Thursday, March 8, 2012

Tidur berbantalkan lengan suami....

 


Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (mengikut satu kajian) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya 21.7 % sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang dirembes dari ketiak suami boleh mengaktifkan hormon isteri hingga mereka merasa damai dan tenang.
Sebenarnya hampir 65% bau badan suami datang dari ketiak di mana kelenjar phero paling aktif. Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda yang empuk lagi berpeta itu dan tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung dicelahan ketiaknya.

Tidak dinafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilek dan tenang. Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda.(pengalaman ini hanya wanita sahaja yang akan mengalaminya)

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk suami, janganlah cukur bulu diketiak anda licin biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu yang merupakan agen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Pada isteri- isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami anda?




sumber;facebook

Jujur dalam bisnes.....


 
Apakah kejujuran penting dalam urusan perniagaan? Sejauh mana kejujuran para usahawan dalam mengendalikan sesuatu perniagaan baik dari segi menyediakan produk, memasarkan produk dan memuaskan hati pelanggan? Usahawan perlu jujur dalam menyatakan kandungan dalam produk bukan sekadar nyatakan apa yang tertulis pada label tapi kandungan sebenar tiada. Jika usahawan tak berlaku jujur dalam apa yang dinyatakan tadi usahawan itu dianggap penipu. Bolehkah penipu berjaya dalam perniagaan? Perniagaan atas dasar menipu tak akan pergi jauh, akan merudum dan hilang berkat dan akan gagal.

Bukan usahawan menipu nak aku sentuh tapi kejujuran. Kejujuran memainkan peranan besar dalam sesuatu perniagaan. Menurut satu penyelidikkan Dr Thomas Stanley dalam buku Millionaire's Mind, faktor utama dalam senarai orang yang berjaya (jutawan) adalah kejujuran. Bertepatan dengan firman Allah s.w.t " Hai orang- orang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakalah perkataan yang jujur dan benar,"
(al- Ahzab: 70).

Menurut Dr Thomas lagi 60% daripada promosi perniagaan datang dari "word of mouth", bahasa mudahnya mulut ke mulut. Promosi mulut ke mulut ini datang dari pelanggan kita yang berpuashati dengan apa yang dibeli dari kita. Jika kita promosi produk kita hebat dan diamalkankan pelanggan kita hasilnya pun hebat maka ianya sedikit sebanyak akan membantu kita dari segi promosi dan mengekalkan pelanggan. Jika sebaliknya akan membantutkan lagi urusan perniagaan kita. Jadi di sinilah kejujuran memainkan peranannya....kalau kita promosi yang hebat hasilnya tak seberapa, kita sebenarnya akan gagal dalam urusan kita.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...