan Emosi -
Ramai orang pandai bercakap bahawa untuk menjadi seorang usahawan, ‘hati mau kering’.
Tetapi sejauh manakah kering itu? Rata-rata usahawan akan sentiasa menghadapi tekanan
di dalam perjalanan perniagaan mereka untuk melangkah dari tahap ke tahap yang lain.
Emosi seorang usahawan mudah terganggu andaikata terlalu mengikut apa yang orang katakan.
Mulut orang pakar fabrikasi dan pembunuh motivasi.
4) Pengorbanan Impian -
Apabila bekerja secara berkumpulan, kita perlu berkorban sebahagian kehendak peribadi kita
kerana kita akan berkongsi impian dengan ramai orang. Kadang-kadang kita terlalu gemar untuk
melakukan sesuatu perkara tetapi perlu dikorbankan demi kejayaan pasukan.
5) Pengorbanan Kasih Sayang -
Benar, wang ringgit tidak boleh membeli walaupun sedikit kasih sayang. Namun, majoriti usahawan
terpaksa mengorbankan perasaan sayang mereka terhadap anak-anak, isteri, ibu bapa dan sebagainya
demi perniagaan yang hendak dibangunkan.
6) Pengorbanan Kepercayaan - Dalam sesetengah situasi, kepercayaan terpaksa dipertaruhkan
demi perniagaan. Tidak hairanlah, kita sering dengar kerana perniagaan ada yang hilang kawan,
ahli keluarga dan sebagainya.
Eeemmm….! ingat senang jee nak berniaga niie…rupenye susah jugakkk… tu baru cerita bab pengorbanan
belum lagi bab disiplin, bab sabar, bab lokasi, tempat, target pelanggan, target jualan, strategi pemasaran,
deal bisnes dan lain-lain lagi. Kerja nie bukan calang-calang wooo…!.
9/10 rezeki tuu dalam perniagaan…. harus diingat 9/10 jugaklah cabaran dan risiko.
No comments:
Post a Comment