Baru2 ini aku dapat emel dari seseorang, aku sendiri dah lupa....aku tertarik pada artikel yang dia bagi kat aku dan aku nak kongsi pada pengunjung kat sini...
TIP BISNES DARI RUMAH...
Bisnes dari rumah mungkin nampak mudah kerana istiah 'di rumah' tu.
Namun sebaliknya bisnes dari rumah ni tak semudah
yang disangka. Tak kiralah samada anda seorng pekerja pejabat atau
surirumah, memulakan bisnes di rumah memerlukan:
KOMITMEN
Komitmen dengan bisnes. Kalau betul2 serius nak berjaya, tak boleh
sambil-sambil lewa. Mesti kena sanggup meletakkan komitmen yang
sewajarnya terhadap bisnes walaupun dikatakan sambilan. Yang
penting, komitmen masa. Harus ada masa untuk berbisnes. Kalau
sediakala pun dah tak pernah ada masa, bagaimana nak selit masa nak
berbisnes?
SANGGUP BELAJAR
Tiada pengalaman berniaga? Itu bukan soalnya. Kalau tak mula
bagaimana nak berpengalaman, bukan? Untuk mencipta pengalaman tu
agar tidak menjadi 'pengalaman pahit', maka harus bersedia
untuk belajar. Carilah ilmu dengan banyak membaca dan bertanya,
atau paling bagus mengikuti kelas-kelas bisnes yang kian mudah
didapati sekarang dan mempunyai mentor. Itu lebih baik kerana kita
ada yang menasihati secara terus.
TIDAK MUDAH PUTUS ASA
Memulakan bisnes bukanlah perkara yang seronok. Ya, ia amat lah
leceh pada peringkat awal, prosesnya yang lambat.. ya, bisnes tidak
mengikuti 'hukum sekolah' yang mana di saat2 terakhir kita
boleh belajar
untuk peperiksaan, tapi tidak dengan bisnes. Ia umpama berladang,
yang mana tiada pokok yang berasal dari benih boleh bebuah dalam
satu malam. Justeru, harus sedar hakikat untuk berusaha dengan
gigih untuk mencapai kejayaan dalam bisnes.
UTAMAKAN YANG LEBIH UTAMA
Apabila menjalankan bisnes dari rumah, prioriti adalah penting.
Apakah perkara yang lebih utama untuk dibereskan. Harus ada
'senarai prioriti' untuk kerja-kerja rumah, kerja peribadi,
kerja famili dan kerja bisnes.
BERUSAHA!
Bilakah masa yang sesuai untuk memulakan bisnes dari rumah?
Jawapannya SEMALAM. Disebabkan semalam dah berlalu maka yang mampu
kita lakukan ialah SEKARANG! Bisnes sebenarnya bukan bermula dengan
transaksi "Saya jual" atau "Saya beli" tapi
dari langkah pertama mengutip ilmu-ilmu bisnes.
thanks ..... mommy lyna