Sunday, November 18, 2012

MAHA 2012 kembali bertandang........




Ekspo Terbesar MAHA akan kembali.......Jom pakat pi ramai2 .........
Dijangkakan 3 juta pengunjung akan membanjiri ekspo terbesar ini. Bagi setiap pengusaha/usahawan kecil mahupun besar akan teruja dengan MAHA. Sebab....ekspo MAHA boleh buat duit....bukan duit saja bahkan bermacam2 jenis perniagaan akan anda lihat, jika anda berminat mencari 'bisness matching' di sinilah tempatnya, kalau anda berminat buat produk OEM, produk2 terbaru yg tiada di pasaran pun di sinilah anda akan jumpa dan terlalu banyak kelebihannya.....

Anda cuma perlu bekalkan diri anda wang dan tenaga yang kuat....kalau anda penyegan nak santai-santai saja anda mungkin terlepas peluang melihat keseluruhan ekspo ini. Saya cadangkan agar anda peruntukkan lebih masa di sini...mungkin 3 hingga 5 hari. Dalam Malaysia ni...bagi aku takde dah ekspo yg terbesar dan terseronok dari MAHA. Kepuasan pada pengunjung dan para pempamer. Para pengunjung akan seronok sebab macam2 ada dan para pempamer pulak kat sinilah skill marketing anda akan teruji dan bila pempamer dah boleh jual satu produk dia akan bersemangat nak tarik perhatian pengunjung....dan kita akan lihat bermacam2 skill marketing nanti. Besttttt!!!!!!. Kalau yang jenis kaki melantak pulak...kat sini segala makanan popular setiap negeri ada dijual.....Kalau nak tengok binatang ternakan saiz besor pun ada....kalau binatang pelik tu tak tau laa pulak.....Kalau nak tengok warisan melayu setiap negeri pun ada....anda boleh melawat rumah negeri, setiap rumah ada persembahan masing2. Peminat bunga pun boleh bertandang kat sini.....berpinar biji mata sebab semuanya cantik2. Penggemar buah- buahan pun tak ketinggalan bermacam2 jenis buah ada. Bukan setakat benda makan je ada kat sini....macam2 mesin seperti mesin buat kopi, packaging, mesin potong rumput, kereta alam sekitar dll.
Anda tak perlu bimbang atau takut tak dapat parking, kawasan parking luas dan ada pengangkutan akan bawa anda ke destinasi pilihan anda. Peminat muzik tak dilupakan...taktau laa tahun ni...tapi tahun 2010 ada konsert siang dan malam....

Aku cerita kat sini pengalaman aku masa tahun 2010 untuk 2012 mungkin ada perubahan dan mungkin lebih menarik lagi. Apapun nantikan saat dan waktunya...........

JUMPA DI SANA......!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...