Monday, January 7, 2013

Produk kafein dan kanser




Kajian dapati produk berkafein mampu kurangkan risiko kanser 

Amalan meminum  dua cawan kopi sehari  dapat menyegarkan tubuh selain mengurangkan risiko serangan barah kulit.


Harvard: Minum kopi lebih dua cawan sehari, atau mana-mana kombinasi lain minuman berkafein, mungkin merendahkan risiko mendapat barah kulit, menurut satu laporan baru. 
Laporan dalam jurnal Cancer Research mendapati bahawa produk berkafein termasuk soda, teh dan coklat secara potensi mengurangkan risiko menghasilkan karsinoma sel basal, bentuk biasa barah kulit. 
“Data kami menunjukkan lebih banyak kopi berkafein yang anda minum, lebih rendah risiko mendapat karsinoma sel basal,” kata Jiali Han, profesor madya di Hospital Wanita dan Brigham, Sekolah Perubatan Harvard dan Sekolah Kesihatan Awam Harvard. 

Dalam laporan mereka, penyelidik menganalisis data statistik daripada lebih 112,000 responden untuk Kajian Kesihatan Jururawat. 

Bagaimanapun, kata Han, kajian tidak bermaksud orang ramai perlu mula minum jumlah kopi tidak terhad. 

“Saya tidak akan mencadangkan peningkatan pengambilan kopi anda berdasarkan data ini semata-mata. 
“Bagaimanapun, keputusan kami menambah karsinoma sel basal dalam senarai keadaan di mana risiko dikurangkan dengan peningkatan pengambilan kopi. 

“Senarai ini termasuk keadaan dengan akibat kesihatan serius negatif seperti diabetes jenis 2 dan Parkinson,” kata Han. - Agensi

sumber;bharian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...