Wednesday, October 12, 2011

Halfest yang tak ku duga....


Hari ini bermulalah aktiviti jualan di tapak Fiesta.......seperti biasa hari permulaan sambutan agak perlahan.
Fiesta Halal yang terbesar dengan dihadiri 700 pemamer dan tapak jualan dan juga yang julung kali diadakan besar besaran di PWTC.
Hari pertama dihadiri dan dimeriahkan artis tersohor tanahair Siti Nurhaliza, Jaafar Onn dan Ziana Zain dengan program memasak.
Sampai petang kehadiran pengunjung begitu mengecewakan. Tersasar dari dugaan dan ramalanku. Dari pandangan ku tak perlu diadakan aktiviti di Hall 3 sebab pengunjung yang hendak ke Hall 2 dan 1 agak jauh.
Harap event organizer dapat lakukan sesuatu agar pengunjung akan ke Hall 1 dan 2.
Mungkin esok akan ada rezeki....insyaAllah.....!
Apapun ......esok akan berubah strategi pemasaran.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...