Thursday, May 31, 2012

Renungilah nasibmu anak Felda.......



Pada 28hb Mei yang lalu telah diadakan satu siri ceramah umum yang berlangsung di Kg Nasaruddin Seri Iskandar Perak anjuran PAS Parit yang menampilkan dua orang penceramah, dimulai oleh Y.B Zainuddin. Beliau adalah DUN Lubuk Merbau dan bekas Exco Agama. Penceramah kedua ialah Saudara Mazlan Aliman yang merupakan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) iaitu NGO yang menjaga kebajikan generasi kedua dan ketiga Felda.


 
Dalam ceramahnya Y.B Zainuddin telah menyanggah setengah pendapat yang menyatakan Melayu akan terhapus jika tiada Umno.Alasannya mudah,melayu telah wujud jauh lebih lama daripada Umno itu sendiri.Sebelum ada nya UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946,Kaum melayu telah lama bertapak dan mempunyai ketamadunan sendiri.Kaum melayu telah berkembang di segenap nusantara dan membentuk kerajaan yang kuat serta mempunyai sosio budaya yang kukuh.Pada pendapat beliau,UMNO lah merupakan perosak orang Melayu dari pelbagai sudut.Penyusutan luas tanah rezab Melayu yang berkeluasan 3 juta hektar semasa pengunduran British dari Tanah Melayu kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995 banyak disebabkan oleh kegiatan tamak pemimpin pemimpin UMNO yang begitu rakus membolot keuntungan dari pengambilan tanah tersebut dengan nama pembangunan. Apa yang tinggal untuk kaum melayu yang miskin ini adalah tanah tanah rezab yang tiada nilai komersial dimana kedudukannya adalah tidak strategik seperti di pergunungan,kawasan hakisan,paya dan sebagainya.Menurut perlembagaan, setiap inci tanah rezab melayu yang diambil,Ianya mesti digantikan dengan kadar yang sama disuatu tempat yang lain.Malangnya undang undang ini tidak dipedulikan oleh pemimpin yang haloba. 

Tambah beliau lagi,mengubalan undang undang yang berkaitan dengan Petronas telah memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri dalam beberapa perkara telah mengakibatkan Perdana Menteri mengambil peluang bekenaan untuk mengkayakan diri dan kroni.Dalam perlembagaan telah member kuasa mutlak kepada Perdana Menteri menentukan Syarikat Hiliran yang berurusan dengan Petronas telah membolehkan Perdana Menteri melantik syarikat syarikat kroni yang mengaut keuntungan besar dari urus niaga dengan Petronas.Antara syarikat yang terlibat ialah Kencana dan Scomi.Syarikat ini mempunyai hubungan dengan anak anak Perdana Menteri pada masa itu.Akibatnya kroni PM yang dapat manfaat besar.


Pengerusi ANAK Mazlan Aliman pula banyak membicarakan tentang perubahan pemikiran yang berlaku kepada peneroka Felda dan Felcra.Perubahan ini adalah kerana dasar Felda yang begitu menekan seperti Akta Penempatan Berkelompok 1960 hendaklah dimansuhkan kerana menjadi instrumen yang bertentangan dengan matlamat asal Felda untuk mengurangkan kemiskinan. Asalnya Felda menggalakkan peneroka membersih, menanam dan akhirnya memiliki lebih 10 ekar tanah. Akibat akta itu, kini lebih 80% tanah peneroka berakhir jatuh ke tangan Felda Plantations.


Akta Penempatan Berkelompok 1960 telah menjadikan peneroka petani penyewa, dengan pendapatan antara RM800 hingga RM1,500 sebulan dalam bentuk gaji bulanan, bergantung kepada harga semasa pasaran minyak kelapa sawit atau getah.Akibatnya beban hutang peneroka bertambah. Prospek masa depan anak cucu mereka, untuk keluar dari perangkap kemiskinan gagal.Setiap kali berunding menuntut hak, Felda akan mengungkit semula Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960. Mereka membangkitkan semula soal-soal pengurusan ladang, dan kegiatan aktiviti peneroka mengikut tafsiran Felda. Akhirnya peneroka tidak boleh buat apa-apa.


Akta itu tidak membenarkan tanah mereka digadai, dipecah-pecahkan atau dibahagikan dan diserahkan kepada seorang penama sahaja. Ia telah menimbulkan konflik dalam keluarga dari sudut pembahagian pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan generasi kedua. Peneroka terpaksa menandatangani beberapa perjanjian untuk mendapat hak milik tanah, termasuk perjanjian penanaman semula yang diperkenalkan beberapa tahun dahulu. Lebih malang, peneroka tidak mendapat salinan surat perjanjian tersebut dan Felda juga boleh bertindak hingga ke tahap mendapatkan 'kaveat' tanah peneroka.





Pada 15 November 2011, ANAK mendesak agar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengemukakan bukti bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia tidak akan menjejaskan aset peneroka Felda. Kajian mendapati 360,000 hektar tanah milik Felda Plantation akan dicagar pada Januari 2012. Pendapatan daripada tanah ini dijangka tidak kurang daripada RM2,000 juta setahun tiba-tiba nilai pajakan hanya RM251 juta, ertinya Felda kehilangan lebih kurang 80% daripada pendapatan sebenar daripada tanah ini.

Di atas sebab sebab yang dinyatakan menyebabkan mentaliti peneroka menjadi lebih berani untuk menyanggah kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan yang diterajui oleh Umno dan konco konconya. Atas dasar keadilan dan kebenaran telah dapat disaksikan bahawa lebih 3000 orang peneroka telah menfailkan saman di Mahkamah diatas sebab penipuan yang dilakukan oleh Felda diserata negara diatas menyusutnilaikan gred buah sawit milik peneroka.Banyak kes saman yang telah dimenangi oleh peneroka ini dan pihak Felda telah membayar ganti rugi sebanyak 11 juta setakat ini. Beliau berharap dengan adanya perubahan besar pemikiran para peneroka akan membawa perubahan kepada senario politik Negara.

Msinc-Hormat dan tabik kepada perjuangan peneroka yang melawan kezaliman dan ketidakadilan..peneroka bukannya Haram JXdXX..seperti yang dilemparkan oleh orang itu..peneroka ni …kin lame…kin cordek…kin lame ..kin cordek..



sumber;telokbakong

Oh...! Felda...








Betul kah Puan Rohana Abd Rahman, Pengarah Kontrak ditukarkan ke Jbt Sumber Manusia SERTA MERTA........????

KENAPA dia ditukarkan....????
APA kesalahan dia....????

Bukankah dia seorang pegawai kanan yg jujur & amanah dlm menjalankan tugas....???? MENGAPA DIA DIPERLAKUKAN DEMIKIAN? DI MANA MARUAH DAN MORAL PEGAWAI FELDA SEHINGGA BOLEH DIBUAT SESUKA HATI? INI ADALAH PEGAWAI KANAN FELDA KE 3 YANG DIJATUHKAN HUKUMAN KEJAM TANPA DINYATAKAN SEBAB2...JIKA INI REALITI YANG BERLAKU DI FELDA .... MALANG MALANG, SUNGGUHMALANG SEKALI. Dato Omar, Presiden CUEPECS tolong lah tenguk2kan apa yg terjadi di Felda kebelakangan ini semenjak ketiadaan DG, Yg baik2 dihukum, yg jahat & tak ikut peraturan, yg boros, yg tak amanah dibelai, dibela dan diberi bermcm2 kemudahan ????

Ya Allah selamatkan Felda....

 ----------------------------------------------------------------


Klu kita ingat tahun lalu KPF kena belasah oleh bekas2 org Anuar Ibrahim,,,, Roslan Kasim, Hamidon, Anuar Sungip, Ezam Md. Nor, dll menuduh KPF menyeleweng dan bermcm2 fitnah yg keji dilempahkan. Konon Ahli Lembaga KPF salah guna kuasa sehingga pengarah Seranta pun dok sibuk2 mengadu kat SKM. ????

Pelik jugak kebelakangan ini berduyung2 org Anuar join Isa, Mcm ada SATU TARIKKAN, lepas satu2 sokong Isa Samad, apa saja yg dikatakan Isa semua membabi buta setuju dan tambah komen2 mereka dlm UTUSAN, seolah2 mereka tahu & mahir tentang Felda & KPF dan mereka tahu apa yg terbuku dlm setiap hati Warga Felda. ???? Knapa jadi bergini seolah2 Isa sudah tak ada lagi org2 UMNO yg suka atau menyebelahi beliau ????? .... atau mungkin luka & kebencian org2 UMNO ini terhadap Isa Samad masih belum pulih setelah Isa didapati bersalah mengamal RASUAH dlm PAU yg lalu, perbuatan Isa telah mengaibkan UMNO di mata parti2 komponen yg lain secara Amnya dan memalukan UMNO N9 Khasnya ????

Kesian tak pasal2 nama KPF amnya dan nama Ahli Lembaga khasnya tercemar. Yg peliknya knapa SPRM tak masuk menyiasat tuduhan2 ini. ???? Knapa lah pulak saat2 akhir nak Listing barulah Isa Samad nak bersuara dan memberitahu yg KPF sedang disiasat oleh SPRM ?????? Kemudian Isa cepat2 beritahu dlm media yg KPF tidak akan terlibat dlm Listing. Alasannya KPF ada kes besar penyelewengan dan FGVH tak mahu dilibatkan dlm siasatan SPRM.

Skng dah masuk 2bulan, apa hasil siasatan SPRM ???? ..... Ada tak kes penyelewengan yg di war2kan oleh Isa Samad ???? ..... Ada ke salah laku oleh Ahli2 Lembaga KPF ???? ..... Ada tak duit-duit yg dilarikan oleh Ahli Lembaga KPF ????

Mengapa SPRM senyap aje dan tak istiharkan hasil siasatan kpd umum ???? ..... Mengapa org2 bekas Anuar Ibrahim yg skng tiba2 ramai menyebelahi Isa Samad diam seribu bahasa ???? ..... Mengapa Isa & org2nya tak buat PC lagi mcm dah abis modal nak hentam KPF ???? ..... Mana Zaid, mana Ezam, mana Roslan dan mana Zaharin ????? ..... Bergitu lah busuknya hati mereka2 ini terhadap KPF ???? Knapa Seranta pun turut diam, bisu seribu bahasa. ????

Skng tinggal 3minggu lagi KPF akan mengadakan mesyuarat Agong untuk mengistiharkan dividen. Kita doakan KPF terus kukuh menjadi koperasi terbaik dan mampu membayar dividen tinggi tahun ini, setidak2nya sama mcm Ahli Koperasi Saham Bank Rakyat dapat baru2 ini.

Syabas Dato Sarchu, CEO KPF anak peneroka Medoi, Mazlan Taib dan lain2 .... Syabas juga Ahli2 Lembaga KPF .... Dato Dzul, Dato Suhaimi, Tuan Hj Abidin dan lain2. HIDUP KPF,,,,, SEJAHTERA PENEROKA,,,, MAJULAH WARGA FELDA






 ---------------------------------------------------------------------



Terkini ....
Adalah difahamkan SKM telah membuat keputusan keahlian Isa Samad dlm KPF dikekalkan spt mana keputusan mereka seblum ini. Soalnya knapa Isa Samad beria2 sngt nak kan keahlian KPF dan masih bernafsu nak menjadi pengerusi KPF ???? .... Sdgkan dia kata KPF ada bnyk masalah dan banyak penyelewengan didlm nya. ???? .... Permohonan KPF menyertai "Listing FGVH ditolak mentah2 oleh Isa tanpa mahu berunding bersama ahli lembaga KPF. ???? Pelik sungguh, Isa Samad langsung tak punye semangat membantu KPF tapi mengidam sngt mahu jadi pengerusi KPF. ???? APA MUSLIHAT YG BERMAIN DLM OTAKNYA.

Sabri pula kabarnya telah membuat perjanjian dgn Kilang hanya mahu membayar upah proses BTS sahaja ???? (kwan2 yg bijak pandai tentang ini tolong huraikan berkenaan dgn upah proses) Ini merupakan satu usaha jahat Sabri untuk melemahkan keuntungan Kilang yg KPF memegang saham terbesar iaitu 65%. ???? Sungguh licik Sabri ini. ????

Satu konpirasi yg cukup jahat oleh Isa, Sabri dan bakal setiausaha KPF, aka org yg paling powerful, aka org yg paling dibenci oleh pertugas2 Felda, siFAIZOUL ????? (Faizoul DG & Hj Abidin kirim salam) ???? Wallahualam !!!!!


sumber;gayapeneroka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...