Melindungi hati anda
Seorang peminum kopi
yang meminum 1 hingga 3 cawan sehari mempunyai kadar yang lebih rendah
terkena stroke daripada seorang yang tidak meminum kopi. Kopi mempunyai
antioksida lebih daripada hidangan blueberry, dan merupakan sumber
terbesar antioksida dalam diet Amerika. Antioksida membantu mengelakkan
daripada radang pada arteri. Kesan segera apabila seseorang yang baru
sahaja meminum kopi adalah meningkatkan tekanan darah dan degupan
jantung, tetapi dalam jangka masa panjang, ia akan menurunkan tekanan
darah kerana antioksida kopi akan mengaktifkan oksida nitrik (pelebaran
salur darah).
Mengurangkan risiko diabetes
Antioksida yang berada
didalam kopi berperanan untuk meningkatkan kepekaan sel-sel anda
terhadap insulin (yang membantu mengatur kandungan gula dalam darah).
Orang yang minum 4 atau lebih cawan kopi setiap hari mungkin mempunyai
risiko lebih rendah menderita diabetes jenis 2, menurut beberapa kajian.
Hasil daripada penyelidikan lain menunjukkan bahawa kafein boleh
mengurangkan sensitiviti insulin, anda dinasihatkan untuk meminum kopi
yang tidak mengandungi kafein sesekali.
Kanser
Salah satu hasil
analisis daripada sembilan kajian menunujukkan bahawa setiap peningkatan
2-cawan kopi setiap hari dapt mengurangkan risiko kanser hati sebanyak
43 peratus. Ini adalah kerana kandungan kopi yang mempunyai asid
klorogenat dan caffeic, manakala kafein pula membantu untuk mencegah
keradangan hati dan menghalang sel-sel kanser.
Meningkatkan kekuatan otak
Sebahagian besar hasil
daripada kajian menunjukkan dengan meminum antara 1 hingga 5 cawan
sehari boleh membantu mengurangkan risiko demensia,penyakit Alzheimer
dan Parkinson. Ejen antioksida yang terkandung dalam kopi dapat mencegah
kerosakan sel otak dan membantu neurotransmitter yang terlibat dalam
fungsi rangsangan otak untuk bekerja dengan lebih baik.
Membantu mengurangkan sakit kepala
Kajian menunjukkan
bahawa 200 miligram kafein dapat memberikan bantuan daripada sakit
kepala termasuk migrain. Tetapi fakta mengenai bagaimana kafein
mengurangkan sakit kepala tidak jelas. Walaubagaimanapun para saintis
mengetahui bahawa kafein meningkatkan aktiviti sel-sel otak, menyebabkan
sekitar pembuluh darah menyempit. Salah satu teori lain menyatakan
penyempitan ini membantu untuk meringankan tekanan yang menyebabkan anda
berasa sakit, kata Robert Shapiro, MD, Ph.D., profesor neurologi dan
pengarah Klinik Sakit kepala di University of Vermont Medical School.