SG.BUAYA MENANG SORAK KG.TERGADAI
Aku juga anak Felda......
Saya terpanggil untuk mengajak baki peneroka yang ada , anak anak dan generasi terdiri dari menantu,cucu dan cicit peneroka felda Sungai Buaya supaya kita bersatu dalam suatu suara rasa tidak kepuasan akibat di zalimi olih Kerajaan yang kita sokong selama ini .
Kita menoleh kembali pada tahun 1994 di mana bermulanya tanah tanah kebun di ambil untuk di laksanakan suatu pembangunan.Atas dasar telah di janjikan pampasan atas tanah yang di ambil maka kesemua peneroka yang berjumlah seramai 363 orang menyerah kan tanah tersebut.Walau menyedari betapa susah nya mereka untuk mendapatkan tanah.Mula mula masuk pendapatan bulanan sebanyak RM69.90 sebulan dengan bilangan ramai anak yang di perlu di tanggung untuk di besarkan.Terpaksa bekerja di luar untuk mendapatkan pendapatan tambahan.Ini termasuk isteri dan anak anak bagi meringankan perbelanjaan dapor dan persekolahan.
Kini telah 18 tahun berlalu nasib peneroka dan generasi nya berkeadaan begitu dulu kini dan selamanya walaupun hampir kesemua peneroka menunjukkan taat setia kepada Kerajaan Dulu Kini Selamanya.Tetapi nampak nya sokongan yang kita beri tidak memberi apa apa impak kepada pembelaan nasib peneroka dan generasinya.Malah apabila persoalan di tanya kepada YB masih berdolak dalik dalam memberi jawapan.
Saya telah menulis dalam twitter YB P.Kamalanathan sebagai ADUN Hulu Selangor bertanya masaalah tersebut,jawapan yang dibeti begitu menghampakan dangan jawapan "itu kena tanya MB sekarang".Ini jawapan super spontan.Beliau kena memahami masaalah ini berlarutan dari pemerintahan Mat Taib sehingga Khir Toyo.Pada PRU12 kawasan ini di menangi olih PKR tapi untuk tempoh pemerintahan yg singkat.Pada PRK lalu di menangi olih BN parti pemerintah tapi tiada juga ada usaha penyelesaian.Kesilapan kita kerana terbeliak mata apabila di berikan RM50,000.00 mudah benar termakan sogokan.
Perkara ini bolih di selesaikan olih Kerajaan kalau pemimpin itu tidak mempunyai sikap mementing diri dan mengutamakan poket sendiri.Kebanyakan nya pemimpin begitulah mengharapkan undi semata kerana agenda tersembunyi 2+1.Kalau pemimpin itu bijak dana yang perlu untuk menyelesaikan masaalah ini ialah tak banyak hanya lebih kurang RM240juta.Adakah itu jumlah yang banyak bagi Kerajaan yang ada sekarang,gah dengan bermacam kata-"tradisi membela rakyat,rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan".Ungkapan tranformasi dengan maksud berubah kedepan.Tapi peneroka Sg. Buaya berubah kebelakangan.Dari ada tanah dah tak ada tanah.Dari pendapatan sekitar RM800-RM900 sebulan kita berubah RM0.00 sebulan lebih teruk pendapatan semasa mula masuk peneroka iaitu RM69.90.
Kita sama renungkan :
1.Berapa banyak Kerajaan belanja untuk bantuan persekolahan.
2.Berapa banyak Kerajaan belanja untuk BR1M
3.Berapa banyak kerajaan menghanguskan duit untuk pelupusan hutang Tajudin Ramli? RM523juta
4.Berapa banyak Kerajaan salurkan kepada NFC yang tidak memberi apa keuntungan kepada negara? RM250 juta.
5.Berapa banyak Kerajaan bayar untuk perbelanjaan durian runtuh kepada semua peneroka?
6.Berapa banyak Kerajaan berbelanja membayar wang pemberian kepada bekas anggota keselamatan berkhidmat masa darurat?RM3000.00 saorang.
Jadi saya menyarankan kepada semua generasi peneroka dan baki peneroka yang masih hidup maka kita perlu mengubah.Kita perlu ada semangat yang jitu tidak sesenangnya untuk di gula gula kan sebagaimana pada Pilihan Raya Kecil lalu RM50,000.00.Kita mesti ada maruah.Jangan jadikan Menang sorak ,kampong ,bangsa dan maruah tergadai .Akhir nya hidup kita dalam keadaan lebih hina dari pendatang asing.
Anak peneroka peringkat 1 felda Sungai Buaya.
sumber;gayapeneroka
No comments:
Post a Comment