Wednesday, June 15, 2011

Sayangilah isteri

Rintihan Isteri Yang Tak Terucap....
Petikan dari ceramah Datuk Dr. Hj Fadzilah Kamsah-1)

1)Isteri takut meluahkan perasaan..kerana takut suami marah. Kadang-kadang baru je isteri intro, suami dah mula marah-marah. Abih tu camner? Pendam kan ajer la..

2) Isteri sedia mendengar, tetapi suami pula tak nak bercerita. Kadang-kadang puas isteri bertanya, apa cerita di pejabat, apa cerita hari nie, tapi selalunya suami endah tak endah je, jawab “tak ada apa”, “macam biasa jer”.. Allah dah jadi isteri sebagai pendengar yang baik, maka kepada suami-suami berceritalah.

3) Wanita diberikan anugerah menggunakan otak kanan dan otak kirinya secara serentak. Oleh itu, para isteri ni boleh bercerita dan bercakap tentang semua perkara pada satu-satu masa, dari soal anak, soal jiran, kereta, kerja, artis dan banyak lagi tanpa sebarang kaitan. Oleh itu, para suami dengar je la cerita isteri tue, paling-paling pun makan panadol je lepas tu pasal sakit kepala…hehe..

4) Wanita nie dah sifatnya tak boleh simpan banyak benda dalam kepala. So, kerja dia memang nak bercakap jer.. So kepada suami-suami nie terpaksalah bersabar mendengar..

5) Wanita tak mampu berkongsi kasih, jadi jangan menduakan isteri.

6) Isteri mengalah tanda sayang. Janganlah disebabkan syurga di bawah tapak kaki suami, suami sewenang2nya menggunakan kuasa diktatornya.

7) Isteri perlukan belaian dan layanan.

8. Last sekali yang paling penting, BERCERITA DAN BERKONGSI. JIKA DENGAN ISTERI ORANG DI PEJABAT KITA BOLEH BERCERITA DAN SENYUM, DENGAN ISTERI SENDIRI PATUTNYA LAGI LEBIH.













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...