Wednesday, June 6, 2012

Kepimpinan baru DPIM




26 Mei - Tan Sri Muhammad Ali Hashim telah dipilih sebagai Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang baru bagi penggal 2012 hingga 2015. Beliau telah dipilih bagi menggantikan Tengku Tan Sri Dato Seri Ahmad Rithaudden Tengku Ismail yang telah memberi laluan kepada Tan Sri Muhammad Ali yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Presiden. Manakala jawatan Timbalan Presiden yang dikosongkan oleh Tan Sri Ali telah disandang oleh Mohammad Sahar Mat Din apabila 4 calon lain telah menarik diri. Mohammad Sahar sebelum ini adalah Ahli Majlis Tertinggi sejak tahun 2006 dan Setiausaha Agung DPIM sejak April 2011.

 


Manakala 3 jawatan Naib Presiden telah diiisi oleh 2 penyandang sebelum ini iaitu Dato Dr Abd Latiff Awang dan Abd Mukti Syaubari. Manakala seorang lagi dimenangi oleh muka baru iaitu Shaik Mohd Hussain Abdul Aziz yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi sebelum ini. 4 orang calon telah bersaing untuk mengisi jawatan tersebut. Bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (AMT)  seramai 8 orang telah dipilih daripada 17 orang yang bertanding dimana 7 daripada AMT adalah muka baru. AMT yang terpilih ialah Dato Nazilah Abd Latif (Pahang), Zulkifli Abd Latif (Melaka), Nik Yusuf Nik Ismail (Selangor), Ishak Hamzah (Putrajaya), Dato Samsuddin Hayroni (Biro Korporat), Muhammad Azam Shah (Johor), Datin Majidah Rashid (Terengganu), Dato Seri Jenar Lamdah (Sabah).



Seramai 120 orang perwakilan telah hadir mewakili 17 Cawangan Negeri-Negeri dari seluruh negara di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 yang diadakan di Melaka Internasional Trade Centre (MITC). Pada malam sebelumnya satu majlis makan malam meraikan mantan Presiden turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Melaka manakala  perasmian Mesyuarat Agung Tahunan telah disempurnakan oleh wakil rasmi YAB Ketua Menteri Melaka.



Mesyuarat Agung Tahunan DPM juga meluluskan resolusi untuk melantik Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup manakala Dato Seri Mohd Yussof Latiff sebagai Timbalan Presiden Kehormat Seumur Hidup bagi menghargai jasa kedua-dua mereka sebagai pengasas DPIM.




Kepada usahawan IKS.....jom sertai DPIM...cerita politik takdak noo..semua pasal bisnes.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...