Monday, June 27, 2011
Pembungkusan Jenama Yang Inovatif
Sekadar berkongsi sedikit ilmu
Jenama ada pada nama
Nama sebenarnya menggambarkan personaliti sesuatu produk, oleh yang demikian nama yang dipilih sebagai jenama produk harus menepati kualiti dan integriti. Nama pada sesuatu jenama merupakan interaksi pertama sesebuah syarikat dengan pelanggannya. Pemilihan nama yang sesuai merupakan aset berharga untuk sesebuah organisasi.
Faedah Penjenamaan
- Menjamin kualiti dan membina keyakinan di kalangan pengguna
- Identiti khas dan membolehkan pengguna untuk membuat pilihan
- Mewujudkan kelebihan dan perbezaan produk
- Menjadi alat pemasaran moden dalam membina perniagaan
- Membolehkan sesuatu produk menarik perhatian pengguna
- Mewujudkan keyakinan dan kesetiaan pelanggan
- Mewakili imej korporat dalam menjual jenama tertentu
- Merupakan kepentingan produk, penggunaan dan faedah
- Mempengaruhi pengguna untuk membuat pilihan tepat dan menguntungkan
- Membuat pengguna membeli produk sama berulang-kali
- Membantu penghebahan secara lisan
- Mewujudkan kesedaran, daya saing dan faedah produk
Pembungkusan Produk
Pembungkusan merupakan salah satu komponen yang penting dan memainkan peranan penting dalam aspek pemasaran. Sesuatu pembungkusan yang menarik bukan sahaja penarik perhatian dari luaran, malah faktor utama dalam kejayaan pemasaran produk. Pada zaman dahulu pembungkusan mengambil kira aspek menjaga kandungan produk daripada rosak atau faktor lain. Pada masa kini, pembungkusan yang baik bererti pemasaran yang baik. Apabila mencipta rekaan pembungkusan inovatif, jenama barangan itu akan dikenali ramai. Ia akan berkembang, menarik perhatian dan membina kesetian jenama. Jenama-jenama seperti Coca-Cola, Apple, Nokia merupakan ikon status bagi generasi muda global.
Kepentingan Pembungkusan
Jenama dikenali melalui nama dan cara pembungkusan serta rekaannya. Sekiranya anda inginkan produk anda menarik perhatian pengguna maka produk anda perlu mempunyai ciri-ciri tersendiri. Ia perlu memberi impak yang besar kepada kehendak pengguna apabila mereka membeli barangan atau produk anda. Sebuah produk yang dibungkus dengan sempurna akan membolehkan anda mendapat keuntungan lumayan, sekiranya anda sanggup menerap teknologi pembungkusan jenama yang inovatif dan terkini.
Kopi Kawe adalah jenama bagi produk minuman mudah (premix coffee).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment