Friday, June 24, 2011

Buah 'free' yang terpinggir...............?

Jika ditanya buah apakah yang paling sedap? akan keluarlah berbagai-bagai jawapan. Buah epal, anggur dan sebagainya. Jika ditanya pada aku... jawapanku adalah buah 'free....'. Samseng je jawapan. Maksudku buah free ni kita boleh dapatkan ia di tepi-tepi jalan, halaman atau belakang rumah dan di mana-mana saja dan tuan punya pokok ni tak marah pun jika kita makan buah ni...tapi seeloknya mintalah izin dulu. Buah free ni maksudku adalah buah ceri, buah yang tak dipedulikan masyarakat kita hari ini. Pokok ceri dijadikan pokok peneduh saja dan jarang sekali kita mengambil manfaat darinya.

Tahukah anda?
Buah ceri ini mengandungi 'anthocyanin iaitu pigmen warna merah yang baik untuk kesihatan. Ia memiliki kesan yang lebih baik dibandingkan dengan aspirin sebagai ubat pencegah rasa sakit. Walaubagaimanapun, ceri tak boleh diolah dengan suhu yang terlalu panas kerana ia boleh menghilangkan kandungan 'anthocyanin' di dalamnya. Buah ceri banyak juga kelebihannya dan antara kelebihannya adalah;

- Ceri kaya dengan Flavonoid, penyelidik mendapati Flavonoid dalam buah ceri adalah agen antikanser yang paling tulen.
- Ceri mengandungi Anthocyanin dan Bioflavonoid yang membantu melegakan dan menghalang artritis dan ghout, ia juga membantu menyingkirkan migrain
- Ceri mengandungi Melatonin yang membantu kita mendapatkan tidur yang berkualiti.
- Ceri juga mengandungi Antioksidan dan kaya dengan Vitamin dan Mineral.
- Ceri mengandungi Anti-fungus yang kuat dan mempunyai keupayaan merendahkan tahap kolestrol.
- Ceri juga mempunyai keupayaan menentang proses penuaan sel-sel badan, membantu menghidratkan kulit & mempergiatkan fungsi kapilari. Dan lain- lain lagi......


Jom kita pakat ramai- ramai hinggut pokok ceri....jom!!!!
Apa kata lepas ni kita keluarkan Kopi Ceri....ahakksss...!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...