Tuesday, October 9, 2012

Kopi berasaskan Galak Tua....


Produk keluaran bumiputera Indah Bahtera Gemilang Enterprise



1- Kopi Tongkat Ali 2.0



Harga Tawaran
RM  25.00
tak termasuk kos penghantaran


Ramuan: Ekstrak Galak Tua, Tongkat Ali, Halia dan Butea Superba 



2- Kopi Abang Galak




 Harga Tawaran
RM  25.00
tak termasuk kos penghantaran

Ramuan: Ekstrak Galak Tua, Kucing Galak, Habbatussawda dan Mengkudu Hutan



3- Kopi Jantan Galak



Harga Tawaran
RM  25.00
tak termasuk kos penghantaran

Ramuan: Ekstrak Galak Tua, Tongkat Ali, Ubi Jaga dan Maca

Tip peniaga berjaya....


Anda seorang peniaga? Apakah sifat anda seperti yang digariskan dibawah? Jika banyak persamaan...tahniah anda pasti berjaya, namun jika kurang anda perlu belajar lagi. Tip ini banyak diamalkan oleh kaum Cina, tapi tak salahkan jika apa yang baik kita amalkan.
Tip itu cukup senang tetapi bukan mudah hendak dilaksanakan. Tanpa sebarang tindakan, tip itu tidak akan berguna dan memberikan apa-apa manfaat kepada peniaga.


1. Peniaga perlu menunjukkan kejujuran dan keikhlasan semasa melaksanakan urus niaga.
2. Peniaga perlu mewujudkan kepercayaan dan ikatan mesra dengan pelanggan tidak kira pelanggan yang besar ataupun kecil dan yang tetap ataupun pelanggan baru.
3. Peniaga perlu melayan para pelanggannya dengan saksama kerana setiap daripada mereka adalah penting.
4. Peniaga tidak boleh menurut perasaan dan kehendak sendiri.
5. Peniaga perlu sentiasa memaniskan muka dan kaya dengan senyuman.
6. Peniaga tidak boleh marah dan menengking pelanggan.
7. Peniaga perlu akur dengan permintaan dan keperluan pelanggan.
8. Peniaga bukan tauke kerana bos yang sebenar adalah pelanggan.
9. Peniaga tidak boleh sombong, angkuh dan bongkak.
10. Peniaga perlu ringan tulang dan mudah menghulurkan bantuan.
11. Peniaga perlu bersedia memberikan perkhidmatan tambahan dan dalam konteks perniagaan runcit, menghantar barangan ke rumah pelanggan.
12. Peniaga tidak boleh ragu-ragu menjawab segala pertanyaan orang ramai.
13. Peniaga perlu menunjukkan beliau merupakan seorang yang serba tahu terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan perniagaannya.
14. Peniaga perlu mengambil berat hal ehwal masyarakat dan isu semasa.
15. Peniaga perlu mempunyai kepekaan yang tinggi dan rasa simpati yang
mendalam pada pelanggannya.16. Peniaga perlu menjadikan para pelanggan sebagai sahabat, bukannya pembeli yang dating dan pergi.
17. Peniaga tidak perlu kedekut memberikan diskaun, pujian dan penghargaan kepada pelanggan.
18. Peniaga tidak boleh mengambil cuti kecuali kecemasan dan ada urusan yang tidak dapat dielakkan.
19. Peniaga perlu bangun awal dan membuka perniagaannya secepat yang mungkin.
20. Peniaga perlu memberikan perkhidmatan yang cepat dan pantas serta jangan membiarkan pelanggan tertunggu-tunggu.
21. Peniaga perlu mudah dibawa, dibicara dan berunding.
22. Peniaga tidak boleh bersikap prejudis pada pelanggan dan orang ramai.
23. Peniaga kena sentiasa berfikiran terbuka dan positif.
24. Peniaga tidak boleh cepat melatah dan terburu-buru.
25. Peniaga perlu menunjukkan kepada pelanggan yang dia sentiasa sibuk.
26. Peniaga tidak boleh tidur semasa menjalankan urus niaga.
27. Peniaga perlu berusaha menimbulkan keceriaan, bukan mencetuskan kebosanan.
28. Peniaga perlu memastikan premisnya penuh dengan barangan dan tidak membiarkan ada ruang kosong.
29. Peniaga perlu memberikan kebebasan kepada pelanggan bagi membuat pilihan.
30. Peniaga jangan sesekali campur tangan dan membuat keputusan bagi pihak pelanggan kecuali jika diminta.
31. Peniaga perlu membuatkan pelanggan merasakan kehadiran mereka dialu-alukan.
32. Peniaga tidak boleh berkata tidak kepada pelanggan.
33. Peniaga tidak boleh mewujudkan jurang dengan pelanggan apatah lagi menjadi kera sumbang.
34. Peniaga perlu berperanan sebagai peniaga, bukannya kaki umpat, kaki judi dan kaki arak.
35. Peniaga perlu belajar menggunakan wang dan meningkatkan kemahiran menabung.
36. Peniaga harus sentiasa menyediakan duit kecil untuk ditukar dengan para pelanggan.
37. Peniaga tidak boleh menunjuk-nunjuk kemewahannya di depan pelanggan kerana imej bukannya datang daripada perhiasan diri tetapi perkhidmatan yang diberi.
38. Peniaga jangan sesekali makan di depan pelanggan kerana dianggap sebagai perbuatan yang tidak sopan. Pelanggan tidak suka.
39. Peniaga perlu menampal notis apabila premisnya ditutup untuk sementara waktu.
40. Peniaga jangan mencari musuh kerana ia tidak baik bagi perniagaan.
41. Peniaga jangan terlalu suka dan kerap bercakap berkenaan keuntungan.
42. Peniaga perlu tahu membezakan keuntungan jangka pendek dengan keuntungan jangka panjang.
43. Peniaga tidak boleh terlalu yakin. Kena juga berwaspada dan berjaga-jaga.
44. Peniaga sebaik-baiknya tidak menjadikan premis perniagaan sebagai tempat tinggal untuk keluarga bertandang dan bersembang.
45. Peniaga perlu menyimpan lebihan dan stok jualan supaya tidak berlaku kekurangan.
46. Peniaga perlu tepati janji dan menjelaskan hutang.
47. Peniaga tidak akan rugi jika memberikan sedikit insentif kepada pelanggan dalam bentuk potongan harga, hadiah ataupun menambahkan berat barangan yang dibeli mereka.
48. Peniaga tidak boleh menipu kerana kepercayaan menjadi asas utama dalam perniagaan.
49. Peniaga tidak boleh menyalahkan orang lain apabila berlaku kerugian dan kecelakaan. Semuanya perlu diterima dengan hati yang cekal.
50. Peniaga perlu mewujudkan situasi menang-menang anatara dirinya dengan para pelanggan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...