Persoalan
yang kerap berlegar di minda setiap graduan. Antara makan gaji vs kerja
sendiri yang mana satu harus dipilih? Jawapannya amat bergantung pada
apa wang diingini kerana setiap pilihan mempunyai pro dan kontra. Ya,
ramai yang memilih kerja berdasarkan minat dan kelayakan mereka. Kita
diberi pilihan dan setiap orang berhak untuk memilih sesuatu untuk
kebaikan dirinya untuk jangka masa panjang.
Bermula
dengan kerja makan gaji, maksudnya bekerja di bawah orang lain sama ada
dalam sektor awam atau swasta. Sektor awam seperti jabatan-jabatan di
bawah naungan kerajaan Malaysia atau kerajaan negeri, sekolah rendah,
sekolah kebangsaan, universiti dan sebagainya. Sektor swasta pula
contohnya bekerja di syarikat-syarikat Berhad, Sendirian Berhad atau
Enterprise. Makan gaji bererti bekerja untuk majikan di mana majikan
akan memberikan upah yang tetap pada setiap hujung bulan. Si pekerja
pula tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan dengan upah yang
diberikan. Faktor kecemasan dan kemalangan mungkin tidak akan menggugat
situasi si pekerja kerana ia dijamin oleh majikan tetapi bagi mereka
yang bernama majikan, mereka perlu mencari jalan untuk membayar upah
kepada pekerja mereka.
Tahu
kah anda lebih separuh dari rakyat Malaysia menjana pendapatan dengan
makan gaji. Antara tarikan yang paling menarik untuk bekerja makan gaji
ialah menerima gaji setiap bulan sama ada melalui cek atau terus
dikreditkan ke dalam akaun bank selagi mereka bekerja dengan syarikat
tersebut. Ini berbeza dengan orang yang berniaga yang mungkin mengalami
kemelesetan bisnes yang seterusnya mengganggu pendapatan mereka. Antara
kelebihan makan gaji ialah dapat memperoleh gaji secara tetap setiap
bulan, mudah mendapat pembiayaan pinjaman seperti membeli rumah, kereta,
kad kredit dan sebagainya, dapat menikmati kemudahan perubatan di
klinik panel dan juga rawatan di hospital dibiayai, berpeluang mendapat
bonus tahunan, kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya.
Bagi
mereka yang bekerja sendiri pula, mereka perlu mencari jalan bagaimana
mereka dapat membayar upah kepada diri mereka sendiri. Mungkin mereka
tahu dan tidak tahu berapa upah yang mereka perlukan setiap bulan, ini
kerana mereka bekerja untuk hidup. Mereka tidak bergantung kepada
majikan, mereka tidak bergantung kepada pekerja, mereka bergantung
kepada diri sendiri. Faktor kecemasan dan kemalangan akan memberikan
kesan kepada mereka sendiri jika mereka tidak berusaha untuk mendapatkan
upah yang dapat membiayai faktor kecemasan tersebut. Dalam erti kata
lain, kerja sendiri ialah bisnes atau perniagaan. Bidang perniagaan ini
luas. Kerja sendiri ini mempunyai cabaran dan risikonya yang tinggi,
ditambah pula dengan modal yang menelan kos yang jumlahnya agak besar.
Namun semua itu dapat dikurangkan sekiranya mendapatkan khidmat nasihat
pakar daripada syarikat yang berkelayakan seperti FAMA, SIRIM dan
sebagainya. Mereka akan membantu dari segi pinjaman dan khidmat sokongan
sehingga seseorang usahawan itu dapat “berdiri di atas kaki sendiri”
dalam perniagaan.
Perniagaan
yang bersaiz kecil, jika diusahakan dengan betul akan membuahkan hasil
yang lumayan dan mampu berkembang menjadi sebuah konglomerat yang besar
dan disegani. Perniagaan yang melibatkan ratusan ringgit pada mulanya
boleh mencapai nilai jutaan ringgit. Sebagai contoh, lihat sahaja Tan
Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang bermula sebagai peniaga pasar dan
akhirnya mencapai status antara orang terkaya di Malaysia. Antara
kebaikan menjalankan bisnes ialah hasil pendapatan boleh mencecah angka
yang jauh lebih lumayan daripada kerja makan gaji. Sekiranya bisnes
dikendalikan oleh pekerja-pekerja yang cekap dan dijalankan dengan
penglibatan minimum oleh pemilik bisnes tersebut, kebebasan masa dapat
diperoleh. Selain itu, tiada kerenah birokrasi untuk mendapat cuti atau
naik pangkat seperti mereka yang makan gaji. Di samping itu, pemilik
bisnes dapat membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan
dan menjana pertumbuhan ekonomi negara. Dan yang paling penting, pemilik
bisnes berpeluang untuk menjadi jutawan dan merasai kebebasan kewangan.
Orang
yang paling bahagia dan paling puas adalah mereka yang mempunyai
perniagaan mereka sendiri. Mereka memiliki kebebasan masa dan wang.
Mereka yang berjaya dalam perniagaan terdiri dari mereka yang bekerja
keras. Sekiranya seorang pekerja boleh mendedikasikan bertahun-tahun
hidup pada sebuah syarikat, hakikatnya pekerja itu sendiri tidak dapat
mengawal apa yang akan berlaku kepada syarikat itu seperti perubahan
pengurusan, syarikat diambil alih oleh bos lain dan pertukaran polisi
dll. Perkara ini akan memaksa perubahan mendadak pada diri pekerja itu
tanpa diduga. Begitu juga dengan bekerja sendiri. Risiko untuk
menghadapi persaingan, perubahan, kegagalan dll itu sebenarnya lebih
kurang sama dengan bekerja sendiri!
Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
dek kerana ingin menggalakkan rakyat Malaysia yang tidak didaftarkan
secara rasmi sebagai pekerja untuk mencarum kepada KWSP di bawah
kategori bekerja sendiri sebagai usaha untuk menabung bagi persaraan
mereka. Maka tiada alasan lagi mereka yang bekerja sendiri untuk tidak
mempunyai jaminan kewangan untuk hari tua
Golongan
peniaga juga dikatakan lebih berminat daripada yang bekerja sendiri.
Mengapa? Di alam perniagaan, pulangan di atas kertas memang cantik.
Berhabis sejuta boleh dapat 2 juta dalam masa kurang 12 bulan (100% ROI
setahun). Tapi realitinya boleh berbeza sama sekali. Pemilik perniagaan
sentiasa berhadapan dengan risiko muflis sekiranya pinjaman bank tidak
dapat dibayar tepat pada masanya. Terlalu banyak uncertainty
yang menjadikan pemilik perniagaan lebih berusaha. Lebih beriman. Kedua,
sebagai majikan, sudah menjadi tanggungjawab untuk menjaga para
pekerja. Majikan mungkin tahu yang pekerja menghadapi kesukaran untuk survive
dalam suasana kos kehidupan yang tinggi dengan gaji yang diberi. Namun,
tahu saja tak cukup. Justeru, pemilik perniagaan perlu fikirkan
bagaimana untuk meningkatkan hasil perniagaan agar gaji pekerja dapat
ditingkatkan dan beban mereka juga boleh diringankan. Lebih berat nak
memahamkan pekerja yang kita cuba nak tolong tu agar sama-sama berusaha
supaya sama-sama dapat manfaat. Lebih berusaha. Lebih beriman.
Ketiga,
pemilik perniagaan tidak memikirkan elemen kenaikan pangkat atau gaji.
Sebaliknya, faktor keuntungan dan kerugianlah yang menjadi pertaruhan
mereka. Sehubungan dengan itu, mereka mempunyai pertimbangan sama ada
mampu atau tidak perniagaan itu dikendalikan dengan baik dan
menguntungkan ataupun sebaliknya.
Andainya perniagaan yang diusahakan
menemui kegagalan, mereka tidak berputus asa, sebaliknya mereka
memikirkan tindakan alternatif untuk memulihkannya. Hal inilah yang
menjadi keistimewaan sebagai usahawan. Semangat keusahawanan mengatasi
segala semangat bekerja, mereka dapat memikirkan alternatif yang terbaik
untuk mengatasi kegagalan yang dihadapi. Semangat begini berbeza
daripada pekerja makan gaji, iaitu masa bekerja telah ditetapkan,
selepas itu, mereka tidak perlu lagi memikirkan masalah yang timbul di
pejabat dan tidak perlu mencari kaedah untuk mengatasi masalah. Lebih
berusaha. Lebih beriman.
Namun,
bukan semua kerja dengan orang itu sesuatu yang buruk. Sebagai contoh,
guru, doktor, posmen, pemandu bas, penebar roti canai, penoreh getah dan
sebagainya mempunyai peranan mereka sendiri. Kalau tiada mereka, anda
mungkin tidak dapat menikmati roti canai yang sedap. Anda mungkin akan
mati kerana tidak diberikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit anda.
Kereta mewah yang anda pandu mungkin tidak akan gunakan tayar getah yang
berkualiti. Anak anda mungkin tidak akan menjadi insan yang handal pada
suatu masa nanti disebabkan tiada guru yang berminat untuk mengajar.
Anda
boleh lihat di sini bahawa inilah pengorbanan mereka kepada sosial.
Inilah sumbangan mereka kepada perkembangan ekonomi. Inilah juga sumber
pendapatan internet anda sekiranya produk yang anda jual dibeli oleh
mereka. Sesetengah orang memang tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi
usahawan dan tidak pun berminat untuk menjadi usahawan. Disebabkan
faktor tertentu, mungkin mereka lebih sesuai untuk menjadi pekerja
seumur hidup mereka.
Orang
yang makan gaji selalu fikir di kepala bilalah nak jadi kaya.
Seolah-olah tidak bersyukur apa yang mereka ada selama ini dan merasakan
tidak pernah cukup. Tetapi pernah tak mereka terfikir perasaan orang
yang sedang mencari pekerjaan. Bukankah mereka (makan gaji) berada dalam
kedudukan yang lebih baik?
Makan
gaji atau bekerja sendiri bukan menjadi soalnya. Sebenarnya, ia
bukanlah sesuatu perkara yang penting untuk menentukan yang mana lebih
baik, asalkan anda gembira dengan apa yang anda lakukan. Itu lah yang
terlebih baik. Ramai orang amat gembira untuk bekerja makan gaji. Mereka
suka dengan kerja yang mereka lakukan, mereka gembira dengan semua
rakan-rakan di tempat kerja dan mereka hidup gembira dengan keadaan itu.
Dan sesetengah orang pula, sangat gembira menjalankan perniagaan
sendiri, mereka bebas melakukan apa yang mereka suka lakukan, mereka
gembira dengan hasil pendapatan yang mereka peroleh dan mereka hidup
gembira dengan keadaan itu.
Baik yang bekerja mahupun kerja sendiri adalah bertujuan nak dapatkan duit....ada tak yang buat sesuatu macam tu jee...tentulah takde, orang gila mungkin laa. Awas! jangan kerana duit anda digelar hamba duit.
sumber;usahawan