Sunday, May 15, 2011

Pengenalan Syarikat


PHL TRADE (M) SDN BHD, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 16 Januari 2006 beroperasi di Kangar, Perlis. Sebuah syarikat yang mempunyai pengkhususan dalam menghasilkan ekstrak herba tempatan dan luar negara. Bermula hanya membekalkan ekstrak herba secara kecil- kecilan kini telah menjadi pembekal barangan siap kepada beberapa syarikat besar. Mempunyai sebuah kilang di bawah bimbingan SME Bank dan MARA di Kuala Perlis.
Sejajar dengan fenomena dunia hari ini di mana pengguna kebanyakkan mengamalkan pemakanan berasaskan herba, PHL mengorak langkah kehadapan memperkenalkan produk yang diformulasikan sendiri samada berbentuk makanan dan minuman kesihatan.
Dengan motto PHL 'Pretty Healthy Lifestyle' atau 'Gayahidup Sihat Cantik'. Dengan memberi penekanan kepada penjagaan kesihatan dan kecantikan agar ainya boleh menjadi satu sumber kekayaan yang boleh dilihat dan dirasai.
Kopi Kawe adalah minuman kesihatan untuk kecergasan telah menggegar Dewan PWTC pada 30 Mac 2009 apabila menjadi sebutan Perdana Menteri. Menjadi kebanggan apabila perkataan 'dia bangun sebelum kita bangun' menjadi siulan VVIP. Dan dikalangan penggemar menokoktambah 'jangan kita tidur sebelum dia tidur'.
Dengan perkembangan dan permintaan tinggi produk kopi hari ini PHLTrade penuh keyakinan memenuhi kehendak pasaran dan juga akan merangka strategi bagi melahirkan seberapa ramai usahawan yang akan bersama kami.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...