Thursday, September 22, 2011

Satu penyerahan....





Perbezaan usaha dengan tawakal. Usaha ialah kita menggerakkan daya upaya untuk mendapatkan sesuatu sebaik mungkin, manakala tawakal adalah kita berserah diri sepenuhnya kepada Allah SWT. setelah kita berusaha sebaik mungkin dan tawakal atas apa sahaja kemungkinan apa yang akan kita perolehi. Dalam kita berusaha kita perlu jelas tentang niat sebenar apa yang kita inginkan. Dan selepas itu kejayaan pasti menjadi milik kita. Bagi yang mengimpikan sesuatu yang sangat sukar, dan perlu melalui banyak rintangan dan cabaran maka jangan mudah berputus asa dan kecewa, teruskan usaha dan sentiasa berfikiran positif. pastinya pada setiap cabaran akan ada ujian dariNya dan tempuhilah dengan KESABARAN, dan bersabarlah pada kemungkinan kita hadapi pasti ada HIKMAHNYA, justeru itu kita janganlah mudah berputus asa. Mengenai tawakal kita perlu sentiasa meletakkan Maha Agung dalam segala urusan, maka usaha kita pasti membuahkan hasil. Irama dan Lagu tidak dapat dipisahkan begitu juga Usaha dan tawakal tidak dapat dipisahkan.
Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah.Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah.

Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: “Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.Kata Abu Ali Ad-Daqqaq lagi: “Tawakal sifat orang mukmin, berserah diri adalah sifat wali dan pasrah adalah sifat muwahhidin. Tawakal sifat orang awam, berserah diri sifat orang khusus dan pasrah sifat orang lebih khusus lagi. Tawakal ialah sifat nabi, berserah diri ialah sifat Ibrahim dan pasrah sifat Nabi Muhammad.”
Orang yang tawakal selalu menggantungkan diri dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah. Mereka sentiasa berlapang dada dan tidak resah bila dibelit masalah. Mereka tidak cepat berputus asa, sebaliknya sentiasa yakin dan percaya kepada kemampuan diri sendiri. Mereka hanya berserah (tawakal) kepada Allah selepas segala usaha dan ikhtiar dilakukan.Mereka bertawakal kepada Allah kerana mereka mempunyai perasaan kuat Allah Yang Maha Pemberi segala-galanya. Allah memberi rezeki, memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.
Dalam al-Quran Allah berfirman bermaksud: “Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah ayat 23).

Allah sangat mencintai hamba-Nya yang bertawakal. Dan Allah akan memberikan jalan keluar serta akan memberikan rezeki yang datang tanpa disangkanya. Dengan kata lain, mereka (orang tawakal) tanpa gusar yakin terhadap ketentuan dan kekuasaan Allah hingga menyerahkan segenap permasalahan kepada-Nya semata.


Allah berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).
Ya! Allah......setelah apa yang aku lakukan di sini aku berserah padaMu.....Amin.... Ya Rabbal Aalamin.....!

Nostalgia....









Suatu masa, semasa aku menghantar barang siap ke sebuah syarikat di Taman Sri Rampai, Setapak aku terkedu seketika bila memandang sebuah bangunan tercacap didepan mataku....lantas membuatkan aku terkenang nostalgia aku semasa menitis keringat, jerit perit, pahit maung dan seribu kenangan pahit dan manis aku bersama2  memajukan syarikat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...