Saturday, July 30, 2011

HPA!... aku kecewa....!


Keluhan dan rintihanku......

Aku terlibat dengan MLM HPA pada tahun 2006. Tahun 2007 hingga 2009 aku begitu fanatik dengan HPA. Bagiku HPA adalah segala-galanya, semua program aku sertai dari pbc, kelas mingguan, kelas pic dll dan semua produk aku guna dan produk yang menjadi kegilaanku adalah kopi radix. Pada masa tu kopi radix papan dan sachet putih, kopi radix yang aku jual pernah dirampas oleh pihak kesihatan. Fanatiknya aku sampai tak boleh dengar orang hentam produk HPA atau apa-apa keburukkan tentang HPA. Bersembang dengan rakan kerja, kawan-kawan dan keluarga takde lain semua pasal HPA, sampai kawan-kawan menjauhi aku. Takpa laa...aku sanggup telan segalanya demi memenuhi hasratku yang pada masa itu begitu berkobar-kobar ingin mengubah kehidupan. Walaupun part time tapi siang malam aku menguruskan perniagaanku hantar kopi ke kedai makan, warung, restoran, mini market dsgnya, bukan hantar kopi saja bahkan terkejar-kejar ke sana ke sini mencukupkan stok (penyakit dalam HPA dari dulu hingga kini) bukan setakat kopi, air berkarbonat dan mineral (air Gau) menjadi nadi kekuatan perniagaanku.
Letih menguruskan 2 job serentak, kerja dan bisnis. Tapi tekad dah bulat nak jadikan bisnis sebagai sumber pendapatan, aku tetap bersemangat. Harapanku pada suatu masa aku akan buat perniagaanku sepenuh masa dan produk HPA adalah 'main product'. Pada masa itu harapanku cuma pada HPA.

Kini.....! aku dah sepenuh masa dan bebas dari kerja yang kena arah (makan gaji), bolehlah aku terus cita- cita yang dihajati. Apapun terjadi aku nekad......!
Namun apa dayaku....harapanku pada HPA mula longgar disebabkan masalah stok di setiap cawangan. HPA perlukan 'buyer' yang loaded untuk beli stok yang banyak melalui koperasi dan program ESP lepas tu tolak harga rendah. Orang macam kami (modal kecik) tiada dalam perkiraan. Sedarlah...! yang menjadi duri, petualang dan menjadi pedajai adalah leader HPA sendiri. Di Perlis, kedai cina Mata Ayer cukup popular dengan harga rendah dan tak putus stok. Soalnya dari mana tauke tu dapatkan stok padahal di cawangan tiada stok. Pihak HPA sendiri pun dah mangli dengan permainan ini apalagi leader....apa aku peduli!

Kopi radix menjadi 'master' dalam bisnisku dah susah nak dapatkan stok dahlah harga sentiasa naik stok pulak bermasalah, masalah permainan harga (dah banyak komplain HPA apa peduli!), orang dah komplain, macam-macam orang kata. Yang menjadi duri, petualang dan menjadi pedajai adalah leader HPA sendiri. Jualan di kedai-kedai rangkaianku mula merosot dengan ketara. Jualan runcit untuk kopi radix tiada untung cuma dapat nm sahaja, dan nm akan di'claim' pada hujung bulan  untuk dapat bonus. Kata mudah pendapatan cuma pada bonus sahaja. Aku lihat perjalanan perniagaan HPA mula kelam kabut, dari masalah stok hingga bonus. Sampai sekarang masalah pemberian bonus meleret-leret tiada jalan penyelesaiannya. Bukan aku seorang yang terasa susah, ramai lagi agen stok yang terasa susah, mungkin segan nak bercerita.

Aku dah mula rasa kecewa dengan HPA, pendapatanku dah terjejas, mana nak settle kereta, belanja anak sekolah dan lain-lain. Walau bonus tak banyak, tapi aku bersyukur, aku boleh jual produk HPA dengan rasa bangga sebab produk orang kita. Hingga kini aku masih bersama HPA, harapanku akan ada jalan penyelesaiannya.
Hpa bukan badan amal, HPA adalah syarikat yang menjalankan perniagaan. HPA perlu ingat orang yang menyokong HPA terdiri dari pelbagai golongan dari yang buat part time dan sepenuh masa. HPA kena ingat ramai lagi yang mengharapkan imbuhan (bonus) setelah penat uruskan jualan. Hpa jangan harapkan agen stok kena memahami masalah HPA sahaja, dunia hari ini perlukan belanja yang agak besar dalam perbelanjaan seharian, kalau bonus sebulan dah meleret sampai 2 bulan sapa pun angin satu badan...siapa pun dia pjs ke, pjm ke, cuma didiamkan saja, masing2 ada kepentingan diri. Kita kena ingat, hari ini walau seribu kebaikan kita berikan dan satu je kesilapan yang kita buat, yang satu inilah orang akan bercakap....ini realitinya.
Tolong selesaikan masalah ini secepat mungkin atau HPA akan kehilangan ramai peminat setia kopi radix.

Fikirlahhhhhh......................!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...