Wednesday, July 25, 2012

Apa ada pada Khamis...?



Hari Khamis merupakan hari yang baik untuk menunaikan hajat. Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, maka hendaklah ia memintanya pada hari Khamis.

Hari Khamis juga disunatkan untuk umat Islam melakukan puasa sunat. Ada banyak fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat  kerana Rasulullah s.a.w. mengambil berat puasa pada hari Khamis. Dalilnya disunatkan berpuasa hari Khamis:
Pertama: Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa;“Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).

Kedua: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku              (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).



Dalam hubungan mesra antara suami isteri juga sebaiknya pada hari Khamis malam (malam Jumaat).
Kebaikan berhubungan antara suami isteri pada hari Khamis malam Jumaat telah dikaji dan diteliti oleh London School of Economics dan hasil ujian didapati paras Kortisol semulajadi yang merangsang hormon seks berada pada tingkat tertinggi di hari Khamis.
Kadar testosteron pada lelaki dan kadar estrogen pada wanita berada pada tahap 5 kali lebih tinggi. Kebiasaan pada hari Khamis, pasangan suami isteri jarang berada dalam keadaan stress.







Dalam masyarakat melayu malam Jumaat selalu jadi bahan gurauan.....terbayang satu benda ajer. Ha ha haaa...bukannye apa, aku semasa bebudak dulu selalu ditakut2kan..mlm nii malam jumaat..hati2 jalan dalam gelap, balik rumah janganlaa lewat sangat, jaga..! malam nii jumaat keliwon...rupanya ada makna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...