Monday, December 12, 2011

Terfikirkah aku.......!





Susahnya nak berfikir cara positif....senang sangat nak berfikir cara negatif. Sesuatu yang kita tak suka berlaku depan mata secara otomatik otak kita mencemuh (negatif). Contoh, kalau di jalanraya tetiba terdengar bunyi kuat dari kenderaan yang memecut laju pasti otak akan memberi signal negatif...tu dia lajunya...silap-silap boleh kojol...anda adalah seorang yang hebat jika anda berfikir.....wah! lajunya.....mesti nak cepat nii...mungkin ada kecemasan agaknya...Ya Allah! selamatlah nyawa sipolan ni...fikir positif..agak-agak boleh ke?.
Seringkali kita mendengar, untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang kita ceburi adalah dimestikan berfikir cara positif. Sebaliknya kalau kita berfikir cara negatif kita akan gagal.....benarkah?.

Banyak faktor yang membuatkan seseorang itu berjaya, berfikir cara positif adalah salah satu pelengkapnya. Seperti pokok ada akar, batang, dahan, ranting dsbnya, sama juga dengan kejayaan ada sabar, kesungguhan, minat, bakat, fokus, fikir positif dsbnya.

Berfikir negatif juga ada peranannya juga seperti;

  • Memberi amaran kepada kita agar berhati-hati dan bersikap cermat dalam membuat keputusan penting.
  • Memberi peringatan akan kesan terhadap hidup akan sesuatu tindakan yang kita ambil. 
  • Memberi kita ruang luas untuk kita berfikir dan seimbangkan sesuatu yang negatif ke sesuatu yang lebih positif.
  • Berfikiran negatif juga dapat membantu kita mengenali apa yang kita tak suka dan tidak memberi kegembiraan pada kita.

Dalam perniagaan, berfikiran negatif perlu ada supaya kita dapat mengambil langkah siap sedia akan sesuatu risiko. Contoh, jika sesuatu produk yang kita niagakan tidak dapat memberi pulangan yang setimpal, perlu ada langkah kedua, ketiga dan seterusnya. Kalau berniaga di booth pameran, pada anggapan kita di situlah lubuk duit...tapi harus diingatkan ....tak semudah itu. Kadangkala apa yang kita fikir positif tak berlaku tapi adakah itu cabarannya akan membuatkan kita lemah?. Anggaplah sikap  negtif sebagai 'WARNING' atau 'AWAS' untuk mengelakkan sesuatu berlaku.



Angry Birds satu fenomena dunia.....!







Angry Birds merupakan game yang dahsyat hingga didownload sebanyak 1 juta kali setiap harinya. Dan setidaknya ada 10 alasan kenapa angry birds menguasai dunia, seperti yang dikutip dari Mashable 17 Juni 2011 iaitu:

Smarthpone Apps
Pertama kali Angry Birds diciptakan di tahun 2009 yang ditujukan untuk smartphone iPhone 4 iOS. Lalu setelah terkenal, mulai dibuat versi Androidnya, Symbian, PC dan Google Chrome.

Cenderamata
Game ini memiliki nilai jualan yang menguntungkan kerana di website rasmi game ini mereka menjual cenderamata game ini. Seperti Boneka para Babi dan boneka para Burung.

Television
Rovio Mobile melakukan kerjasama dengan Roku untuk meluncurkan filem animasi angry Birds selama musim panas.

Google Chrome
Pada Bulan Mei 2011, Rovio telah merilis versi web dari Angry Birds khusus untuk Browser Google Chrome.
Facebook
Fanspage Angry Birds sendiri disukai oleh sekitar 3,8 juta facebookers dan akan terus bertambah seiring berjalannya waktu.

PSP
PSP merupakan salah satu konsol game paling laris di dunia. Dan ini juga mendukung angry birds yang merupakan game yang pantas untuk perangkat portable seperti PSP dan Smartphone.

Permainan Papan
Selain games berupa software. Rovio juga mengembangkan game angry birds dalam bentuk papan permainan seperti Hotweels.

Buku Masak
Terdengar aneh tapi ini kenyataan. Pihak Rovio juga menyediakan buku masak yang berbau telur.

Tema Liburan
Angry Birds juga merilis game yang bertemakan liburan, seperti tema Hari Valentine, Helloween, dan Natal.

Filem
Filem animasi berjudul Rio semakin telah menaikkan kepopuleran angry birds. Berkat film animasi yang berjudul Rio. Angry Birds mendapatkan hal-hal yang fantastis, seperti 1 juta download per hari dan telah di download sebanyak kurang lebih 250 juta kali.

















































Pergi lah mana-mana tempat seperti Pasaraya Besar, pasar malam, pasar tani dan tempat2 jualan dah tentu ada orang jual cenderahati angry birds. La nii nak cari duit...ambiklah kesempatan ini, sebab angry birds tengah top. Aku pun nak try laa pelekat gambar angry birds kat kopi kawe....? Boley kerr..?









Sampaikan soalan peperiksaan pun ada soalan berkaitan angry birds...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...