Wednesday, June 15, 2011

Cawangan PHL Trade Jitra Mall

Perhatian;
Kepada penggemar, member, pengedar, penjual, agen dan sebagainya yang berada disekitar Jitra bolehlah dapatkan produk atau stok Kopi Kawe di Jitra Mall. Bisnes bermula 11.00am. Sebelum ini cawangan tersebut dikritik banyak pihak disebabkan pengurusan ( waktu berurusan sekejap buka dan sekejap tutup). Kini cawangan tersebut diambilalih dan diuruskan oleh PHL Trade sepenuhnya. Dapatkan produk, info dan borang peraduan cabutan bertuah terus di cawangan Jitra Mall Tingkat Satu.




Hadiah Cabutan Bertuah Bulan Mei 2011

Hadiah cabutan bertuah untuk bulan Mei 2011 adalah merupakan sebuah TV LCD SHARP AQUOS 32" menanti para pemenang. Cabutan akan dilakukan pada 16/6/11. Pemenang akan dihubungi melalui telefon. Mungkin anda adalah pemenangnya? siapa tahu ini mungkin rezeki anda.... teruskanlah memberi sokongan kepada produk keluaran muslim bumiputera. Siapa kami jika tanpa anda......Hadiah ini merupakan penghargaan kami pada pembeli, penjual, pengedar, agen dsbnya. Itupun bergantung pada nasib dan rezeki anda. Terima Kasih.


Sayangilah isteri

Rintihan Isteri Yang Tak Terucap....
Petikan dari ceramah Datuk Dr. Hj Fadzilah Kamsah-1)

1)Isteri takut meluahkan perasaan..kerana takut suami marah. Kadang-kadang baru je isteri intro, suami dah mula marah-marah. Abih tu camner? Pendam kan ajer la..

2) Isteri sedia mendengar, tetapi suami pula tak nak bercerita. Kadang-kadang puas isteri bertanya, apa cerita di pejabat, apa cerita hari nie, tapi selalunya suami endah tak endah je, jawab “tak ada apa”, “macam biasa jer”.. Allah dah jadi isteri sebagai pendengar yang baik, maka kepada suami-suami berceritalah.

3) Wanita diberikan anugerah menggunakan otak kanan dan otak kirinya secara serentak. Oleh itu, para isteri ni boleh bercerita dan bercakap tentang semua perkara pada satu-satu masa, dari soal anak, soal jiran, kereta, kerja, artis dan banyak lagi tanpa sebarang kaitan. Oleh itu, para suami dengar je la cerita isteri tue, paling-paling pun makan panadol je lepas tu pasal sakit kepala…hehe..

4) Wanita nie dah sifatnya tak boleh simpan banyak benda dalam kepala. So, kerja dia memang nak bercakap jer.. So kepada suami-suami nie terpaksalah bersabar mendengar..

5) Wanita tak mampu berkongsi kasih, jadi jangan menduakan isteri.

6) Isteri mengalah tanda sayang. Janganlah disebabkan syurga di bawah tapak kaki suami, suami sewenang2nya menggunakan kuasa diktatornya.

7) Isteri perlukan belaian dan layanan.

8. Last sekali yang paling penting, BERCERITA DAN BERKONGSI. JIKA DENGAN ISTERI ORANG DI PEJABAT KITA BOLEH BERCERITA DAN SENYUM, DENGAN ISTERI SENDIRI PATUTNYA LAGI LEBIH.













Layanilah suamimu

Rintihan Suami Yang Tak Terucap
(Oleh Dr Fadzilah Mohd Kamsah)



Sikap lelaki yang perempuan tidak faham – Paradigma songsang yang relevan

1. Tidak kisah dan pendiam
- Lelaki suka diam tapi bukan bermakna tak kisah
- Diam kerana OK, tak perlu ditegur atau komen apa yang isteri katakan

2. Tidak boleh dipercayai
- Isteri kena yakin pada suami, lebihkan doa untuk suami
- Isteri perlu waspada tapi tidak bermakna curiga atau bersangka buruk terhadap suami
- Isteri perlu berhati-hati, lebihkan doa dan usaha untuk suami

3. Lelaki ego
- Dari kajian yang dilakukan, perempuan sebenarnya lebih banyak ego dari lelaki
- Lelaki tidak ego tapi untuk menjaga maruah diri, bersikap kasar dan tegas
- Menjaga maruah diri adalah wajib bagi lelaki

4. Lelaki miang
- Sikap miang lelaki ini boleh membantu meningkatkan tenaga batin dan minda lelaki

5. Lelaki lemah
- Lelaki mudah tergoda dan terpedaya tetapi pada tahap yang berbeza
- Pada hakikatnya manusia memang lemah


Luahan isi hati insan yang bergelar suami kepada isteri

1. Sayangi suami seadanya tanpa syarat.

2. Hormati suami sebagai pemimpin rumahtangga.

3. Fahami kelemahan suami – imbangi kekuatan dan kelemahan suami.

4. Suami malu nak minta khidmat isteri ~ Isteri perlu ikut resmi sikembang Cina : “Belum dipanggil dah datang, belum disuruh dah pergi, belum diminta dah beri.”

5. Lelaki sukar untuk melupakan peristiwa lama yang berunsur negative yang pernah berlaku pada isteri seperti kekasih lama isteri.

6. Isteri jangan bangkang cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri, nilai diri suami akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan dengan hukum seperti agama dan sebagainya.

7. Tolong sokong pendirian dan pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinan dan esteem suami. Pendirian suami adalah maruah lelaki.

8. Cubalah fahami suami walaupun ianya tidak terucap :
- Allah beri gerak hati/ batin kepada orang perempuan (ini adalah anugerah Allah                         kepada orang perempuan) dan kurang kepada lelaki.
 - Hati perempuan dilepas dimulut manakala mulut lelaki adalah dihatinya (menurut ulama/ orang bijak pandai).
- Apa yang terasa dihati perempuan akan terus diucap tetapi lelaki akan menyimpannya di dalam hati dan tak terucap.
- Para suami tahu bahawa perempuan memang boleh memahami.

9. Jangan perlekeh atau sebut kesilapan suami di hadapan mertua dan anak-anak atau orang penting kerana ini akan menghancurkan hati suami.

10. Tegur dan ingatkan suami secara penuh hikmah ~ Isteri hendaklah puji dahulu kebaikan suami dan kemudian barulah tegur kesilapan suami.

11. Rintihan suami tentang sex :
- Hampir semua lelaki malu meminta khidmat tersebut dari isteri.
- Hubungan kelamin amat kritikal untuk suami, jika tiada, suami akan tension dan sakit.
- Ini adalah naluri semulajadi lelaki. Adalah relevan untuk mengadakan hubungan kelamin 2 atau 3 kali seminggu untuk pasangan yang sihat.

12. Suami memang marah-marah tapi bukan tandanya benci. Suami marah sebab tekanan di pejabat dan sebagainya. Suami lepaskan tension, tapi bukan untuk isteri. Ini juga tidak boleh dijadikan alasan untuk suami marah-marah tanpa sebab kepada isteri.

13. Jika suami merajuk, biarkan kami sendirian untuk merawat dan memujuk hati sendiri. Isteri jangan kacau dan pujuk. Berikan kami masa. Isteri boleh berikan khidmat yang terbaik tapi jangan sibuk tanya “kenapa bang??”, “apa dah jadi??”

14. Suami tak pandai mendengar, isteri jika ada hal nak beritahu suami, beritahulah pada masa yang senang dan sesuai seperti masa minum petang.

15. Suami tak pandai pamerkan emosi dan perasaan, suami akan luahkannya melalui cara lain seperti sms. Pesanan untuk suami… amatlah bagus jika dapat ucapkan kata-kata “Sayang, I love you” pada isteri sebanyak 7 kali sehari.

16. Suara suami keras tapi bukan tandanya marah. Isteri jangan cepat merajuk. Memang semulajadinya suami boleh control suaranya bila bercakap dengan orang lain…sebab itu bukan isteri dia tetapi bila bercakap dengan isteri, suaranya keras. Kalau kita dengar lelaki bercakap di telefon dengan nada yang keras, memang sah dia sedang bercakap dengan isterinya…

17. Suami memang tak pandai memujuk dan meminta maaf :
- Contoh lambang suami minta maaf pada isteri ~ Selepas marah, suami keluar dan siram pokok bunga, buangkan sampah, belikan barang atau makanan kegemaran isteri dan sebagainya.
- Isteri-isteri … tolonglah fahami lambang-lambang suami yang cuba memujuk kerana quota vocabulary suami tak banyak.

18. Suami tak tahan kena leter kerana leteran isteri boleh memendekkan umur suami, nanti suami cepat mati.

19. Suami tak larat nak jawab soalan isteri yang panjang dan berjela-jela. Sebab itu suami tak jawab soalan isteri sebab kalau suami jawab 1 soalan, suami kena jawab soalan-soalan iringan. Contohnya : “Dah makan bang?”, “Makan kat mana?”, “Makan apa?”, “Makan dengan siapa?”.

20. Tolong patuh perintah Allah tanpa suami kena pesan selalu kerana suami kadang kala kesian, tak mampu dan tak sanggup untuk menegur dengan secara hikmah.

21. Suami tak sanggup dengar desakan isteri seperti tukar kereta, perabot rumah, dan sebagainya. Isteri tolonglah beri suami peluang utuk bertindak sendiri. Suami jadi lemas dan bingung dengan desakan isteri.

22. Suami tak tegur kesilapan isteri kecuali jika ianya terlalu extreme. Contohnya : isteri make-up lebih lebih – suami akan tegur kerana dia jealous sebab nanti orang lain akan tegur dan suka tengok isteri mereka.

23. Suami diam tandanya OK. “No news is good news”. Isteri jangan kecil hati.

24. Suami tak jawab soalan isteri sebab jawapan pada soalan dah nyata. Seperti yang dinyatakan dalam (17) kerana quota vocabulary suami tak banyak.

25. Suami kadang-kadang melenting sebab stress tapi bukan salah isteri.

26. Permintaan suami… Isteri-isteri tolong jangan cemburu. Suami akan jadi lemas dan serba salah.

27. Isteri jangan pesan berkali-kali kerana suami akan rasa terhina. Lelaki ada “Macho”nya. Lelaki pantang dipesan berkali-kali kerana mereka rasa seperti mereka dah nyanyuk.

28. Jangan ulangi perkara yang suami dah faham atau perkara yang jelas kerana ini boleh menghina suami.

29. Suami lambat bertindak sebab suami banyak berfikir. Orang lelaki ada 9 akal. Mereka akan tapis-tapis dan ini tak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab.

30. Suami selalu lebihkan ibubapa mereka kerana mereka ingin menjadi anak yang soleh. Isteri jangan cemburu atau salah faham.

31. Isteri tolonglah hormati ibubapa suami yang masih hidup.

32. Jangan bandingkan suami dengan orang lain kerana suami akan rasa terhina.

33. Isteri-isteri tolong jangan puji sebarang lelaki di hadapan suami kerana suami akan rasa tercabar.

34. Doakan suami dunia dan akhirat.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...