Sunday, June 19, 2011

Bisnes satu pengorbanan

 

 

1) Pengorbanan Masa -

Orang sering melaung-laungkan bahawa seorang usahawan mempunyai masa yang fleksibel.

Tetapi tahukah anda bahawa rata-rata usahawan terpaksa berkorban masa berharga mereka

untuk membangunkan perniagaan mereka. Tiada istilah seorang usahawan duduk diam dapat duit.

 

2) Pengorbanan Wang Ringgit -

Ini adalah perkara biasa bagi seorang usahawan. Tipu jika seorang usahawan tidak pernah

mengorbankan wang ringgit mereka walaupun sedikit untuk membangunkan perniagaan.

Sebagai seorang usahawan mereka sanggup untuk mengeluarkan wang ringgit agar dapat mencapai

kehendak yang mereka inginkan di dalam perniagaan mereka.

 

3) Pengorbanan Emosi -

Ramai orang pandai bercakap bahawa untuk menjadi seorang usahawan, ‘hati mau kering’.

Tetapi sejauh manakah kering itu? Rata-rata usahawan akan sentiasa menghadapi tekanan

di dalam perjalanan perniagaan mereka untuk melangkah dari tahap ke tahap yang lain.

Emosi seorang usahawan mudah terganggu andaikata terlalu mengikut apa yang orang katakan.

Mulut orang pakar fabrikasi dan pembunuh motivasi.

 

4) Pengorbanan Impian -

Apabila bekerja secara berkumpulan, kita perlu berkorban sebahagian kehendak peribadi kita

kerana kita akan berkongsi impian dengan ramai orang. Kadang-kadang kita terlalu gemar untuk

melakukan sesuatu perkara tetapi perlu dikorbankan demi kejayaan pasukan.

 

5) Pengorbanan Kasih Sayang -

Benar, wang ringgit tidak boleh membeli walaupun sedikit kasih sayang. Namun, majoriti usahawan

terpaksa mengorbankan perasaan sayang mereka terhadap anak-anak, isteri, ibu bapa dan sebagainya

demi perniagaan yang hendak dibangunkan.

 

6) Pengorbanan Kepercayaan - Dalam sesetengah situasi, kepercayaan terpaksa dipertaruhkan

demi perniagaan. Tidak hairanlah, kita sering dengar kerana perniagaan ada yang hilang kawan,

ahli keluarga dan sebagainya.

 

Eeemmm….! ingat senang jee nak berniaga niie…rupenye susah jugakkk… tu baru cerita bab pengorbanan

belum lagi bab disiplin, bab sabar, bab lokasi, tempat, target pelanggan, target jualan, strategi pemasaran,

deal bisnes dan lain-lain lagi. Kerja nie bukan calang-calang wooo…!.

9/10 rezeki tuu dalam perniagaan…. harus diingat 9/10 jugaklah cabaran dan risiko.

Kopi Kawe Agen Melaka

Bagi penggemar Kopi Kawe ‘Hok Paling Sedap’ sekitar Ayer Keroh dan Melaka boleh dapatkan kopi ini di Lot 45, Jalan KF1, Kota Fesyen MITC, Ayer Keroh.
Dan kepada sesiapa berminat untuk menjadi agen kami anda adalah dialu- alukan. Dapatkan sekarang…..kawe….kawe…kawe….

231175_2039772790920_1142307079_2460951_1620074_n

peta_lokasi

Ekspo Halal Thailand

Satu pameran atau ekspo akan diadakan di Phuket, Thailand pada 24&25/6/2011. Ekspo ini adalah himpunan produk halal Thailand, Malaysia dan Indonesia. Satu delegasi usahawan melayu dibawa khas oleh Kerajaan Negeri Perlis. Antara Syarikat yang terlibat adalah PHL Trade Kopi Kawe. selain produk kopi, produk- produk lain seperti coklat, minyak kelapa dara, roti arab, jus buah- buahan dan banyak lagi juga akan dijual. Selain Syarikat usahawan, turut menyertai delegasi ini adalah jabatan- jabatan kerajaan seperti MADA, Fama dan PPK.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...