Thursday, December 27, 2012

Nasi Bujang..? cam best je..


PROMOSI.

Sajian istimewa 'Nasi Bujang' hanya dijual di kedai Kak Cah Nasi Lemak Beseri berhadapan Taman RPA Beseri Paya. Nasi Bujang ini dijual hanya RM 2.00 sahaja untuk satu hidangan. Nama nasi bujang ini dinamakan oleh kerana ramai pelatih2 IKM menggemarinya. Selain murah ianya mengenyangkan sebab itu pelatih2 IKM suka makan nasi ini. Nasi bujang ini lebih sedap bila dihidangkan bersama kopi pracampuran seperti Radix Ais, Larat Ais, Jem Cafe dan lain2. Menurut tokey kedai ini permintaan akan meningkat bila ada perlawanan bolasepak secara 'live' dan rancangan Maharaja Lawak.

Jika anda mempunyai budget kecik mai laa datang ke kedai Kak Cah....untuk orang yang berada disekitar ini je laa....yang jauh2 takyah laa..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...