Friday, February 3, 2012

Pintu- pintu Neraka....




Diriwayatkan dalam Anwar Nu’maniyah dan Biharul Anwar bahwa ketika Jibril turun membawa ayat di atas tadi, Nabi saw memintanya untuk menjelaskan kondisi neraka. Jibril menjawab: “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya di dalam neraka ada tujuh pintu, jarak antara masing-masing pintu sejauh tujuh puluh tahun, dan setiap pintu lebih panas dari pintu yang lain, nama-nama pintu tersebut adalah:

1. Hawiyah (arti harfiahnya: jurang), pintu ini untuk kaum munafik dan kafir.

2. Jahim, pintu ini untuk kaum musyrik yang menyekutukan Allah.

3. Pintu ketiga untuk kaum sabian (penyembah api).

4. Lazza, pintu ini untuk setan dan para pengikutnya serta para penyembah api.

5. Huthamah (menghancurkan hingga berkeping-keping), pintu ini untuk kaum Yahudi.

6. Sa’ir (arti harfiahnya: api yang menyala-nyala), pintu ini untuk kaum kafir.

Tatkala sampai pada penjelasan pintu yang ketujuh, Jibril terdiam. Nabi saww maminta Ia untuk menjelaskan pintu yang ketujuh, Jibril pun menjawab: “Pintu ini untuk umatmu yang angkuh”; yang mati tanpa menyesali dosa-dosa mereka.
Lalu, Nabi saw mengangkat kepalanya dan begitu sedih, sampai beliau pengsan. Ketika siuman beliau berkata: “Wahai jibril, sesunggguhnya engkau telah menyebabkan kesusahanku dua kali ganda. Akankah umatku masuk Neraka?”
Kemudian Nabi saw mulai menangis. Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengansiapapun selama beberapa hari, dan ketika sholat beliau menangis dengan tangisan yang sangat memilukan. Karena tangisannya ini, semua sahabat ikut menangis..
Mudah-mudahan kita semua ditempatkan dikalangan golongan orang-orang yang beriman  dan menjadi orang yang bertaubat serta dijauhkan dari api nereka…

Mabuk cinta............!





Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya.”
Berkata Nabi Isa a.s, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu.”
Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah.”
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu.” Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu.” Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa a.s.”Kemudian Allah S.W.Tmenurunkan wahyu yang berbunyi, “Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengarperbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya.”

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1.    Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2.    Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3.    Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4.    Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5.    Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

BARANG 'HARAM' LARIS DI PASARAN?






PELAKSANAAN Akta Perihal Dagangan 2011 yang hanya mengiktiraf logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mulai tahun ini nyata memberi keyakinan kepada pengguna Islam menikmati produk makanan tanpa was-was.
Di sebalik keputusan dianggap terbaik ini, kita seolah-olah terlupa bahawa soal halal atau haram bukan menjurus tentang makanan semata-mata. Hakikatnya, ia juga membabitkan barangan kegunaan harian termasuk peralatan kosmetik.
Namun, sejauh manakah kita pasti bahawa peralatan atau barangan digunakan itu adalah daripada sumber yang halal? Pernahkah kita terfikir terdapat sikat rambut yang diimport diperbuat daripada haiwan yang haram digunakan oleh masyarakat Islam?
Hakikatnya, banyak lagi barangan berasaskan bulu, tulang, lemak atau kulit babi yang begitu laris penjualan dan penggunaannya di kalangan pengguna Islam tanpa disedari berikutan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak penjual.
Ikuti laporan wartawan Unit Khas Utusan Malaysia, ROSALINDA MD. SAID dan SITI NURAZLINA JAMALUDDIN serta jurugambar, MOHD. FARIZWAN HASBULLAH, MOHD. AZIM ABDUL RAHMAN dan ZAINI HUSIN bagi menyingkap fenomena lambakan barangan kegunaan ‘haram’ tetapi turut laris di kalangan masyarakat Islam.


KUALA LUMPUR 1 Feb. - Haram tetapi laris. Tidak keterlaluan jika dikatakan sebahagian besar daripada barangan kegunaan import yang kita gunakan di rumah diragui status halalnya.
Hasil siasatan wartawan Unit Khas Utusan Malaysia di empat buah pasar raya besar dan pusat beli belah sekitar ibu kota mendapati daripada 20 barangan kegunaan yang dijual, separuh tiada tanda halal.
Apa yang lebih mendukacitakan, ada di antara produk tersebut didapati antara bahan pembikinannya diperbuat daripada sama ada bulu, tulang atau kulit babi.
Kebanyakan barangan kegunaan itu terdiri daripada produk keperluan harian dan dandanan diri selain peralatan serta kelengkapan rumah.
Antaranya ialah sikat, losyen, pinggan-mangkuk, barangan kulit (kasut, jaket, tali pinggang) dan berus cat (termasuk berus lukisan).
Sudahlah tidak halal, paling mengejutkan ialah apabila barangan itu langsung tidak diasingkan kedudukannya.
Ini dikesan menerusi bungkusan barangan tersebut yang jelas memaparkan label made of boar (diperbuat daripada babi).
Bagaimanapun, masih terdapat beberapa barangan lain seperti berus cat dan berus lukisan yang tidak mempunyai sebarang maklumat.
Status berus terbabit hanya terdedah apabila ujian makmal dilakukan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Produk Halal (IPBH) di Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.
Keputusan mendapati, beberapa berus cat yang diuji tersebut sah diperbuat daripada bulu babi.
Hakikatnya, persoalan halal atau haram barangan kegunaan tidak akan selesai selagi tiada penguatkuasaan tegas pihak berkuasa.
Ini sekali gus memudahkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan mengaburi mata pengguna Islam semata-mata untuk melariskan barangan kegunaan haram yang dijual.
Sebagai panduan, teliti satu persatu kes di bawah ini agar kita dapat bersama-sama mencari penyelesaian terbaik berhubung isu barang gunaan haram di Malaysia.
BARANG 1: SIKATSEKALI imbas tiada siapa akan menyangka sikat rambut bulat yang dijual di salah sebuah kedai kecantikan terkemuka di sebuah pusat beli belah di ibu kota ini rupa-rupanya berstatus tidak halal.
Bukan satu atau dua, bahkan sudah ramai pengguna Islam meluahkan kekesalan dan rasa tertipu mereka akibat terbeli sikat yang diperbuat dari babi itu.
Namun sikat yang bercirikan ion-seramik itu masih juga diletakkan di rak barangan tanpa sebarang label yang tertulis 'tidak halal' di sampingnya.
Sikap pengusaha kedai yang enggan melabel 'tidak halal' meskipun pada bungkusan barangan itu telah jelas terpapar maklumat diperbuat daripada babi secara tidak langsung memperlihatkan ketidakprihatinan mereka.
BARANG 2: BERUS CATPERNAHKAH anda menggunakan berus cat yang memiliki ciri-ciri seperti - bercabang di hujungnya, boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras serta tidak mudah rosak dan tertanggal?
Percaya atau tidak, berus cat yang selama ini anda gunakan untuk mengecat dinding rumah mahupun bilik rupa-rupanya diperbuat daripada bulu babi yang dikenali sebagai babi biri-biri atau mangalitsa.
Makin mengejutkan, tinjauan di kedai barang dan peralatan mendapati, dari tujuh berus yang terdapat di rak barangan, lima daripadanya begitu ketara menunjukkan ciri-ciri berus cat bulu babi.
Melihat kepada bilangan berus cat yang banyak serta kepelbagaian saiznya berbanding tiga jenis berus cat sintetik yang turut dijual, tidak keterlaluan dikatakan berus cat haram ini sememangnya laris dan popular di kalangan pengguna.
BARANG 3: PINGGAN MANGKUKBERWASPADALAH ketika membeli pinggan mangkuk dan perkakas makanan seperti cawan dan piring daripada seramik kerana ada jenama tertentu mengandungi campuran tulang haiwan termasuk tulang babi.
Istilah bone China bermaksud campuran tulang-temulang babi yang dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi tanah liat.
Amat mudah untuk mengenali perkakasan yang mengandungi tulang babi kerana kebiasaannya tercatat bone China di belakangnya.
Tujuan menggunakan tulang itu adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus serta warnanya yang lebih putih dan ringan. Justeru, tidak hairanlah jika pinggan-mangkuk daripada sumber bone China dijual agak mahal berbanding porselin biasa.

sumber-ppim

BULU BABI: PENIAGA, PENGUSAHA TIDAK SENSITIF






KUALA LUMPUR 1 Feb. - "Ini berus cat sahaja amoi, bukan makanan mahu pilih halal atau haram. Ramai orang Islam suka beli ini berus. Jangan risau amoi. Ambil sahaja mana awak mahu, saya boleh kasi diskaun."
Situasi begini bukan perkara luar biasa jika kita mengunjungi kedai-kedai cat sekitar ibu kota dan bertanyakan tentang status berus yang dijual.
Malah, ada penjual yang lebih berani sehingga sanggup 'bersumpah' tidak berniat menjerat pengguna Islam semata-mata mahu melariskan barangan kegunaan 'haram' yang dijual mereka.
"Kita tahu sensitiviti orang Islam, babi itu haram. Mana ada kita mahu tipu sama awak atau pelanggan Islam lain. Jangan percaya dengan itu cerita. Semua gosip sahaja.
"Cuba awak fikir, itu binatang mana ada bulu. Kulit sahaja kan. Mana boleh mahu kumpul buat berus cat yang tebal serupa ini macam. Tak logikkan?" kata seorang peniaga lelaki berketurunan Cina.
Bagi pengguna Islam yang tidak memahami, pasti dengan mudah boleh terpedaya dengan teori serta tipu-helah peniaga terbabit.
Apatah lagi, bila dimomokkan dengan keistimewaan berus cat bulu babi yang dijamin berkualiti tinggi khususnya daripada segi sapuan dan serapan berbanding berus sintetik.
Hal sama turut dilihat melalui tinjauan wartawan ke sebuah kedai kecantikan di pusat beli-belah terkemuka di ibu kota.
Biarpun jelas terdapat label diperbuat daripada bulu babi pada sikat yang dijual, pembantu jualan bukan Islam kedai terbabit tetap tidak berputus asa mahu wartawan menyentuh sikat tersebut.
Lebih mengecewakan, pembantu jualan itu juga sanggup membuka bungkusan sikat bagi membolehkan wartawan merasai tekstur lembut bulu babi yang terdapat pada sikat tidak halal itu.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

BOIKOT BARANGAN DIRAGUI HALAL

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Sikap pengguna Islam yang tidak mengambil berat tentang status sesuatu produk sama ada ia halal atau tidak, merupakan punca berleluasanya penjualan barangan kegunaan 'haram' di negara ini.
Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Dr. Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi berkata, pengguna Islam sewajarnya bersatu memberi tekanan terhadap sesuatu barangan yang didapati haram atau diragui status halalnya.
"Pengguna Islam sepatutnya menggunakan kuasa yang mereka ada untuk memboikot kesemua barangan yang diragui status halal dan bukannya terus menyokong pembelian produk itu.
"Paling merisaukan, sebahagian besar barangan kegunaan yang terdapat di negara ini terdiri daripada produk yang diimport, misalnya perkakas makanan seperti pinggan mangkuk, peralatan persolekan, berus cat mahupun sumber fabrik yang dipakai setiap hari," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.
Tambah Che Wan Jasimah, peranan pengguna adalah penentu dalam menangani hal itu memandangkan pengesahan dan penggunaan logo halal tidak dapat dikuatkuasakan sepenuhnya melalui proses undang-undang.
Pada masa sama, beliau tidak menafikan kesedaran daripada para pengeluar atau pengimport barangan tersebut juga tidak sepeka pengeluar produk makanan atau minuman.
"Disebabkan itulah amat sedikit pengusaha barangan kegunaan yang berminat untuk mendapatkan pengesahan dan logo halal," katanya.

sumber-ppim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...