Monday, November 21, 2011
Perangai peniaga orang kita.....
Aku merenung jauh dan memikirkan sesuatu........!
Satu ketika, aku pernah menghubungi sebuah syarikat pengeluar barang/produk kesihatan yang pastinya bukan syarikat melayu. Aku cuma tanyakan 'deal' harga produk untuk berniaga dan kelebihan untuk menjadi agen jualan. Aku cuma nak tau sahaja bukannya beria-ia nak join syarikat tu...tapi respon diaorang begitu bersungguh-sungguh menerangkan kelebihan jika bersama dengan rangkaian syarikatnya. Aku katakan pada leader tuu...tunggulaa nanti aku call, apa-apa pun nanti aku call. Mungkin takut terlepas leader tuu berulangkali telefon aku.....akhirnya aku tak layan......
Pada ketika ini, aku benar-benar inginkan produk ini....yang pastinya produk keluaran orang melayu. Produk ni taklaa sehebat mana tapi....produk ni berkembang seperti anai-anai. Berkembang dan merebak dalam diam tau-tau orang KL bercerita, orang Kelantan bersembang dan negeri-negeri lain pun sama. Produk ni hebat dari segi kesan perubatan dan kesembuhan. Produk ni taklaa berdegar-degar dengan iklan puluhan ribu, tiada iklan media cetak dan iklan lain ( taktau laa... kot dah ada iklan cuma aku je yang tak tau).
Aku nak kongsikan di sini adalah aku pernah 'deal' dengan wakil owner nii...cuma tentang harga produk, wakil ini minta tempoh berbincang dengan owner sebenar. Wakil tu akan call aku bila dah selesai berbincang dengan owner. Aku rasa wakil nii tak peka dengan kehendak owner. Aku tertanya-tanya juga, susah sangat ke....? nak beri satu harga...nama pun 'deal'. Nak tanya owner bukan payah pun....telefon je laaaa...Hairan aku...dengan sikapnya yang tak tahu apa itu peluang. Kalau dia telefon owner pada masa tu...aku rasa barang tu dah aku beli. Ini tak...boleh minta tangguh...sampai laa dah 4 hari aku tunggu....aiseyyy!. Nak meniaga ke tak nak niii....!
Ada ke orang jual barang boleh tangguh nak jual barang.....? Kalau peniaga bukan dari orang kita...dah tentu barang tu terjual. Dalam bisnes, reaksi pelanggan kita kena perhatikan samada orang tu betul-betul mahukan barang kita atau sekadar bertanya....dalam kes aku nii, aku rasa wakil nii memandang aku nii sekadar ingan bertanya.
Inilah perangai orang bisnes dari orang kita....tapi bukan semuanya begitu. Yang satu dua ni lah yang akan membarah.....
Inilah perbezaan bisnes orang kita dengan bangsa lain....perah otak...!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)