Apa itu aliran tunai (cashflow)?
Setelah mendapat gaji, anda membayar semua bil-bil utiliti anda kemudian pergi membeli belah di pasar raya. Dengan baki dari gaji itu juga anda gunakan untuk mengisi minyak kereta, belanja beberapa orang kawan, membeli apa saja yang anda mahukan. Kemudian bila sampai tengah bulan anda dapati baki gaji anda sudah semakin berkurang sedangkan wang untuk meneruskan hidup sementara menunggu gaji yang akan datang masih banyak diperlukan. Dengan selambanya anda teruskan aktiviti berbelanja sesuka hati hinggalah kesemua duit gaji anda habis.
Jika ini yang berlaku kepada anda..Tahniah diucapkan kerana anda bakal menggantungkan diri di kipas siling atau anda mungkin telah bersedia untuk dirantai oleh ah long didalam tandas.
Aliran Tunai bermaksud pergerakan wang anda. Apa yang kita harus tahu ialah bagaimana status aliran tunai kita samada positif atau negatif, samada mempunyai lebihan atau defisit pada setiap bulan. Anda boleh mengetahui aliran tunai anda dengan membuat catatan setiap sumber yang masuk seperti gaji, kerja lebih masa, kerja sambilan atau keuntungan dari asb, saham, forex atau mungkin anda mempunyai bond peribadi. Anda juga hendaklah mengetahui secara terperinci setiap pengaliran keluar wang anda seperti jumlah pembayaran bil-bil, belanja poket, beli itu dan ini dan apa-apa saja yang membuatkan wang anda keluar. Untuk mengetahui apa status aliran tunai anda sila lihat contoh dibawah ini.
Aliran Tunai Anda!!
Wang Masuk - wang keluar = Lebihan atau defisit.
cth 1 (Si A):
(Wang Masuk) Gaji 3000+ duit dari sumber lain 2000 = 5000
(Wang Keluar) Belanja tetap 2000+bayar ansuran itu dan ini 3000+berbelanja sesuka hati 1000 = 6000
Dengan itu aliran tunai si A negetif. -1000 defisit yang si A gunakan itu mungkin dari hutang dengan mak ayah atau paling mudah KAD KREDIT!
Ringkasnya; 5000-6000=-1000 (defisit)
Cth 2 (Si B):Ringkasnya; 2000-1900=100 (lebihan)
(Wang Masuk) Gaji 1500+ duit dari sumber lain 500 = 2000
(Wang Keluar) Simpanan bulanan 200+Belanja tetap 1000+bayar ansuran itu dan ini 500+berbelanja sesuka hati 200=1900
Bagaimana untuk mendapatkan aliran tunai positif?
Satu cara yang paling mudah disebut tetapi amat susah di praktikan ialah... Berbelanja Dibawah Kemampuan Anda.. Dengan perbelanjaan cara ini anda dapat menjadikan aliran tunai anda positif.. Jangan lupa tolak dahulu simpanan anda sebelum mengira baki aliran tunai tersebut.
Adakah anda memerlukan gaji 1 juta untuk hidup senang?, tepuk dahi tanya minda.. Maksimakan Aset, Kurangkan Liabiliti. Cuba anda bandingkan 2 contoh diatas. Siapa lebih baik diantara si A dengan si B?, Anda tahu jawapannya.....
Jika anda berminat untuk melakukan pelaburan atau menceburkan diri dalam bidang perniagaan, saya cadangkan agar anda kuasai terlebih dahulu aliran tunai anda sehingga menjadi positif kerana anda memerlukan simpanan yang cukup sebelum melaksanakan dua perkara tersebut. Jika anda belum mampu membuatkan aliran tunai positif. Lupakan sahaja niat anda untuk menjadi seorang ahli perniagaan kerana anda bakal menghadapi kegagalan.
Carlos Slim terkaya di dunia
MEXICO CITY 11 Mac – Ahli perniagaan Mexico, Carlos Slim yang mengatasi Bill Gates dalam senarai Forbes bagi gelaran jutawan dunia, terkenal dengan sikapnya yang merendah diri dan sentiasa membuat pelaburan ketika krisis ekonomi.
Slim, 70, berada di kedudukan tertinggi itu buat pertama kali dalam senarai itu yang disiarkan semalam, mengatasi pengasas Microsoft, Gates.
Sebelum ini, Slim, berada di tangga ketiga sebagai operator telefon bimbit terbesar Amerika Latin.
Kekayaannya dianggarkan berjumlah AS$53.5 bilion (RM177.8 bilion), berdasarkan kedudukan baru yang dikeluarkan Forbes, semalam.
“Jumlah keuntungan yang dicapainya itu berasaskan harga saham syarikat, jadi kami gembira kerana pelabur yakin dengan Mexico, Amerika Latin dan syarikat kami,” kata jurucakap kumpulan Slim Telmex, Arturo Elias Ayub.
Menurut Forbes, keuntungan Slim berkembang AS$18.5 bilion (RM61.4 bilion) dalam tempoh 12 bulan dan perkongsiannya dalam Movil Amerika yang mana ia memiliki kepentingan berjumlah AS$23 bilion (RM76.4 bilion), peningkatan sebanyak 35 peratus setahun.
Kemahiran Slim dalam bidang perniagaan dipelajari sejak kecil apabila ayahnya, seorang rakyat Lebanon memberikannya buku simpanan bagi menguruskan pendapatan dan perbelanjaan mereka.
Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam dan kemudiannya menubuhkan syarikat telefon utama, Telmax selepas memperolehinya daripada kerajaan pada 1990.
Semasa krisis kewangan pada 2008, beliau terus membeli perniagaan yang mengalami masalah seperti pertama kali dilakukannya ketika krisis ekonomi membelenggu Amerika Latin pada awal 1980-an.
“Dalam keadaan yang sepatutnya berhenti melabur, dia terus melabur lebih banyak apabila krisis melanda dan ia membuahkan hasil positif,” jelas Ayub. – AFP
Sumber: Utusan
sumber artikel dari blog...
No comments:
Post a Comment