Tuesday, November 29, 2011

Lagi....khasiat kopi....!



Kajian oleh Sekolah Kesihatan Awam Harvard di Amerika Syarikat mendapati kopi kini tersenarai sebagai minuman yang memberi kesan positif kepada kesihatan.
Ketua Pengkaji, Dr Edward Giovannucci berkata," kopi boleh mengurangkan risiko mendapat kanser endometrium. Mereka minum lebih empat cawan sehari mampu mengurangkan dua puluh lima peratus risiko untuk mendapat kanser berbanding mereka yang minum sebanyak dua cawan yang mempunyai risiko tujuh peratus lebih rendah", kata Giovannucci.
Penemuan yang disiarkan dalam Journal Cancer Epidemiology, Biomakers & Prevention itu menjelaskan bahawa kopi mengandungi antioksidan yang lebih tinggi berbanding buah-buahan yang boleh mengurangkan risiko kanser.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...