KOPI?. Apa yang anda fikirkan?. Fakta yang anda maklumi.
Kopi adalah antara minuman yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Namun ada juga sebilangan orang berpendapat, kopi memberi kesan negatif pada otak. Benarkah begitu?.
Melalui penelitian terbaru yang dilakukan terhadap 500.000 orang Eropah mendapati kopi mampu melindungi otak dari risiko kanser. Ini kerana kadar antioksidan yang terkandung di dalamnya mampu mngurangkan risiko terkena kanser otak sebanyak 34 peratus. Selain itu, kopi bukan sahaja mampu memberi kesegaran pada peminum, malah mampu membantu mencegah beberapa masalah penyakit kronik seperti diabetes, alzheimer, gout dan lain-lain. Kopi juga mampu merangsang daya kreativiti pada otak.
Di Malaysia, setiap syarikat yang mengusahakan produk kesihatan atau makanan pasti ada produk kopi. Apakah kopi senang dipasarkan? senang dijual? atau permintaan kopi sentiasa tinggi dan tak hairanlah pada hari ini produk kopi segera saban hari kian bertambah. Anda dinasihatkan agar memilih produk kopi berkualiti, bukan sahaja kopi itu sendiri anda kena pastikan tetapi syarikat pengeluar juga anda kena selidiki. Ini kerana ada kes yang melibatkan penggunaan bahan larangan, bahan perangsang seperti sildenafil, tadalafil dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment