' Siakap senohong gelama ikan duri' ' Bercakap bohong lama-lama mencuri'
Anda biasa mendengar pantun nasihat ini. Apa iktibar dan yang tersirat disebaliknya.
Saya nak sentuh tentang tabiat suka berbohong.Apabila anda berbohong, anda sebenarnya telah meletakkan diri anda dalam risiko komplikasi kesihatan. Iye ke......? Ini kajian ahli perubatan.
Menurut Dr. Saundra Dalton-Smith, penulis Set Free to Live Free: Breaking Through the 7 Lies Women Tell Themselves menyatakan berbohong menyebabkan badan menghasilkan hormon stress. Kajian menggunakan Polygram atau lie detector untuk mengukur tahap kebohongan dan mendapati orang yang berbohong mempunyai aliran darah yang lebih laju. Situasi ini menyebabkan denyut jantung dan pernafasan meningkat, pencernaan menjadi lambat dan hipersensitif pada otot dan saraf. Manakala bagi kesan jangka panjang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami strok sehingga boleh membawa maut. Tu dia aihh!
Anda percaya tak? Dalam Islam pun kita dilarang berdusta, berkata benar biarpun pahit. Dalam hal ini dibenarkan berbohong pada 3 keadaan,
1-Dalam peperangan
2-Mendamaikan antara 2 orang yang bergaduh
3-Menghindari dari terjadinya penceraian antara suami dan isteri
Dari Ummu Kalsum binti ‘Uqbah r.a sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah termasuk pendusta orang yang mendamaikan manusia. Ditambahnya yang baik atau dikatakannya yang baik.”
(Bukhari)
Kalau berbohong dalam membayar hutang, macamana? Duit ada bila mintak bayar hutang...mak aihh liat sungguh.
fikir-fikirkanlahhh.....!
Tuesday, July 12, 2011
Antara kopi dan sakit otak
KOPI?. Apa yang anda fikirkan?. Fakta yang anda maklumi.
Kopi adalah antara minuman yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Namun ada juga sebilangan orang berpendapat, kopi memberi kesan negatif pada otak. Benarkah begitu?.
Melalui penelitian terbaru yang dilakukan terhadap 500.000 orang Eropah mendapati kopi mampu melindungi otak dari risiko kanser. Ini kerana kadar antioksidan yang terkandung di dalamnya mampu mngurangkan risiko terkena kanser otak sebanyak 34 peratus. Selain itu, kopi bukan sahaja mampu memberi kesegaran pada peminum, malah mampu membantu mencegah beberapa masalah penyakit kronik seperti diabetes, alzheimer, gout dan lain-lain. Kopi juga mampu merangsang daya kreativiti pada otak.
Di Malaysia, setiap syarikat yang mengusahakan produk kesihatan atau makanan pasti ada produk kopi. Apakah kopi senang dipasarkan? senang dijual? atau permintaan kopi sentiasa tinggi dan tak hairanlah pada hari ini produk kopi segera saban hari kian bertambah. Anda dinasihatkan agar memilih produk kopi berkualiti, bukan sahaja kopi itu sendiri anda kena pastikan tetapi syarikat pengeluar juga anda kena selidiki. Ini kerana ada kes yang melibatkan penggunaan bahan larangan, bahan perangsang seperti sildenafil, tadalafil dan lain-lain.

Subscribe to:
Posts (Atom)