Saturday, January 26, 2013

Superbest Produk.......



JUALAN....







Harga RM 45.00/ 49.00 (SS)- 12x 25g
** tak termasuk kos penghantaran**

Lemon Tea KING MACA

Ramuan;

Ekstrak Tea
Lemon
Maca
Tongkat Ali
Misai Kucing
Pegaga
Mas Cotek
Pudina




Harga RM 39.00/ 43.00 (SS)- 15x 25g
** tak termasuk kos penghantaran**

Lemon Tea- QUEEN FATIMAH

Ramuan;

Kacip Fatimah
Manjakani
Lobata
Serapat
Misai Kucing
Mas Cotek
Pegaga


Harga RM 25.00/ 29.00 (SS)- 20x 25
** tak termasuk kos penghantaran**

Kopi Superbest - Kotak dan Papan

Ramuan;

Ekstrak Kopi Arabika
Ekstrak Tongkat Ali
Ganoderma
Ubi Jaga


***PERHATIAN***
HARGA KOPI TELAH DINAIKKAN RM 2.00
DAN HARGA TERKINI ADALAH RM 27.00






Apa itu krimer dalam kopi.......?




Info.

Apa itu Krimer Bukan Tenusu (KBT) ?


Krimer, pada mulanya dihasilkan daripada produk tenusu dan menjadi bahan penambah perisa kepada minuman seperti kopi, teh, coklat dan sebagainya bagi menggantikan susu segar atau susu sejat. Oleh kerana itu ia diperbuat daripada hasil tenusu. Krimer dijual dengan harga yang agak mahal kerana mudah rosak serta perlu disimpan sejuk. Bagaimanapun, pada 1961 produk krimer bukan tenusu diperkenalkan dengan menawarkan harga yang lebih kompetitif, murah dan lebih tahan lama berbanding krimer tenusu dan menjadi kegemaran ramai sebagai pengganti krimer tenusu.

Krimer Bukan Tenusu (KBT) yang terdapat dalam pasaran boleh didapati dalam bentuk cecair, serbuk dan sejuk beku. Jenis serbuk paling digemari kerana ianya mudah dikendalikan, disimpan dan tahan lebih lama berbanding KBT bentuk lain. Kebaikan lain adalah ianya mudah larut dalam minuman panas, memberikan kuasa pemutih yang berkesan, penambah perisa kepada kopi dan teh. Ia dibungkus dalam unit kedap lembapan untuk menjamin kesegarannya dan tidak perlu disimpan dalam peti sejuk.

KBT jenis serbuk diperbuat daripada campuran bahan karborhidrat seperti maltodekstrin atau sirap glukos pepejal dan minyak sayuran seperti soya atau minyak jagung terhidrogen. Maltodekstrin atau sirap glukos memberikan sedikit rasa manis kepada KBT.

Bagaimanapun, bagi mebolehkan minyak sayuran cecair ini digunakan dalam penghasilan KBT ianya terlebih dahulu ditukarkan kepada bentuk pepejal atau separa pepejal yang dilakukan melalui proses hidrogenisasi. Ia membabitkan penambahan atom hidrogen ke dalam ikatan tidak tepu minyak sayuran cecair berkenaan.

Ketika proses tersebut, wujud asid lemak trans iaitu sejenis asid lemak yang dibuktikan memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia. Asid lemak trans dikatakan berisiko menyebabkan saluran arteri yang membawa darah ke jantung menjadi keras dan tersumbat yang membawa kepada penyakit koronari jantung. Minyak sawit serta hasilnya amat sesuai bagi menggantikan minyak sayuran pepejal terhidrogen dalam penghasilan KBT.

Menyedari potensi besar pasaran KBT yang lebih sihat dan berkhasiat, penyelidik MPOB membangunkan formulasi bahan berlemak berasaskan sawit yang boleh digunakan dalam penghasilan KBT yang nyata bebas daripada asid lemak trans dan juga rendah asid lemak tepu. KBT berasaskan sawit adalah setanding dari segi warna, rasa, bau, kelarutan dan penerimaan secara keseluruhannya dengan KBT komersial yang berasaskan minyak sayuran pepejal terhidrogen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...