Thursday, March 21, 2013
Berattkk 66 mu...mad said....ke guane...? kelih laa getekk...
Keluarga Diraja bersama rakyat serah memorandum.
Berattt doh mu... mad said....!
Salasilah aku berdarah Trengganu....
Tengku Paduka menyerahkan memorandum kepada wakil MB
Sekretariat ‘R’ mendesak empat perkara bagi memastikan kerajaan negeri Terengganu kekal mendapat hak royalti serta memelihara maruah dan kedaulatan negeri Terengganu Darul Iman.
1- Kerajaan negeri Terengganu perlu memfailkan kembali saman untuk menuntut royalti Petroleum dan ‘R’ komitmen akan bersama dengan Menteri Besar (Ahmad Said) dalam memperjuangkan hak royalti tanpa berbelah bagi.
2- Tidak menerima sebarang istilah lain yang menggantikan ‘royalti’ kerana lain-lain istilah akan membawa maksud yang tidak tepat serta merendahkan hak, maruah dan kedaulatan rakyat negeri Terengganu sebagaimana termaktub dalam perjanjian Petroleum 1974, dan kegagalan menyerahkan royalti kepada rakyat dan negeri Terengganu adalah satu ‘pencabulan’ semangat federalisma.
3- Menuntut Royalti Petroleum dinaikkan kepada 20 peratus sebagaimana kerajaan Aceh menerima royalty dari Indonesia sebanyak antara 30 hingga 70 peratus.
4- Mendesak Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu menarik balik secara keseluruhan (en-bloc retraction) pada ‘Usul Menghentikan Royalti Petroleum’ kepada kerajaan Terengganu dalam ucapan perbahasan Perhimpunan Agung Umno tahun 2000, yang menjurus kepada penamatan bayaran Royalti Petroleum kepada kerajaan Terengganu pada tahun yang sama dan digantikan dengan Program Pembiayaan Wang Ehsan pada 27 Oktober 2000.
Labels:
Isu Negara,
peristiwa,
Politik,
semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)